BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Galaxy ialah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia merupakan kesinambungan siri asal BoBoiBoy selepas tamatnya tiga musim dan filem BoBoiBoy: The Movie (2016). BoBoiBoy Galaxy lebih tertumpu kepada pengembaraan berdasarkan jalan cerita dengan arka cerita yang berbeza setiap beberapa episod.
BoBoiBoy Galaxy | |
---|---|
Genre | Adiwira, aksi, kembara, cereka sains |
Pencipta | Mohd Nizam Abd Razak |
Ditulis oleh | Nizam Razak Anas Abdul Aziz |
Pengarah | Dzubir Mohammed Zakaria Yap Ee Jean |
Pelakon suara | Nur Fathiah Diaz, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Muhammad Abdurrahman Solahuddin, Yap Ee Jean, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Anas Abdul Aziz, Nizam Razak |
Lagu pembukaan | "Dunia Baru", ditulis dan digubah oleh Sam Bunkface Diterbit dan dipersembahkan oleh Bunkface |
Lagu penutup | "Di Bawah Langit Yang Sama", ditulis dan digubah oleh Iksan Skuter Diterbit dan dipersembahkan oleh D'Masiv |
Negara asal | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Bahasa | ![]() ![]() Bahasa Inggeris (Seluruh Dunia) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 51 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Nizam Razak |
Penyunting | Dzubir Mohammed Zakaria |
Tempoh siaran | 21-23 minit |
Syarikat penerbitan | Animonsta Studios |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios (Media Prima) (Malaysia) Mediacorp Studios (Mediacorp) (Singapura) |
Penyiaran | |
Saluran asal | ![]() Disney Channel Asia Cartoon Network Asia ![]() ![]() ![]() |
Siaran asal | 26 November 2016 – 22 Jun 2018 (S1) 16 Mac 2020 – 21 April 2023 (Komik S2) Disember 2023 (Animasi S2) |
Mengikuti | BoBoiBoy |
Diikuti oleh | BoBoiBoy Movie 2 |
Pautan luar | |
Tapak sesawang penerbitan Animonsta Studios |
Ia mula menyiarkan musim pertamanya bermula dari November 2016 hingga Jun 2018. Musim pertama ini diikuti oleh filem kedua BoBoiBoy Movie 2 (2019) yang ditayangkan pada 8 Ogos 2019.
Plot Sunting
BoBoiBoy Galaxy merupakan sebuah kisah tentang Power Sphera, robot-robot yang dicipta untuk memberikan kuasa hebat kepada pemiliknya. Namun, projek Power Sphera akhirnya dianggap sebagai projek yang berbahaya dan dibatalkan, dan banyak Power Sphera melarikan diri dan bersembunyi di serata pelusuk galaksi. Mengidamkan kuasa mereka, ramai mahkluk asing jahat cuba mencari dan menangkap Power Sphera untuk kepentingan mereka sendiri.
Untuk mengelakkan Power-Power Sphera daripada jatuh ke tangan yang salah, seorang wira muda dari Bumi, BoBoiBoy, dan kawan-kawannya ditugaskan untuk menjejaki dan melindungi Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi dengan bantuan organisasi antara galaksi, T.A.P.O.P.S.
Pelakon suara Sunting
- Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
- Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
- Nur Sarah Alisya Zainal Rashid sebagai Yaya
- Yap Ee Jean sebagai Ying
- Wong Wai Kay sebagai Fang
- Nizam Razak sebagai Papa Zola
- Anas Abdul Aziz sebagai Koko Ci, Adu Du, Probe, Tok Aba dan Pakcik Kumar
- Muhammad Abdurrahman Solahuddin sebagai Ochobot
- Nur Iman Andaliz sebagai Tarung
- Nabil Zamanhuri sebagai Kapten Kaizo
Penerbitan Sunting
Nizam Razak, pencipta BoBoiBoy, berkata bahawa idea penukaran jalan cerita datang pada 2014 apabila beliau berada di Jepun. Beliau berasa kagum dengan kepelbagaian barangan Pokémon. Kemudian, beliau mendapat idea untuk mempelbagaikan Power Sphera. Mereka mula membuat siri ini selepas tamatnya siri BoBoiBoy pada pertengahan 2016 dan menukar jalan cerita untuk menjadi lebih aktif di mana BoBoiBoy akan mengembara sekitar galaksi berbanding menunggu musuh datang ke Bumi. Latar dalam siri ini bertambah satu hingga dua tahun dari siri BoBoiBoy tetapi jalan ceritanya masih sesuai untuk semua peringkat umur. Animonsta Studios bercadang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 300 episod, dengan filem muncul setiap dua tahun.[1]
Animonsta Studios telah mengumumkan BoBoiBoy Galaxy secara tidak rasmi pada tahun 2013, di mana mereka mengeluarkan gambar poster BoBoiBoy Galaxy dengan apa yang dipercayai adalah pakaian baru untuk BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais. Pihak Animonsta kemudiannya mendedahkan perancangan mereka untuk BoBoiBoy Galaxy di laman web mereka[2].
