Buka menu utama

Bojan Krkić Pérez (Sebutan Sepanyol: [ˈboʝaŋ ˈkirkit͡ʃ ˈpeɾeθ]; Templat:Lang-sr-Cyrl [bǒjan kr̩̂kit͡ɕ]; lahir 28 Ogos 1990) ialah pemain bola sepak profesional Sepanyol yang bermain sebagai penyerang atau pemain sayap untuk kelab Inggeris, Stoke City.

Bojan
Borjan... Revelação Espanhola!.jpg
Bojan bersama Barcelona pada tahun 2008
Maklumat peribadi
Nama penuhBojan Krkić Pérez[1]
Tarikh lahir (1990-08-28) 28 Ogos 1990 (umur 29)
Tempat lahirLinyola, Sepanyol
Ketinggian1.70 m (5 ka 6+78 in)[2]
Posisi permainanPenyerang / Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniStoke City
Nombor27
Kerjaya remaja
1999–2006Barcelona
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2007Barcelona B22(10)
2007–2011Barcelona104(26)
2011–2013Roma33(7)
2012–2013Milan (pinjam)19(3)
2013–2014Barcelona0(0)
2013–2014Ajax (loan)24(4)
2014–Stoke City23(6)
Pasukan kebangsaan
2006–2007Sepanyol B1720(16)
2007–2011Sepanyol B2121(4)
2008Sepanyol1(0)
2007–Catalonia7(6)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 17:05, 31 October 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 September 2014

Bojan memulakan kariernya di Barcelona selepas mengasah bakatnya di La Masia. Dia membuat penampilan sulungnya ketika berumur 17 tahun dan 19 hari, memecahkan rekod yang dicipta oleh Lionel Messi. Dalam musim pertamanya, dia menjaringkan 12 gol dalam 48 perlawanan. Secara keseluruhan, dia menghabiskan empat musim di Camp Nou, menjaringkan 41 gol dalam 162 perlawanan sebelum dijual pada bulan Julai 2011 kepada kelab Itali, AS Roma dengan yuran €12 juta. Semasa di Rome, dia menjaringkan tujuh gol dalam 37 penampilan pada musim 2011–12 dan menghabiskan musim 2012–13 dipinjamkan ke Milan dimana dia menjaringkan tiga gol dalam 27 perlawanan.

Roma tidak melaksanakan pilihan mereka tambahan €28 juta untuk menandatangani Bojan secara muktamad dan dia ditandatangani Barcelona dengan harga €13 juta. Dia menghabiskan musim 2013–14 dipinjamkan kepada kelab Belanda, Ajax dimana dia membantu mereka memenangi kejuaraan Eredivisie. Pada bulan Julai 2014, Bojan menyertai kelab Inggeris, Stoke City dengan harga €1.8 juta.

Sebagai pemain belia antarabangsa Sepanyol, dia mmemenangi Kejuaraan Eropah bersama pasukan bawah-17 pada tahun 2007 dan pasukan bawah-21 pada tahun 2011 serta membuat satu-satunya penampilan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol pada tahun 2008. Dia juga membuat tujuh penampilan untuk Catalonia sejak tahun 2007.

RujukanSunting

  1. ^ "FIFA Club World Cup UAE 2009 presented by Toyota: List of Players" (PDF). FIFA. 1 December 2009. m/s. 1. Dicapai 28 March 2014. 
  2. ^ "Goal.com Stoke - Bojan Krkic". Goal.com. 2015. Dicapai 15 January 2015. 

Pautan luarSunting