Jalan Kembali: Bohsia 2
Jalan Kembali: Bohsia 2 (juga dikenali sebagai Bohsia 2: Jalan Kembali) merupakan sebuah filem aksi Malaysia tahun 2012 arahan Syamsul Yusof terbitan Skop Productions dan Grand Brilliance yang ditayangkan pada 7 Jun 2012 di seluruh Malaysia. Filem ini dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nabila Huda, Salina Saibi, Zizan Razak dan Soffi Jikan dan merupakan kesinambungan daripada filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009). Ia kemudiannya diadaptasikan ke siri TV yang disiarkan di TV2 pada 2014.
Jalan Kembali Bohsia 2 | |
---|---|
Pengarah | Syamsul Yusof |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | James Baum |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 97 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.5 juta |
Pecah panggung | RM 4.98 juta |
Sinopsis
suntingFilem Jalan Kembali Bohsia 2 menceritakan tentang gadis bernama Amy, seorang ex-bohsia yang sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi sejarah hitamnya dengan menjejakkan kaki ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya, bekas seteru lamanya pula makin hanyut bergelumang dengan gejala haram dan tingkah lakunya dikawal ketat oleh teman lelakinya Keting.Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah sia-sia itu namun Muz dan Ijan sentiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting memesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis – gadis yang lemah pegangan agama.
Pelakon
sunting- Syamsul Yusof sebagai Muz
- Salina Saibi sebagai Amy
- Nabila Huda sebagai Tasha
- Soffi Jikan sebagai Keting
- Zizan Razak sebagai Ejan
- Azad Jasmin sebagai Ejat
- Harun Salim Bachik sebagai Bomoh
- Hetty Sarlene sebagai Ati
- Mak Jah sebagai Rock
- Serina Redzuawan sebagai Nora
- Kazar Saisi sebagai Abu
- Delimawati sebagai Makcik Tasha
- Angeline Tan sebagai Tauke
- Rose Iskandar sebagai Ustazah
Penerbitan
suntingJalan Kembali: Bohsia 2 merupakan filem ketujuh arahan Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang ditayangkan pada 23 April 2009. Filem ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan kos pembikinannya dianggarkan berjumlah RM1.5 juta, penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Filem ini masih mengekalkan sebahagian besar pelakon asalnya kecuali Shaheizy Sam, Aaron Aziz dan Diana Danielle.
Keluaran dan sambutan
suntingTayangan
suntingJalan Kembali: Bohsia 2 ditayangkan pada 7 Jun 2012 di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.[1] Menurut laporan tidak rasmi mereka yang bekerja di belakang tabir filem ini, untuk tempoh 48 jam yang lalu, filem ini telah berjaya mengutip lebih RM1 juta jualan tiket.[2][3][4]
Ulasan kritis
suntingMenurut Nurrezatul Aqmar Mustaza dari Sinar Harian, Jalan Kembali: Bohsia 2 tidak hanya memaparkan kecelaruan masalah remaja kini, namun turut menyelitkan elemen Islamik untuk suntik kesedaran kepada golongan remaja untuk berfikir.[5]
Wahiduzzaman menulis untuk mStar Online menyifatkan momentum filem ini terus rancak dan transisi babak semakin meyakinkan, lengkap pasang surutnya yang sekali gus menjadikan filem ini baik pada persembahan dan pengisiannya. Beliau turut berkenan pada sinematografi filem ini, terutamanya permainan syot yang diketengahkan amat menarik dan memberikan impak lebih besar bagi babak-babak pertarungan dan kejar-mengejar.[6]
Budiey dari Sensasi Selebriti mengulas mengenai poster filem ini berkata: "Poster filem Bohsia 2 ini nampak segar, menarik dan unik kerana susunan imej, warna dan efek yang digunakan dapat menghasilkan sebuah visual yang mencuri perhatian dan mengundang penelitian yang lama. Gabungan warna yang cukup menyerlah juga dapat melambangkan unsur keganasan dan kemarahan watak – watak yang terdapat dalam filem ini."[7]
Adaptasi
suntingPada 2014, sebuah drama bersiri 13 episod telah diterbitkan berdasarkan daripada filem ini. Jalan Kembali versi drama mula bersiaran pada 11 Ogos 2014 di slot Seleta Prima TV2 dan diterbitkan oleh Skop Productions, ia dibintangi oleh Sheera Iskandar, Qazem Nor, Lufya Omar, Aznah Hamid, Azuan Mazwan dan Dato’ Aziz Singah dan turut dibintangi oleh penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun yang memegang watak Dani.[8]
Muzik
suntingJames Baum yang sebelum ini menyumbangkan lagunya untuk beberapa filem arahan Syamsul Yusof, menyanyikan lagu tema filem ini yang juga menggunakan tajuk sama, "Jalan Kembali".
Rujukan
sunting- ^ "Bohsia 2 dapat sambutan baik hari pertama". Berita Minggu. 10 Jun 2012. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
- ^ "Bohsia 2: Jalan Kembali Mengutip RM1 Juta Dalam Masa Dua Hari Tayangan". Rotikaya. 8 Jun 2012. Dicapai pada 2012-06-08.
- ^ "Jalan Kembali Bohsia 2 catat hampir RM1j". Utusan Malaysia. 8 Jun 2012. Dicapai pada 2012-06-08.[pautan mati kekal]
- ^ Nor Hatina Shuib (12 Jun 2012). "Bohsia 2 kutip hampir RM3 juta". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai pada 2012-06-09.
- ^ Wahiduzzaman (18 Jun 2012). "'Bohsia 2' Kehebatan Dalam Sebuah Karya Klise". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-26. Dicapai pada 2012-06-09.
- ^ Budiey (3 Mac 2016). "Filem Jalan Kembali Bohsia 2". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2017-02-09.
- ^ "Drama Jalan Kembali Dari Syamsul Yusof". Hye Bro!. 12 Ogos 2014. Dicapai pada 2014-08-13.
Pautan luar
sunting- Jalan Kembali: Bohsia 2 di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Jalan Kembali: Bohsia 2 Diarkibkan 2012-10-04 di Wayback Machine di Sinema Malaysia
- Filem 2012 di FINAS