BoBoiBoy Movie 2

Filem animasi Malaysia 2019 arahan Nizam Razak
(Dilencongkan dari BoBoiBoy: Movie 2)

BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi komedi adiwira Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini menceritakan aksi BoBoiBoy dan rakan pasukannya yang perlu menentang makhluk jahat purba yang bernama Retak’ka mahu merampas kuasa elemental BoBoiBoy.

BoBoiBoy Movie 2
PengarahNizam Razak
PenulisNizam Razak
Cerita olehNizam Razak
Anas Abdul Aziz
BerdasarkanBoBoiBoy oleh Nizam Razak
Dihasilkan olehNizam Razak
Kee Yong Pin
DibintangiNur Fathiah Diaz
Fadhli Mohd Rawi
Wong Pak Lin
Muhammad Abdurrahman Solahuddin
Anas Abdul Aziz
Dzubir Mohamed Zakaria
Nur Sarah Alisya
Yap Ee Jean
Wong Wai Kay
Muzik olehYuri Wong
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 8 Ogos 2019 (2019-08-08) (Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura)
  • 30 Ogos 2019 (2019-08-30) (Vietnam)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM7 juta[1]
Pecah panggungRM30 juta

Ini merupakan filem kedua yang diterbitkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie (2016). Ia merupakan kesinambungan tersendiri kepada musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Filem ini ditulis oleh Nizam sendiri dan Anas Abdul Aziz, dan merupakan filem pertama yang menggunakan latar belakang dan watak dari BoBoiBoy Galaxy.

Filem ini ditayangkan secara serentak di 4 buah negara mulai 8 Ogos 2019 termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Vietnam juga telah ditayangkan pada 30 Ogos dengan versi alih suara bahasa Vietnam.

Sinopsis sunting

Dalam filem ini, BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang diburu oleh seorang makhluk purba, Retak'ka yang ingin merampas Kuasa Elemental BoBoiBoy. Retak'ka ialah pengguna asal Kuasa Elemental yang sekarang miliki BoBoiBoy. Untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi, dia berniat mengambih alih kuasa itu. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlawan untuk menewaskan Retak'ka sebelum kuasa itu jatuh ke tangan yang salah.

Pelakon suara sunting

  • Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
  • Fadhli Mohd Rawi sebagai Retak'ka
  • Wong Pak Lin sebagai Hang Kasa
  • Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
  • Nizam Razak sebagai Papa Zola
  • Ieesya Isandra sebagai Pipi Zola
  • Nur Sarah Alisya sebagai Yaya
  • Yap Ee Jean sebagai Ying
  • Wong Wai Kay sebagai Fang
  • Anas Abdul Aziz sebagai Koko Ci, Adu Du, Probe, Tok Aba dan Pakcik Kumar
  • Muhammad Abdurrahman Solahuddin sebagai Ochobot
  • Hazwani Hamizah Mahayuddin sebagai Ayu Yu
  • Nur Iman Andaliz sebagai Tarung
  • Nabil Zamanhuri sebagai Kapten Kaizo

Penerbitan sunting

Pengarah Nizam Razak berkata proses pembikinan untuk filem kedua ini lebih pantas daripada filem pertama dan hanya mengambil masa setahun untuk disiapkan. Mereka menetapkan had masa 12 bulan untuk melihat jika mereka boleh membuat filem tanpa menjejaskan kualiti atau jalan cerita animasi tersebut.[2] Beliau mengaku terdapat tekanan untuk menyiapkan filem ini tepat pada masanya tetapi pasukan produksi beliau yang terdiri daripada 100 orang berjaya melakukannya mengikut masa yang ditetapkan. Mereka menggunakan teknologi yang lebih baik seperti Redshift dan kaedah simulasi menyeluruh[3] walaupun kosnya akan menjadi lebih tinggi untuk memberikan kualiti terbaik kepada penonton.[4] Jika reaksi kepada filem ini adalah positif, mereka bercadang untuk menghasilkan filem secara konsisten, dengan filem baharu dikeluarkan setiap tahun atau setiap setahun setengah.[2]

Muzik sunting

Lagu rasmi filem ini dicipta dan dinyanyikan oleh Faizal Tahir setelah beliau telah ditawarkan untuk menyanyikan lagu tersebut daripada Animonsta Studios. Beliau menggambarkan peluang menyanyikan lagu tema filem ini sebagai platform mendekati peminat muda.[5] Video lirik rasminya telah dikeluarkan pada 27 Jun 2019,[6] dan video muzik secara rasminya telah dikeluarkan di YouTube pada 26 Julai 2019. Lagu ini dikeluarkan di iTunes pada 2 Ogos 2019, beserta semua lagu dalam albumnya, Rojak.

