Black Maria (filem)

Filem Malaysia 2003 arahan Ambri Kailani Zain

Black Maria merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2003. Filem Black Maria diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Black Maria
PengarahAmbri Kailani Zain
PenulisAmbri Kailani Zain
Lakon layarAmbri Kailani Zain
Dihasilkan oleh
  • Azizan Mat Arif
  • Natasha Aman Shah (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiDaven Raghavan
Disunting olehMariam Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Simfoni Makmur
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 26 Jun 2003 (2003-06-26) (Malaysia)
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Black Maria mula ditayangkan pada 26 Jun 2003 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Eizlan Yusof, Lisdawati, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Sinopsis sunting

Pada tahun 1978, bot laju yang dipandu oleh Tuan Hashim telah kemalangan. Tuan Hashim berjaya menyelamatkan isterinya Puan Sabariah, dan Razlan anak sulung mereka berjaya menyelamatkan diri sendiri. Dua orang anak mereka, Rashid dan Rasul hilang ditelan ombak ganas. 23 tahun kemudian ... Seorang bekas tentera elit, Azman, berjaya menyelamatkan Maria yang hampir dibunuh oleh Psycho, seorang pembunuh dan perogol bersiri. Maria ialah adik bongsu kepada Razlan (yang sedang menanti maut apabila disahkan menghidap kanser otak). Apabila Psycho sekali lagi cuba menceroboh rumah mereka, Razlan begitu bimbang dengan keselamatan keluarganya apabila dia sudah tiada nanti. Razlan mengupah Azman untuk menjaga adiknya. Sementara itu, Izani, seorang ahli perniagaan yang berjaya tidak menerima hakikat bahawa dia adalah anak angkat kepada keluarga Tan Sri Aziz. Izani meninggalkan syarikat Tan Sri Aziz dan menerima tawaran daripada Razlan yang mahukan Izani menguruskan perniagaan keluarganya sekaligus menjaga keselamatan keluarganya. Razlan mengambil keputusan pulang ke kota bahru bagi menghabiskan sisi terakhir hidupnya. Malang tak berbau, Razlan diculik oleh sekumpulan penjahat yang meminta wang tebusan RM1 juta. Azman, Izani, Maria dan Puan Sabariah bergegas ke Kota Bahru untuk menyerahkan wang tebusan. Di sana, terbongkar rahsia bahawa Azman dan Izani adalah anak Puan Sabariah yang terpisah 23 tahun yang lepas. kegembiaraan mereka hanyalah sementara apabila tanpa disangka sekali lagi mereka akan kehilangan salah seorang anggota keluarga buat selamanya...

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas sunting

Pelakon tambahan sunting

  • Shahrizan Salleh sebagai Zuki
  • Azli Mohamad sebagai Zaki
  • Robin Lai sebagai Informent Sudir
  • Maizura Muhamad sebagai Julia
  • Eira Syazira sebagai Ami (Kredit nama sebagai Syazira Suhaimi)
  • Noor Shaleeza Yuhainy sebagai Shahsa
  • Elyana Elizabeth Ann Johan sebagai Nurul
  • Saidatul Almal Ismail sebagai Ibu Dania
  • Nurul Akma Afida Che Mat sebagai Era
  • Mahmud Ahmad sebagai Penghulu
  • Dayana Kamal sebagai Anak Penghulu
  • Sharul Ariffin sebagai Taipan
  • Maneesa Nadia sebagai Isteri Taipan
  • Sam Tat sebagai Pengawal Keselamatan
  • Mior Amir sebagai Kapcai Boy
  • Hafidz Shamsudin sebagai Razlan kecil
  • Ikram Basiri sebagai Azman kecil
  • Shafiq Shamsudin sebagai Izani kecil
  • Azmi Bakar sebagai Pemandu Razlan
  • Zulkefli Mansor sebagai Pemandu Dato' Nasir
  • Razali sebagai Pemandu Teksi KB
  • Noa sebagai Penari Latin
  • Zawarni sebagai Penari Latin

Trivia sunting

1. Lakonan sulung Fasha Sandha dan permulaan kerjaya lakonan malah semasa filem ditayangkan beliau berusia 20 tahun manakala Eira Syazira terlibat dunia lakonan semasa umur belasan tahun sebagai pelakon tambahan.

2. Filem ini penampilan terakhir Shahron Anuar sebelum fokus kerjaya polis sepenuhnya

3. Suara kebanyakan agak kartun

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting