Bloons ialah nama permainan video yang objektifnya untuk meletupkan "bloon" (belon) sebanyak mungkin dengan menggunakan monyet yang dilengkapi dengan pelbagai senjata. Siri dalam permainan Bloons ini termasuk Bloons Tower Defense, Bloons Battles dan sebagainya. Kebanyakan permainan Bloons adalah permainan menggunakan pelayar internet yang menggunakan Adobe Flash Player, dan sesetengahnya boleh didapati pada platform lain seperti Windows Phone, Android dan iOS. Bloons dibangunkan oleh Ninja Kiwi yang berasal dari Auckland, New Zealand.