Borobudur
Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Borobudur , Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.
Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.
Borobudur | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Topografi Jawa" tidak wujud. | |
Maklumat umum | |
Jenis | Buddhist temple (en) , tapak arkeologi, Candi, tarikan pelancong |
Gaya seni bina | stupa dan candi |
Lokasi | Jawa Tengah dan Kabupaten Magelang, Kabupaten Magelang |
Bandar/pekan | berdekatan Magelang, Jawa Tengah |
Negara | Indonesia |
Koordinat | 7°36′28.548″S 110°12′13.824″E |
Pembinaan bermula | 8 abad |
Disiapkan pada | sekitar AD 800 |
Pelanggan/klien | Sailendra |
Butiran teknikal | |
Keluasan permukaan | Tapak Warisan Dunia UNESCO: 25.38 ha zon penampan: 62.57 ha |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Gunadharma |
Tapak web | |
http://www.borobudurpark.com | |
sunting · sunting di Wikidata |
1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.
Jika Mesir berbangga dengan piramid dan Sphinx, China dengan Tembok Besar , Kemboja dengan Angkor Wat. Maka, warga Indonesia berbangga dengan Borobudur. Borobudur telah diiktirafkan UNESCO sebagai Warisan Budaya Dunia sejak 1991.
Fungsi
suntingBorobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu seluruh pulau mistik Jawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun, sambutan Hari Wesak telah disambut di sini pada bulan Mei. Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha.
Tetapi Borobudur tidak ada tempat pemujaan sebagaimana kuil Buddha di India atau di China.
Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama Islam. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut Hindu Buddha di Indonesia dengan tumpuan di pulau Bali. Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai 5 juta orang.
Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abu lava gunung berapi. Terdapat dua buah gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Sundoro-Sumbing dan Gunung Merbabu-Merapi di Sungai Progo. Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanih lava gunung berapi sangat subur.
Selain kuil Borobudur terdapat 2 lagi kuil di kawasan berdekatan iaitu kuil Pawon dan kuil Mendut. Menurut lisan tempatan, ada jalan selari dari kuil Borobudur ke kuil Mendut. Setiap Mei atau Jun, penganut Buddha mengerjakan perjalanan dari kuil Mendut, ke kuil Pawon dan tamat di kuil Borobudur.
Etimologi
sunting- Istilah Borobudur tidak dapat dikesan dalam mana-mana artifak kecuali catatan Sir Thomas Stamford Raffles saja antara 1814-1816 iaitu ketika British mengambilalih sementara Bangkahulu dari Belanda.
- Asal usul istilah Borobudur ini tidak jelas kerana penduduk setempat tidak lagi menjadi penganut agama Buddha. Penduduk pulau Jawa telah lama melupakan agama Buddha. Kita akan merasa aneh akan kewujudan kuil Buddha ini kerana 87% penduduk Indonesia beragama Islam.
- Bore ialah 'nama sebuah kampung' di situ. Budur ialah 'candi'. Jadi Borobudur bermaksud Candi Bore. Biasanya setiap candi dinamakan sempena nama sesebuah kampung berdekatan. Sepatutnya Raffle menulis 'BudurBoro', bukan 'Borobudur'.
- Dalam manuskrip Nagarakartagama yang menggunakan bahasa Jawa kuno, karya Mpu Prapanca pada 1365 menyatakan 'Budur' sebagai Budha. Jadi diandaikan 'Budur' dikaitkan dengan ajaran Buddha.
- Borobudur juga dikatkan dengan Sambharabhudhara yang bermaksud "gunung" (bhudara) di mana di lereng-lerengnya terletak teras-teras.
- Borobudur dikatakan perubahan sebutan "para Buddha" menjadi borobudur atau 'budha'.
- Dalam bahasa sanskrit dan Bali, Boro bermaksud 'kompleks candi' atau biara. Beduhur bermaksud "tinggi" atau di atas tanah tinggi.
Struktur Borobudur
suntingBorobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.
Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan naratif balustrades [1].
Kosmologi Buddha
suntingBorobudur direka sebagai mandala gergasi, lambang laluan bodhisattva dari samsara kepada nirvana, melalui cerita Sudhana yang digambarkan dalam Gandavyuha Sutra, sebahagian dari Avatamsaka Sutra.
Stupa mengandungi lima tingkat :
- Empat yang pertama mengandungi patung Buddha sambhoga-kaya keempat penjuru (seperti Amitabha dan Aksobhya), dari pantheon Mahayana. Tingkat ke lima khas bagi menggambarkan Buddha Vairocana, yang biasanya dikaitkan dengan pusat.
- Tingkat kelima dilitupi dengan tiga pelantar bulat, dimana 72 stupa diatur mengelilingi satu stupa besar ditengah.
Sepanjang stupa, dinding-dindingnya dihiasi dengan ukiran arca menggambarkan kehidupan Buddha Shakyamuni dan Mahayana Sutras.
Arca dinding
suntingTerdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan dan 504 stupa loceng.
Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan-ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah
Semua arca ini di susun dari kiri ke kanan dan hendaklah dilihat dari kiri ke kanan, mengikut jarum jam atau mapradaksina dalam bahasa bahasa Jawa kuno . Cerita-cerita ini berdasarkan kitab Ramayana dan Jataka. Arca ini bermula dari kiri pintu gerbang dan berakhir di kanan pintu gerbang. Candi ini menghadap ke timur, walaupun pandangan sisi kelihatan sama sahaja.
Secara keseluruhan arca yang terdapat di dinding Borobudur menggambarkan hukum karma . Semua arca bukanlah cerita bersiri kerana setiap pigura boleh berdiri sendiri sebagai satu cerita sebab akibat. Ada gambaran hukuman yang akan direrima jika membuat dosa dan mendapat balasan baik jika membuat kebajikan. (Hukum karma bermaksud buat baik dibalas baik, buat jahat di balas jahat). Rangkaian cerita Buddha ini berakhir dengan tingkat tertinggi iaitu menuju kesempurnaan.
Sejarah arkeologi
sunting- Peringkat pertama : Borobudur dibina sekitar tahun 750 dan 850 masehi, berbentuk piramid bertingkat-tingkat, disediakan lorong berjalan kaki. Borobudur tidak dapat disiapkan oleh raja Sailendra yang pertama. Sebalik nya disiapkan 50 tahun kemudian, pada masa pemerintahan puterinya memerintah selepas itu.
- Peringkat kedua: Saiz Borobudur dilebarkan dan ditambah 2 tingkat dan satu stupa induk.
- Peringkat ketiga : Stupa induk diruntuhkan dan diganti dengan tiga lapis dan setiap lapis dibina deretan stupa loceng dan satu stupa induk.
- Peringkat keempat: perubahan pada arca di tangga dan pintu gerbang.
Sejarawan mengaitkan terbengkalainya pembinaan Borobudur kerana kemerosotan pengaruh Hindu Buddha berikutan kedatangan agama Islam ke Jawan Tengah pada kurun ke-14.
Senibina
suntingBorobudur apabila dilihat dari atas kelihatan seperti gergasi Buddha mandala dan sesuai dengan kosmologi Buddha dan ciri-ciri otak manusia. Berbentuk empat segi dan ketinggian 118 meter. Ada 72 stupa berbentuk loceng berlubang-lubang dan di dalam stupa itu ada patung Buddha sedang berehat.
Kira-kira 55,000 meter padu batu konkrit digunakan untuk membna bangunan Borobudur ini. Batu-bata ini diangkut melalui sungai dan mengambil masa 75 tahun untuk disiapkan.
Sistem saliran dan perparitan di sekitar Borobudur amat baik. Ada 100 muncung berlubang untuk air larian. Setiap muncung ini diukir kepala gargoil (makaras).
Borobudur dibina atas sebuah bukit semulajadi dan tidak sama dengan kuil-kuil Buddha di India dan China. Tetapi teknik bangunan sama dengan kuil-kuil lain di Indonesia.
Satu stupa dikatakan mewakili satu makam untuk Lord Buddha. Setiap kuil merupakan rumah dewa. Tetapi ada yang mempertikaikan ia sebuah kuil kerana ada ritual berbentuk 'perjalanan haji'. Mereka akan berjalan mengikut anak tangga.
Kajian Arkeologi
suntingSelama beberapa abad, Borobudur tertimbus oleh lava debu gunung berapi sekitar 1006 Masihi. Sejak itu Borobudur berhenti menjadi tempat pemujaan dan perjalanan penganut Buddha. Penduduk Magelang dikatakan berhijrah ke Jawa Timur berdekatan dengan Brantas pada 928 Masihi. Selepas itu penduduk tempatan mengaitkan stupa besar dengan pelbagai cerita tahyul dan mistik - terutama selepas terjadi kemalangan, pendertaan dan punca kematian.
Contohnya tahun 1709, kematian pemberontak terhadap Raja Mataram telah mati dan dikaitkan dengan stupa besar.
Persoalan timbul, adakah Borobudur dibubarkan setelah mereka menganut agama Islam pada abad ke-15.
