Knockturn Alley

(Dilencongkan dari Borgin dan Burkes)
Papan tanda Knockturn Alley

Dalam siri Harry Potter, Knockturn Alley merupakan sebuah kawasan membeli-belah sama seperti Diagon Alley, kecuali hampir kesemua kedai-kedai di sini menjual pelbagai barang-barangan yang boleh dikategorikan sebagai barangan Ilmu Hitam.

Harry Potter pernah secara tidak sengaja telah memasuki kawasan ini setelah beliau pertama kali menggunakan Rangkaian Floo untuk ke Diagon Alley. Di kawasan ini terdapat sebuah kedai yang menjual barang-barang Ilmu Hitam yang terbesar di kawasan ini iaitu Kedai Borgin dan Burkes.


Borgin dan BurkesSunting

Encik Borgin

Kedai Borgin dan Burkes merupakan sebuah kedai rekaan yang telah direka di dalam siri Harry Potter. Kedai ini telah diasaskan oleh Encik Borgin dan Caractacus Burke. Walau bagaimanapun, pada tahun 1992, kedai ini hanya diuruskan oleh Encik Borgin sahaja. Di dalam kedai ini terdapat pelbagai barang-barang pelik dan aneh seperti kotak kaca berisi tangan berkedut yang terletak di atas sebuah kusyen, sepeket daun terup berlumuran darah, dan juga sebiji mata kaca yang merenung tajam. Terdapat juga topeng-topeng yang menyeringai seram bergantungan di dinding dan pelbagai bentuk tulang manusia yang berserakan di atas kaunter, manakala alat-alat tajam yang berkarat bergantungan di siling. Babak Encik Borgin berurusan dengan Lucius Malfoy telah dipotong dari filem Harry Potter and the Chamber of Secrets, namun babak ini boleh dilihat dalam babak suntingan tambahan apabila filem ini dijadikan DVD.

Di kedai inilah juga, Draco Malfoy telah membeli Rantai Baiduri yang hampir menyebabkan Katie Bell terbunuh, selain tempat beliau meminta Encik Borgin untuk membaiki Kabinet Menghilang yang akhirnya digunakan untuk menyeludup masuk para Death Eater ke Hogwarts.[HP6]

Lihat jugaSunting