Kifosis

(Dilencongkan dari Bongkok)

Kifosis (daripada kata Latin: kyphosis akar Yunani: κυφός kyphos, "bonggol") berlaku di mana tulang belakang melentur secara mencembung denga melampaunya - atau membongkok - di bahagian toraks dan sakrum.[1][2] Tulang belakang toraksik yang normal melentur dari vertebra pertama ke vertebra ke-12 dengan sudut antara from 20° to 45°, Kifosis berlaku apabila pelenturan ini melebihi julat ditetapkan pada 45° semakismumnya .

Hyperkyphosis
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Seorang lelaki berusia 22 tahun menghidap penyakit Scheuermann, suatu jenis kifosis
PengkhususanOrtopedik
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ia boleh berlaku akibat penyakit kerosakan cakeram; masalah tumbesaran paling kerapnya penyakit Scheuermann; osteoporosis dengan retakan bertekanan pada vertebra; mieloma pelbagai; mahupun kesan sampingan akibat hentakan atau trauma. Ia juga dapat disebabkan oleh postur tubuh yang buruk dan radang sendi. Kifosis juga boleh muncul pada anak-anak tanpa sebab yang jelas.[3] Kifosis dapat menimbulkan rasa lelah serta rasa nyeri dan kaku pada punggung.[4]

Jenis sunting

Kifosis postural sunting

Kifosis postural diakibatkan oleh postur tubuh yang buruk, baik saat berdiri mahupun menunduk badan.[5] Kifosis jenis ini lebih sering didapati pada orang tua, namun lebih ada hasil kebiasaan sejak remaja.[5] Para remaja harus mampu membetulkan sendiri kedudukan punggung yang bungkuk agar tidak mengalami keadaan sebegini di kemudian hari.[5]

Kifosis idiopatik (penyakit Scheuermann) sunting

Penyebab pasti kifosis idiopatik belum diketahui, tetapi faktor keturunan sangat mungkin turut berperanan serta.[5] Kifosis jenis ini tidak dapat dibaiki dalam posisi berdiri atau tengkurap.[5]

Kifosis kongenital sunting

Kifosis jenis ini disebabkan oleh kegagalan pembentukan tulang punggung yang sempurna.[5] Kifosis jenis ini dialami oleh bayi dan anak-anak.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fon GT, Pitt MJ, Thies AC (May 1980). "Thoracic kyphosis: range in normal subjects". AJR. American Journal of Roentgenology. 134 (5): 979–83. doi:10.2214/ajr.134.5.979. PMID 6768276.
  2. ^ Voutsinas SA, MacEwen GD (September 1986). "Sagittal profiles of the spine". Clinical Orthopaedics and Related Research (210): 235–42. PMID 3757369.
  3. ^ Davis, Kim (2010). Anthony Campbell (penyunting). Buku Pintar Nyeri Tulang & Otot. Diterjemahkan oleh Dina Mardiana. Jakarta: Esensi. ISBN 978-979-015-634-0.
  4. ^ Iskandar Ali (2010). Dahsyatnya Bio Quantum Kesehatan. Jakarta: PT AgroMedia Pustaka. ISBN 979-006-311-3.
  5. ^ a b c d e f g A. Samik Wahab, penyunting (1996). Ilmu Kesehatan Nelson. 3 (ed. ke-15). Jakarta: Penerbit Buku Kedokteran EGC. ISBN 979-228-467-9 Check |isbn= value: checksum (bantuan).