Keluaran sunting

Sebelum BoBoiBoy: The Movie dikeluarkan pada tahun 2016, Nizam Razak menyatakan bahawa mereka telahpun mempunyai idea mereka untuk filem kedua.[7] Teaser rasmi pertama untuk filem ini telah dikeluarkan pada 8 Mac 2019.[8]

Pada 10 Mei 2019, Monsta memuat naik video pengumuman tarikh tayangan untuk pawagam Malaysia, iaitu pada 8 Ogos 2019.[9] Ia kemudian didedahkan bahawa 4 lagi negara juga mempunyai tarikh tayangan yang sama. Monsta menyiarkan treler rasmi untuk filem ini pada 25 Jun 2019.[10]

Ini akan menjadi filem Malaysia pertama yang dikeluarkan serentak di 5 negara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Vietnam. Bagaimanapun, penayangan Vietnam ditangguh hingga 30 Ogos untuk membuat alih suara versi penuh Vietnam telah ditayangkan di Vietnam. Ia akan ditayangkan di lebih 500 pawagam.[11] yang terdiri daripada lebih 144 pawagam di Malaysia, 8 pawagam di Singapura, 4 pawagam di Brunei, 150 pawagam di Indonesia dan 120 pawagam di Vietnam. Buat masa ini, terdapat permintaan dari Thailand dan Filipina tetapi tiada pengumuman dibuat setakat ini. Monsta juga menyasarkan pasaran Korea Selatan, India dan China untuk tayangan akan datang.

Filem ini bersama-sama dengan Sangkar dan M for Malaysia telah mengungguli carta Top 10 Pilihan Penonton Golden Screen Cinemas, di mana BoBoiBoy Movie 2 menduduki tangga ke-6, sementara Sangkar berada di tangga ke-3 dan M for Malaysia berada di tangga ke-7.[12]

Sambutan sunting

Monsta mensasarkan untuk mengumpul lebih banyak daripada kutipan filem pertama (RM20 juta) memandangkan jumlah tayangan lebih tinggi.[4] Filem ini telah meraih RM 1.18 juta pada hari pertama, kutipan pembukaan tertinggi bagi filem animasi tempatan. Filem ini telah meraih kutipan memecah RM 15.8 juta selepas 8 hari tayangan. Kutipan ini berjaya memecah rekod filem BoBoiBoy: The Movie yang pertama. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah menerima terhadap filem animasi tempatan sebagai filem animasi No.1 negara dan secara umumnya. Dalam tempoh 18 hari, BoBoiBoy Movie 2 telah mengumpul RM 25 juta dalam tempoh tiga minggu sekali gus menjadi filem tempat ketiga paling tinggi di Malaysia, mengatasi filem aksi tahun lalu yang merupakan filem di bawah terbitan Astro Shaw, Polis Evo 2 yang membawa pulang sebanyak RM20 juta. Ia telah mengalahkan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal secara rasmi sebagai filem animasi paling laris di Malaysia, mengalahkan semua filem animasi tempatan dan antarabangsa dengan mengutip sebanyak RM27.7 juta selepas 26 hari.

Dalam 70 hari, BoBoiBoy Movie 2 berjaya mencapai kutipan sebanyak RM30 juta di Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam dengan kutipan sebanyak RM29.60 juta di dalam Malaysia.[20]

Masa depan sunting

Kesinambungan sunting

Selepas kejayaan filem BoBoiBoy Movie 2, Nizam Razak menyatakan mereka telah merancang untuk menghasilkan filem ketiga BoBoiBoy. Namun, pada masa ini ia tidak menjadi fokus Monsta kerana mereka memberikan tumpuan kepada filem MechAmato yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 2020, tetapi ditunda pada tahun seterusnya kerana pandemik COVID-19.[21]

MOSNTA telah mendedahkan filem ketiga dalam francais filem BoBoiBoy bertajuk BoBoiBoy Movie 3 yang akan dikeluarkan pada Disember 2025[22] dengan memberi laluan terlebih dahulu kepada BoBoiBoy Galaxy Musim 2 yang ditayangkan pada Disember 2023 dan dibahagikan kepda 4 arc.

Spin-off sunting

Tajuk didedahkan pada awalnya sebagai Papa Zola: The Movie. Semasa MONSTA CON 2023 di GSC LaLaport BBCC, MONSTA mengumumkan bahawa filem tersebut bertajuk PAPA Game On dan dijangka ditayangkan pada Disember 2024 sempena cuti sekolah.[23] Ini merupakan tindakan susulan daripada berita watak Papa Zola bakal digugurkan daripada filem BoBoiBoy yang seterusnya kerana permintaan peminat sendiri.[24][25]

Rujukan sunting

  1. ^ "Info Filem BoBoiBoy Movie 2" Illuminasi. 16 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  2. ^ a b "Oh boy! BoBoiBoy is back with another movie this August Diarkibkan 2019-07-13 di Wayback Machine" Star2.com. 12 Julai 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  3. ^ "Penuh Emosi & Kejutan Berganda! Ini Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton BoBoiBoy Movie 2" Gempak. 23 Julai 2019. Dicapai pada 25 Julai 2019.
  4. ^ a b "Filem BoBoiBoy Movie 2 ditayangkan serentak lima negara" Harian Metro. 25 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  5. ^ "Faizal Tahir dekati peminat muda" Berita Harian. 26 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  6. ^ "BoBoiBoy Movie 2 OST || Fire & Water - Faizal Tahir (Official Lyric Video)" YouTube. 27 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  7. ^ "Lebih hebat, beremosi di pawagam Diarkibkan 2020-04-27 di Wayback Machine" Harian Metro. 30 Januari 2016. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  8. ^ "BoBoiBoy Movie 2™ | Official Teaser" YouTube. 8 Mac 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  9. ^ "BoBoiBoy Movie 2™ | Date Announcement" YouTube. 10 Mei 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  10. ^ "BoBoiBoy Movie 2 | NEW OFFICIAL TRAILER - In Cinemas August 8!" YouTube. 25 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  11. ^ "#Showbiz: 'BoBoiBoy Movie 2' to open in 5 countries on Aug 8" New Straits Times. 25 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  12. ^ Filem Sangkar, M For Malaysia dan BoBoiBoy Movie 2 dominasi Carta Top 10 Pilihan Penonton! Astro Awani (12 September 2019). Dicapai pada 21 September 2019.
  13. ^ "Cecah pungutan RM1.18 juta di hari pertama, BoBoiBoy Movie 2 cipta rekod filem animasi tempatan" Astro Awani. 9 August 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  14. ^ "Baru 5 hari, Boboiboy Movie 2 sudah kutip RM9.9 juta" Astro Awani. 13 Ogos 2019. Dicapai pada 13 Ogos 2019.
  15. ^ " || #BoBoiBoyMovie2 - RM15.8 JUTA DALAM 8 HARI TAYANGAN‼ || Sekaligus berjaya memecah rekod kutipan filem pertama: BoBoiBoy The Movie (2016). Jutaan TERIMA KASIH kepada semua yang menonton di pawagam serta untuk sokongan anda terhadap filem animasi tempatan!😆👍" Facebook. 16 Ogos 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  16. ^ "#BoBoiBoyMovie2 - RM21 JUTA DALAM 11 HARI TAYANGAN‼ || Jutaan TERIMA KASIH⚡ kepada semua yang menonton di pawagam serta sokongan anda yang tidak putus-putus terhadap filem animasi ini! Alami fenomena BoBoiBoy Movie 2 DI PAWAGAM SEKARANG!😆👍" Facebook. 19 Ogos 2019. Dicapai pada 19 Ogos 2019.
  17. ^ " || BoBoiBoy Movie 2 - RM25 JUTA‼ || Jutaan TERIMA KASIH⚡ atas sokongan korang yang tidak putus-putus! Sudah 3 minggu, fenomena BoBoiBoy masih membara dan tayangan masih kuat di 141 buah pawagam di seluruh negara!😆👍" Facebook. 26 Ogos 2019. Dicapai pada 26 Ogos 2019.
  18. ^ "Boboiboy Movie 2 filem animasi tempatan terlaris" Berita Harian. 3 September 2019. Dicapai pada 4 September 2019.
  19. ^ || BoBoiBoy Movie 2 - RM30 JUTA‼ || Selepas 70 hari, BoBoiBoy Movie 2 berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM30 juta di Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam, dengan kutipan RM29.6 juta di dalam Malaysia. Terima kasih kepada semua yang telah menonton dan menyokong BoBoiBoy Movie 2! Monsta akan terus berusaha untuk memasarkan BoBoiBoy Movie 2 ke negara-negara lain! Facebook. 18 Oktober 2019. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  20. ^ || BoBoiBoy Movie 2 - RM30 JUTA‼ || Selepas 70 hari, BoBoiBoy Movie 2 berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM30 juta di Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam, dengan kutipan RM29.6 juta di dalam Malaysia. Terima kasih kepada semua yang telah menonton dan menyokong BoBoiBoy Movie 2! Monsta akan terus berusaha untuk memasarkan BoBoiBoy Movie 2 ke negara-negara lain! Facebook. 18 Oktober 2019. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  21. ^ "BoBoiBoy Movie 3" ada dalam kad
  22. ^ @BoBoiBoy (31 Oktober 2023). "[MONSTA CON 2023 LIVE UPDATE!] Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak turut berkongsi dengan orang ramai akan rancangan dan program bakal disajikan kepada penonton untuk tahun 2023 dan 2024. -- #Monsta #Mechamato #PapaPipi #BoBoiBoy #KembaliBeraksi #MonstaCon2023" (Twit). Dicapai pada 4 November 2023 – melalui Twitter.
  23. ^ @BoBoiBoy (31 Oktober 2023). "[MONSTA CON 2023 LIVE UPDATE!] Filem Papa Pipi bertajuk PAPA GAME ON dijadualkan untuk ditayang pada cuti sekolah hujung tahun 2024. - Nizam Abdul Razak, CEO Monsta. --#Monsta #PapaPipi #MonstaCon2023" (Twit). Dicapai pada 4 November 2023 – melalui Twitter.
  24. ^ Dzulkiply, Siti Athirah (17 November 2021). "Papa Zola digugurkan dalam filem animasi BoboiBoy akan datang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 November 2023.
  25. ^ MONSTA (17 November 2021). "Reaction Papa Zola bila digugurkan dari BoBoiBoy Movie 🥺 #PapaPipi #Shorts". YouTube. Dicapai pada 4 November 2023.

Pautan luar sunting