Animonsta Studios kemudian membuat pengumuman secara rasmi di akaun Facebook mereka, di mana BoBoiBoy Galaxy akan mula disiarkan pada Jun 2016.[3] Selepas BoBoiBoy: The Movie, mereka mengeluarkan pengumuman baru yang lebih terperinci: jalan ceritanya akan memaparkan wira-wira muda itu mengembara ke seluruh galaksi untuk mencari Power Sphera, dan mengambil tempat 2 hingga 3 tahun selepas BoBoiBoy: The Movie. Animonsta juga akan mengeluarkan komik dahulu sebelum siri animasi. Mereka juga mengumumkan bahawa produksi akan bermula tak lama selepas itu dan mereka menjangkakan kumpulan episod pertama akan ditayangkan antara September sehingga Disember 2016.[4]
Pada Julai 2016, mereka akhirnya mengumumkan bahawa BoBoiBoy Galaxy akan disiarkan pada cuti sekolah akhir tahun di TV3 di Malaysia manakala tayangan perdana di MNCTV di Indonesia adalah pada Januari 2017.[5]
Sejarah penyiaran Sunting
Musim 1 Sunting
Musim pertama mempunyai 24 episod. Episod pertama telah disiarkan pada 25 November 2016, dengan episod baru dikeluarkan setiap hari Jumaat pada pukul 5 petang di TV3. Enam episod pertama telah disiarkan secara berturut-turut. Ia ditayangkan di Disney Channel Asia pada 7 Julai 2017, MNCTV Indonesia pada 14 Januari 2017, Disney Channel Asia pada 7 Julai 2017, dan pada 3 Februari 2017 di saluran YouTube rasmi Monsta. Episod terakhir musim pertama disiarkan pada 21 Jun 2018 di Malaysia, dan 23 Jun 2018 di Indonesia.
Musim 2 Sunting
Komik Sunting
Pada masa ini, musim kedua BoBoiBoy Galaxy hanya dikeluarkan dalam bentuk komik keluaran bulanan dan telah mempunyai 27 isu. Isu pertama telah mula dikeluarkan pada 16 Mac 2020 dan isu terakhir musim kedua tamat pada 21 April 2023. BoBoiBoy Galaxy musim kedua akan kembali dalam siri animasi yang akan ditayangkan pada Disember 2023[6].
Rujukan Sunting
- ^ "Kenapa BoBoiBoy menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 rahsia didedahkan" The Vocket. 6 Disember 2016. Dicapai pada 6 Disember 2016.
- ^ "Animonsta Signs With A Global Toy Company, TOMY Diarkibkan 2014-10-22 di Wayback Machine" Animonsta Studios. 2 September 2014. Dicapai pada 9 September 2015.
- ^ "Kepada semua penggemar BoBoiBoy, kami ingin meminta maaf atas keterlambatan penayangan episode 19. Team MONSTA sedang berusaha untuk menyelesaikan "BoBoiBoy The Movie" dan mengerjakan episode series BoBoiBoy pada saat yang bersamaan." Facebook. 4 Ogos 2015. Dicapai pada 3 Julai 2016.
- ^ "7 Interesting Facts About BoBoiBoy Galaxy" Facebook. 11 Mei 2016. Dicapai pada 28 Mei 2016.
- ^ "BoBoiBoy Galaxy akan mula ditayangkan di TV3 Malaysia bermula Cuti Sekolah hujung tahun 2016 dan di MNCTV Indonesia pada awal tahun 2017." Facebook. 26 Julai 2016. Dicapai pada 26 Julai 2016.
- ^ "Boboiboy Galaxy Versi Musim 2 Keluaran Animasi Disember 2023".