Bohor merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Langkawi, Kedah, Malaysia.

Mukim Bohor
مقيم بڬان
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Kedah
DaerahLangkawi
KeluasanN/A

Ia merupakan mukim yang paling kecil di antara enam mukim. Mukim Bohor juga merupakan satu-satunya mukim yang tidak mempunyai kawasan pantai di Daerah Langkawi.

Perkataan "Bohor" bermakna kawasan tanah tinggi yang di kelilingi oleh kawasan berair atau lembah seperti kawasan perkampungan ataupun tanah yang di sekelilingnya adalah sawah ataupun kawasan berpaya. Ketinggian bohor tidaklah setinggi bukit dan ia sangat sesuai dijadikan kawasan petempatan yang berkeluasan 36 km persegi.

Jumlah Penduduk sunting

Jumlah penduduknya juga adalah yang paling rendah di antara semua mukim. Penduduk Mukim Bohor seramai 8,024 orang mengikut kajian pada tahun 2005. Pecahan penduduk pula adalah 98%. Bumiputera dan 2% lain-lain kaum. Penduduk lelaki lebih ramai daripada wanita. Penduduk lelaki seramai 4,140 orang dan wanita seramai 3,884 orang. Pekerjaan utama penduduk ialah bersawah,menoreh getah, perhotelan, kakitangan kerajaan, berniaga, kontraktor serta menternak lembu dan kerbau. Mukim Bohor adalah mukim yang berasaskan kepada pertanian seperti sawah,getah, kelapa,dusun dan penternakan.

Pelancongan sunting

Kompleks Kraftangan Langkawi sunting

One Stop Center bagi jualan hasil kraf Malaysia: Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.

Promosi: Pelbagai aktiviti promosi diadakan setiap tahun bagi menarik minat pengunjung untuk datang ke Kompleks Kraf Langkawi dan membeli kraftangan buatan Malaysia. Selain itu, ia dapat memupuk dan menanam sikap mencintai seni warisan budaya kraf Malaysia. Promosi Kraf Langkawi pada bulan Disember setiap tahun merupakan acara kemuncak kepada program Promosi yang dijalankan, di mana pelbagai produk dan hasil kraf Malaysia akan dijual oleh pengusaha/usahawan dari semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pemuziuman dan Pendidikan Kraf:Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.

Lokasi :Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi.
Koordinat: 6.420251 U, 99.780234 T
No Tel: 04-9591913. No Faks: 04-9592340.

Taman Kerbau sunting

Sebelum ini, Langkawi terkenal dengan industri kerbau dan pernah menjadi pengeksport ke tanah besar. Arus permodenan menggalakkan pemantapan penternakan kerbau secara sistematik agar industri ini boleh menjana pendapatan serta menghasilkan impak dari segi pengeluaran daging kerbau tempatan. Sehubungan dengan itu,YAB Dato' Seri Menteri pada tahun 2005 telah menyatakan hasrat untuk mewujudkan sebuah ladang yang moden dan  sistematik. Jabatan telah diminta oleh LADA untuk mengemukakan kertas kerja projek penternakan kerbau. Jabatan telah menyediakan dua konsep iaitu :

  1. Projek Ladang Kerbau Sapi
  2. Projek menyusun semula kerbau sawah secara perladangan.


Projek Kerbau Sapi memerlukan modal sebanyak RM 1.5 juta manakala projek kerbau sawah memerlukan peruntukan RM 4.5 juta. YAB Perdana Menteri mengesyorkan Jabatan melaksanakan projek Ladang Kerbau Sapi Objektif :

  1. Membangunkan pusat pembiakan kerbau untuk pengeluaran dan pelancongan
  2. Membangunkan pusat kajian baka-baka kerbau
  3. Melahirkan usahawan industri asas tani dan agro pelancongan.

Rujukan sunting