Pengeboman London 2005

(Dilencongkan dari Bom London 7 Julai 2005)

Empat letupan berlaku di stesyen keretapi bawah tanah dan bas di pusat kota London, United Kingdom pada pagi hari Khamis 7 Julai 2005 mulai jam 8:50 waktu tempatan. Tiga gerabak bawah tanah London diletupkan dalam masa setengah jam, manakala sebuah bas dua tingkat London diletupkan 30 minit kemudian. Laporan awal menyatakan terdapat 38 orang terkorban tetapi kini telah dimaklumkan seramai 56 orang terkorban. Seramai 700 orang dilaporkan cedera, separuh daripadanya memerlukan rawatan. Beberapa orang dilaporkan hilang. Operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan.

Suasana dalam keretapi bawah tanah

Letupan ini berlaku pada hari pertama pertemuan G8 diadakan di Scotland, sehari selepas London dimaklumkan menjadi penganjur Olimpik 2012 dan seminggu selepas Britain menjadi presiden Majlis Kesatuan Eropah.

Lokasi pengeboman 7 Julai. Untuk melihat peta yang lebih besar, sila tekan pada imej melalui klik dua kali.

Kejadian ini merupakan serangan pengganas terburuk kedua di Britain sejak pengeboman pesawat Pan Am Penerbangan 103 pada tahun 1988 dimana 270 orang terkorban. Serangan ini telah membuatkan banyak negara Barat menaikkan tahap keselamatan di negara masing-masing.

Suspek Pengebom sunting

Polis telah melaporkan suspek pengebom adalah berasal dari United Kingdom. Pihak media telah melabelkan serangan ini sebagai serangan berani mati kerana dilaporkan keempat-empat pengebom mati di tempat kejadian.

Serangan ini dikatakan dirancang oleh sebuah organisasi semi-ketenteraan Islam di UK sendiri, dan mungkin mempunyai hubung kait dengan al-Qaeda. Ini adalah berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan selang beberapa jam di sebuah laman web, Al-Qal'ah oleh seseorang yang menggunakan nama "Nur al-Iman'. Dia bagi pihak "Organisasi Jihad Kumpulan Al-Qaeda di Eropah" mengaku melakukan serangan tersebut.

Manakala pada 9 Julai, sebuah lagi kumpulan yang dikatakan berkait dengan al-Qaeda, Briged Abu Hafs al-Masri turut membuat pengakuan di Internet. Walau bagaimanapun, kumpulan ini pernah membuat pengakuan palsu sebelum ini.

Serangan kedua sunting

Manakala pada 21 Julai, satu lagi serangan dilaporkan berlaku dengan taktik yang sama. 4 letupan berlaku di sistem keretapi bawah tanah dan sebuah bas. Walau bagaimanapun, dalm kesemua kes cuma peletup bom meletup, dan bukannya bom. Cuma seorang dilaporkan cedera, manakala kerosakan awam adalah minimum.

Keesokan harinya, polis London telah mengejar dan menembak mati seorang warga Brazil yang disangkakan terlibat dengan letupan ini, namun sebenarnya tidak. Selanjutnya sehingga 29 Julai, polis telah menahan 4 suspek yang dikatakan terlibat dalam pengeboman ini.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting