Blendr merupakan aplikasi jaringan geososial dan platform pencarian sosial - secara asasnya merupakan laman janji temu. Ia direka untuk menghubungkan pengguna-pengguna dalam kawasan yang berdekatan. Ia dicipta oleh Joel Simkhai, yang turut mencipta aplikasi serupa untuk golongan gay dan biseksual iaitu Grindr.[1][2] Blendr dikuasakan oleh Badoo.[3]

Blendr
PembangunBlendr LLC
Pelancaran pertama08 September 2011 (2011-09-08)
Keluaran stabil
Android:
5.11.2 / May 11, 2017
iOS:
5.6.0 / May 12, 2017
Sistem pengendalianiOS, Android
SaizAndroid: 28.21 MB
iOS: 166MB
JenisJaringan geososial
Tapak webblendr.com

Sejarah sunting

Blendr telah diumumkan pada 14 Mac 2011, di bawah kod nama Project Amicus.[4] Penggunaan nama "Blendr" telah digunakan semasa pelancarannya pada 8 September 2011.[4]

Penerangan sunting

Aplikasi ini menggabungkan lokasi GPS dengan kerangka jaringan sosial, untuk memberi peluang kepada pengguna bertemu dengan pengguna lain yang berada dalam kawasan berhampiran.[1] Pengguna hendaklah berusia 18 tahun dan ke atas.[5]

Pengguna kebiasaannya akan menyediakan gambar dan maklumat asas mengenai minat mereka (mereka tidak perlu menyatakan nama sebenar atau maklumat peribadi yang lain), dan kemudian boleh melihat pengguna lain berdekatan dengan mereka. Untuk melindungi privasi penggun, aplikasi ini hanya memberikan anggaran kasar lokasi pengguna, dan membenarkan pengguna untuk mengehadkan diri mereka untuk dihubungi oleh pengguna yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh mereka.[6] Tidak seperti Grindr, Blendr dicipta oleh Simkhai sebagai alat untuk menghubungan pengguna yang berkongsi minat yang sama dari pernigaan ke hobi dan perhubungan untuk semua jenis seksualiti. [2] Aplikasi ini melarang sebarang penggunaan ketelanjangan, gambar atau penulisan mengenai perbuatan seksial, dan penyataan berbaur perkauman atau sebarang ucapan kebencian.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Medina, Mekhalo (8 September 2011). "A New Social Blendr". NBC LA. Dicapai pada 5 October 2011.
  2. ^ a b Neate, Rupert (12 September 2011). "Welcome to Blendr, the straight dating app following in Grindr's footsteps". The Guardian. London. Dicapai pada 5 October 2011.
  3. ^ "Badoo's Privacy Policy". Dicapai pada 2012-10-12.
  4. ^ a b Kapp, Matt (8 June 2011). "Grindr: Welcome to the World's Biggest, Scariest Gay Bar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-10. Dicapai pada 5 October 2011.
  5. ^ Hudson, Alex (13 September 2011). "Love on the go? There's an app for that". BBC News. Dicapai pada 5 October 2011.
  6. ^ Wortham, Jenna (8 September 2011). "Finding an Instant Date Nearby, With an App". New York Times. Dicapai pada 5 October 2011.
  7. ^ "Blendr Profile Guidelines". Blendr LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-07. Dicapai pada 5 October 2011.