Blood Brothers: Bara Naga

(Dilencongkan daripada Blood Brothers)

Blood Brothers: Bara Naga ialah filem debaran aksi Malaysia 2025 arahan Abhilash Chandra dan Syafiq Yusof. Ia dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham. Ia mengisahkan tenting sekumpulan lelaki yang rapat bekerja dalam organisasi 'keselamatan elit' yang menyediakan perlindungan untuk orang berpengaruh dan ketua jenayah telah diuji apabila berlaku pengkhianatan dalam persaudaraan mereka. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 10 April 2025.[1]

Blood Brothers: Bara Naga
Pengarah
Lakon layar
  • Abhilash Chandra
  • Ghazwan Tomasi
  • Ayam Fared
  • Ashraf Modee Zain
Dihasilkan oleh
  • Yusof Haslam
  • Abhilash Chandra (bersama)
  • Nana Azmi (penyelaras)
  • Syamin Yusof (eksekutif)
  • Nini Yusof (eksekutif bersama)
  • Ahmad Izham Omar (eksekutif bersama)
  • Rosmarayu Mokhtar (eksekutif bersama)
  • David Yap (eksekutif bersama)
  • Sean Sim (eksekutif bersama)
Dibintangi
SinematografiNicholas Chin
Disunting oleh
Muzik olehRicky Lionardi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 10 April 2025 (2025-04-10)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Ariff merupakan seorang pengawal peribadi yang setia tetapi dituduh mengkhianati Naga, individu yang pernah membelanya. Demi membersihkan namanya, Ariff terpaksa meminta pertolongan abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki.

Namun, perjalanan Ariff bukan mudah. Dia kini diburu oleh sahabat baiknya sendiri, Ghaz, ketua pasukan pengawal peribadi elit yang suatu ketika dahulu dianggapnya sebagai Blood Brothers. Konflik ini bukan sekadar pertempuran fizikal, tetapi juga peperangan emosi, kepercayaan, dan kesetiaan. Dalam dunia yang penuh tipu daya, siapakah yang akan bertahan hingga ke akhirnya?

Pelakon

sunting

Penerbitan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Malaysia's Skop Productions turns 40; countdown to "Blood Brothers" in 2025 runs alongside commitment to growth & expansion | ContentAsia". www.contentasia.tv. Dicapai pada 2025-01-25.

Pautan luar

sunting