Blackpink: The Movie

Blackpink: The Movie (Hangul블랙핑크: 더 무비; RRBeullaekpingkeu: Deo Mubi; ditulis sebagai BLACKPINK THE MOVIE)[1] ialah filem dokumentari Korea Selatan arahan Oh Yoon-dong dan Jung Su-yee, menampilkan kumpulan vokal wanita Korea Selatan Blackpink.[2] Filem ini dikeluarkan pada 4 Ogos 2021, di Korea Selatan.[3]

Blackpink: The Movie
Hangul블랙핑크: 더 무비
Revised RomanizationBeullaekpingkeu: Deo Mubi
Pengarah
  • Oh Yoon-dong
  • Jung Su-yee
Dibintangi
Diedarkan oleh
  • CJ 4DPlex (Korea Selatan dan Jepun)
  • Trafalgar Releasing (Seluruh dunia)
  • Disney+
Tarikh tayangan
  • 04 Ogos 2021 (2021-08-04) (Korea Selatan)
NegaraKorea Selatan
BahasaKorea

Latar belakang sunting

Pada 16 Jun 2021, YG Entertainment mengumumkan keluaran tayangan Blackpink: The Movie sebagai sebahagian dari projek ulang tahun kelima Blackpink, yang dinamakam "4+1 PROJECT".[1] Poster acah untuk filem itu dikeluarkan pada 21 Jun.[4] Poster utama dikeluarkan pada 23 Jun, dan filemnya diumumkan untuk tayangan pada 4 Ogos, di Korea Selatan.[5] Tiket mula dijual pada 30 Jun.[5]

Keluaran sunting

Untuk tayangannya pada 4 Ogos, filem ini dikeluarkan di lebih dari 100 negara dan 3,000 pawagam di seluruh dunia. Tayangannya ditunda sehingga akhir Ogos di negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, dan Malaysia kerana peraturan pandemik COVID-19 di Asia Tenggara. Jumlah pawagam di seluruh dunia akan meningkat dari 3,000 menjadi 4,200 setelah dikeluarkan di Asia Tenggara.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Dong, Sun-hwa (June 16, 2021). "'BLACKPINK THE MOVIE' to hit local theaters in August". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2021. Dicapai pada June 25, 2021.
  2. ^ Official film poster.
  3. ^ "BLACKPINK confirms 'The Movie' set for August 4 release". The Times of India. June 25, 2021. Dicapai pada June 25, 2021.
  4. ^ Mamo, Heran (June 22, 2021). "BLACKPINK Announce New Movie Coming Out This Summer". Billboard. Dicapai pada June 25, 2021.
  5. ^ a b Legaspi, Althea (June 23, 2021). "Blackpink to Release New 'Blackpink the Movie' in Theaters". Rolling Stone. Dicapai pada June 25, 2021.
  6. ^ Yoon, Sang-geun (11 August 2021). "'블랙핑크 더 무비' 누적 관객 50만 눈앞..상영관 4200개 확대[공식]". Star News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 11 August 2021.

Pautan luar sunting