Bobby Gonzales (lahir pada 15 Januari, 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang berasal dari Sabah.[4] Terkini, beliau bermain untuk pasukan Perak dalam Liga Super Malaysia sebagai penyerang. Dia pernah mewakili Malaysia pada kejohanan Sekolah-Sekolah Asia pada tahun 2001.

Bobby Gonzales
Maklumat peribadi
Nama penuh Bobby Gonzales
Tarikh lahir (1984-02-15) 15 Februari 1984 (umur 40)
Tempat lahir Kunak, Sabah, Malaysia[1]
Ketinggian 1.74 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Perak FA
Nombor -
Kerjaya remaja
2001 Pasukan kebangsaan Malaysia bawah 17 tahun
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2008 Sabah FA 40 (20)
2009 Brunei DPMM FC 0 (0)
2009 KL PLUS FC 14 (4)
2009–2010 Sabah FA 35 (15)
2011Sarawak FA (pinjaman)[2] 21 (16)
2012 Sabah FA 9 (2)
2012Sarawak FA (pinjaman)[3] 6 (1)
2013 Sarawak FA 35 (28)
2014 PDRM FA 21 (6)
2015 Perak FA - (-)
Pasukan kebangsaan
2003–2004 Malaysia Bawah 19 3 (4)
2013– Malaysia 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Ogos 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 Ogos 2014

Kerjaya bola sepak sunting

Sabah FA sunting

Bobby memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Sabah. Dia membuat penampilan sulung dalam perlawanan menentang Terengganu pada 2003.[5] Dia juga bermain pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2003.

Pada musim 2007/08, Bobby muncul selaku penjaring terbanyak Sabah bersama-sama dengan André Scotti Ossemer dengan 13 gol.[6]

Brunei DPMM FC sunting

Pada musim 2009, Bobby berhijrah ke Brunei dan menyertai DPMM Brunei.[7] Tetapi DPMM terpaksa menarik diri dari saingan liga.

KL PLUS FC sunting

Dia kemudian ditawarkan kontrak oleh KL PLUS.[8]. Dia membuat penampilan sulung bersama KL PLUS dalam perlawanan menentang Terengganu dan menjaringkan gol pertamanya buat KL PLUS dalam jarak 25 meter.[9] Namun akibat kecederaan, Bobby terpaksa berehat panjang dan hanya kembali semasa kejohanan Piala Malaysia 2009.

Sabah FA sunting

Setelah kontraknya tamat dengan KL Plus, Bobby kembali bermain untuk Sabah dalam Liga Perdana Malaysia 2010. Dia digugurkan dari skuad Sabah setelah liga tamat.[10]

Sarawak FA sunting

Dia menyertai Sarawak untuk Liga Perdana Malaysia 2011.[11]

Dari Sarawak FA ke Sabah FA sunting

Pada musim 2012, Bobby telah menyertai semula pasukan Sabah FA.

Kembali ke Sarawak FA sunting

Bobby kembali semula ke Sarawak FA pada tahun 2013.

PDRM FA sunting

Selepas dilepaskan oleh Sarawak FA pada akhir tahun 2013, Bobby menyertai PDRM FA dengan kontrak setahun.[12]

Perak FA sunting

Bobby menyertai Perak FA dengan kontrak selama setahun dan akan beraksi di Liga Super Malaysia 2015.

Pencapaian sunting

Pasukan sunting

Sarawak FA

Rujukan sunting