Black Narcissus merupakan sebuah filem drama psikologi United Kingdom tahun 1946 arahan Michael Powell dan Emeric Pressburger menyadur novel 1939 berjudul sama karya Rumer Godden. Ia menumpukan mengenai ketegangan emosi dialami para penghuni suatu biara yang jauh di suatu lembah terasing di Himalaya. Filem ini dibintangi Deborah Kerr, Kathleen Byron, Sabu, David Farrar, Flora Robson, Esmond Knight, dan Jean Simmons.

Black Narcissus
Blacknar.jpg
Pengarah
Penerbit
  • Michael Powell
  • Emeric Pressburger
Lakon layar oleh
  • Michael Powell
  • Emeric Pressburger
BerdasarkanBlack Narcissus oleh
Rumer Godden
Dibintangi oleh
Muzik olehBrian Easdale
SinematografiJack Cardiff
Disunting olehReginald Mills
Pengedar
Mula ditayangkan
4 Mei 1947 (1947-05-04)(UK)
13 Ogos 1947 (US)
Tempoh tayangan
100 minit
NegaraUnited Kingdom
Bahasabahasa Inggeris
Perbelanjaan£280,000 ($1.2 juta[1]) atau £351,494[2]

Jalan ceritaSunting

Sekumpulan biarawati Anglikan mengembara ke tempat terasing di Himalayas (Istana Mopu, berhampiran Darjeeling) untuk membina sekolah dan hospital bagi penduduk tempatan, hanya mendapati diri mereka semakin terpengaruh dengan keindahan sekeliling mereka sebuah seraglio yang diubah suai tinggi di gunung, dan oleh agen British tempatan Mr Dean (David Farrar). Clodagh (Deborah Kerr), Sister Superior, cuba untuk melupakan percintaan yang gagal di kampungnya di Ireland.

Ketegangan meningkat apabila tarikan Dean bersahaja memberikan kesan ke atas Clodagh, tetapi turut menarik Sister Ruth (Kathleen Byron) yang tidak stabil mentalnya, yang menjadi cemburu pathologi pada Clodagh, menyebabkan hilang kawalan dan kemuncak yang ganas. Dalam plot kecil, 'General Muda' (Sabu), waris pada takhta negeri India telah datang ke konvent bagi pendidikannya dan tertarik dengan Kanchi, penari kasta rendah (Jean Simmons).

Perbezaan dengan novelSunting

Sungguhpun kebanyakan dialog dalam filem tersebut diambil bulat-bulat dari novel, filem itu tidak mengikuti novel sepenuhnya. Terutamanya filem tersebut tidak memasukkan bangkangan Mr Dean mengenai reka bentuk gereja ("chapel"), sebaliknya menyokong reka bentuknya sendiri bagi bangunan terbuka tanpa pintu, terletak di kemuncak rabung, di atas Orang Suci. Tambahanlagi, Sister Philippa (yang akan pergi) tidak diganti oleh Sister Adela, seorang nun yang tegas dan risau dengan kelewehan tugas oleh nun asal.

RujukanSunting

Notes
  1. ^ "Pressburger". Variety. 5 November 1947. m/s. 20.
  2. ^ Macdonald 1994, m/s. 268.
Bibliography
  • Christie, Ian (1994). Arrows of Desire. London: Faber. ISBN 0-571-16271-1.
  • Godden, Rumer (1939). Black Narcissus. London: Peter Davies.
  • Powell, Michael (1986). A Life in Movies: An Autobiography. London: Heinemann. ISBN 0-434-59945-X.
  • Powell, Michael. Million Dollar Movie. 1992: Heinemann. ISBN 0-434-59947-6.Selenggaraan CS1: lokasi (link)
  • Stone, John. 'Gothic in the Himalayas: Powell and Pressburger's Black Narcissus.' The Gothic Other: Racial and Social Constructions in the Literary Imagination, ed. Ruth Anolik and Douglas Howard. (Jefferson, NC:, 2004): 264-286.
  • Street, Sarah (2005). Black Narcissus. London: I.B. Tauris. ISBN 1-84511-046-3.
  • Vermilye, Jerry (1978). The Great British Films. Citadel Press. m/s. 112. ISBN 0-8065-0661-X.

Pautan luarSunting

DVD reviews