Bola tampar duduk merupakan sejenis bola tampar bagi atlet kurang upaya. Menurut peraturannya, pemain bola tampar duduk mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu punggung bersentuhan dengan lantai semasa permainan. Kejohanan Dunia bagi kedua-dua jantina telah diadakan oleh World ParaVolley pada setiap empat tahun.[1]

Perlawanan antara Belanda dengan Jepun di Sukan Paralimpik 2012.

Sejarah sunting

Bola tampar duduk dicipta di Belanda oleh Jawatankuasa Sukan Belanda pada tahun 1956 sebagai sejenis sukan pemulihan untuk tentera yang cedera.[2][3] Pada tahun 1958, pertandingan antarabangsa yang pertama telah diadakan dengan melibatkan pasukan kelab Jerman dan Belanda.[4] Sukan ini merupakan gabungan bola tampar dan sitzball, sejenis sukan Jerman yang turut melibatkan pemain duduk tetapi tidak mempunyai jaring. Bola tampar berdiri pertama kali dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik Toronto 1976 sebagai sukan demonstrasi untuk atlet yang mengalami masalah pergerakan. Pada tahun 1980, kedua-dua bola tampar berdiri dan duduk telah dimasukkan secara rasminya sebagai sukan teras dalam Sukan Paralimpik. Acara wanita telah diwujudkan pada Sukan Paralimpik Athens 2004. [5] Selepas London 2012, program pendidikan VolleySLIDE telah diasaskan oleh Matt Rogers untuk mempromosi dan membangunkan sukan tersebut secara global. [6] Lapan pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita telah bertanding dalam acara tersebut di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. [2]

Klasifikasi sunting

Terdapat dua kelas dalam acara bola tampar duduk:[7]

  • VS1: Atlet yang mempunyai kecacatan fizikal seperti amputasi pada kakinya, ketegangan otot, panjang kaki yang tidak sama dan sebagainya.
  • VS2: Atlet yang mempunyai kecacatan fizikal yang kurang serius berbanding dengan VS1 seperti amputasi pada tapak kakinya, ketegangan otot yang kurang serius dan sebagainya.

Setiap skuad hanya boleh mempunyai 2 pemain VS2 dan hanya salah seorang dibenarkan untuk bermain sahaja (pemain yang kedua pula menjadi sandaran).

Sukan Paralimpik sunting

Bola tampar duduk pertama kali dibertandingkan pada Sukan Paralimpik Musim Panas 1976 sebagai sukan demonstrasi dan diperkenalkan sebagai sukan teras pada tahun 1980. Sukan Paralimpik Musim Panas 2000 merupakan kali terakhir bola tampar berdiri dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik. Acara perempuan telah diperkenalkan pada tahun semasa Sukan Paralimpik Musim Panas 2004.[8]

Kejohanan Dunia World ParaVolley sunting

Bola tampar duduk lelaki sunting

Tahun Lokasi Emas Perak Gangsa
  1983 Delden   Belanda   Jerman   Finland
  1985 Kristiansand   Iran   Yugoslavia   Belanda
  1986 Pécs   Iran   Hungary   Belanda
  1989 Las Vegas   Belanda   Hungary   Jerman
  1990 Assen   Iran   Belanda   Yugoslavia
  1994 Bottrop   Iran   Norway   Belanda
  1998 Tehran   Iran   Finland   Bosnia dan Herzegovina
  2002 Cairo   Bosnia dan Herzegovina   Jerman   Iran
  2006 Roermond   Bosnia dan Herzegovina   Iran   Mesir
  2010 Edmond   Iran   Bosnia dan Herzegovina   Mesir
  2014 Elblag   Bosnia dan Herzegovina   Brazil   Iran
  2018 The Hague   Iran   Bosnia dan Herzegovina   Ukraine

Kedudukan

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Iran (IRI)71210
2  Bosnia dan Herzegovina (BIH)3216
3  Belanda (NED)2136
4  Jerman (GER)0213
5  Hungary (HUN)0202
6  Finland (FIN)0112
  Yugoslavia (YUG)0112
8  Brazil (BRA)0101
  Norway (NOR)0101
10  Mesir (EGY)0022
11  Ukraine (UKR)0011
Jumlah (11 negara)12121236

Bola tampar duduk perempuan sunting

Tahun Lokasi Emas Perak Gangsa
  1994 Bottrop   Belanda   Latvia   Lithuania
  2000 Maastricht   Belanda   Finland   Slovenia
  2002 Kamnik   Belanda   Slovenia   Finland
  2006 Roermond   Belanda   China   Slovenia
  2010 Edmond   China   Amerika Syarikat   Ukraine
  2014 Elblag   China   Amerika Syarikat   Rusia
  2018 Rotterdam   Rusia   Amerika Syarikat   China

Kedudukan

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Belanda (NED)4004
2  China (CHN)2114
3  Rusia (RUS)1012
4  Amerika Syarikat (USA)0303
5  Slovenia (SLO)0123
6  Finland (FIN)0112
7  Latvia (LAT)0101
8  Lithuania (LTU)0011
  Ukraine (UKR)0011
Jumlah (9 negara)77721

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kwok Ng (26 September 2016). "Major Competitions". www.sittingvolleyball.info. Dicapai pada 26 September 2016.
  2. ^ a b "Sitting Volleyball." Tokyo 1500. https://tokyo2020.org/en/games/sport/paralympic/sitting-volleyball/.
  3. ^ "ParaVolley & Deaf Volleyball". www.volleyballaustralia.org.au. Dicapai pada 2020-10-15.
  4. ^ “Sitting Volleyball: Paralympic Classification Interactive.” Team USA, United States Olympic Committee, 2019, www.teamusa.org/US-Paralympics/athlete-classifications/standing- volleyball/.
  5. ^ "Sport Week: History of Sitting Volleyball." Official Website of the Paralympic Movement, 2016. https://www.paralympic.org/news/sport-week-history-sitting-volleyball/.
  6. ^ "VolleySlide Founder and Leader. World ParaVolley VolleySLIDE. http://www.volleyslide.net/founder-leader/4583509203/.
  7. ^ World ParaVolley Classification Rules January 2018. World ParaVolley. Januari 2018. Dicapai pada 27 Oktober 2021
  8. ^ Ng, Kwok (2012). When Sitting is Not Resting: Sitting Volleyball. Bloomington, IL: Authorhouse. m/s. 152. ISBN 978-1-4772-1789-4.

Pautan luar sunting