Tidak ada catatan jelas tentang siapa yang membina Borobudur ini. Sejarawan hanya mengandaikan Borobudur dibina oleh salah seorang raja Dinasti Sailendra antara 760-830 Masihi. Sailendra adalah serpihan daripada kerajaan Mataram kuno yang berugama Hindu Buddha. Pembinaan mengambil masa 75 tahun dan siap semasa Maharaja Samaratunga, Empayar Mataram .
Ada kekeliruan sama ada raja Salendra yang berugama Buddha yang membina Borobudur. Tetapi artifak yang ditemui di Sojomerto menunjukkan mereka beragama Hindu, Ini tidak menghairankan kerana terdapat banyak kuil Buddha dan Hindu di Lembah Kedu itu. Kuil Borobudur dibina sezaman dengan pembinaan kuil Hindu Shiva Prambanan.
- 732 Masihi - Raja Sanjaya selaku pengasas Dinasti Sailendra mengarah atau menaungi pembinaan kuil Hindu Shiva lingga di atas sebuah kuil, hanya 10 km di timur Borobudur. Sejarawan mendapati tidak ada konflik antara agama Hindu dan Buddha. Kemungkinan raja Hindu menaungi pembinaan kuil Buddha dan sebaliknya.
- 1811-1816 - Belanda telah berperang dengan Perancis. Demi keselamatan, Jawa sebagai tanah jajajah telah diserahkan kepada British buat sementara waktu sehingga peperangan selesai.
- 1814 - Sir Thomas Stamford Raffles, Gabenor Jeneral British di Jawa telah mendapat berita tentang penemuan sebuah monumen di desa Boro, Kabupaten Magelang, Semarang, Jawa Tengah. Beliau berminat dalam sejarah Jawa. Pelbagai artifak, barang antik , buku dan surat-surat lama telah dikumpulkan dan dibawa ke Singapura. Dia telah mengarahkan H.C. Cornelius seorang jurutera Belanda untuk menyiasat lokasi tersebut yang penuh semak samun dan sebahagian telah diliputi abu lava gunung berapi.
- 1931 - pelukis Belanda berugama Hindu Buddha bernama W.O.J. Nieuwenkamp menyatakan teori bahawa Lembah Kedu asalnya sebuah tasik dan Borobudur bagai bunga teratai yang terapung-apung menghiasi tengah tasik tersebut. Bunga teratai selalu terdapat di mana-mana kuil Buddha, contohnya di Angkor Wat, Siem Reap, Kemboja. Roda dharma Buddha pecah lapan juga berasaskan bunga teratai ini.
- 1835 - tapak tersebut dibersihkan.
- 1873 - monograf pertama tentang candi Borobudur diterbitkan dalam bahasa Belanda. Monograf ini berdasarkan laporan oleh Corrnellius, Hartmans dan FC Wilsen 1853 dan JFG Brumund. Gambar foto pertama dirakam pada 1873 oleh Isidore van Kinsbergen.
- 1882 Belanda telah menugaskan arkeologis Groenveldt untuk menilai keadaan sebenar monumen itu.
- 1900 - Ketua Hindia Belanda berasa bertanggungjawab memulihara candi Borobudur dan menubuhkan pasukan kahas.
- 1907 - Theodoor van Erp mengetuai pasukan menggali dan memulihara hingga tahun 1911.
- 1926 - Borobudur digali lagi tetapi terbengkalai kerana Perang Dunia Kedua tahun 1941.
- 1956 - Kerajaan Indonesia merayu bantuan UNESCO. Profesor Dr. C. Coremans dari Belgium ditugaskan menyiasat punca kerosakan dan mencari jalan pemuliharaan.
- 1963 - Kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Sukarnoi setuju Borobudur dipugar dan dibina semula. Namun peristiwa Gestapo 30 September menyebabkan kerja-kerja tergendala.
- 1968 - Dalam Persidangan UNESCO ke-15 di Paris, Perancis, peruntukan kewangan dan tenaga profesional akan diberi kepada Indonesia bagi menyelamatkan monumen purba itu. Borobudur diwartakan sebagai Keajaipan Dunia.
- 1971 - Kerajaan Indonesia melantik pasukan diketuai Profesor Ir.Roosseno untuk memulihara Borobudur.
- 1972 - Jawatankuasa Perunding Antarabangsa UNESCO yang diketuai oleh Roosseno memulakan kajian dan kerja menyelamatkan Borobudur. Kos operasi sebanyak ASD 7.750 juta. ASD 5 juta disediakan oleh UNESCO dan selebihnya oleh Indonesia sendiri.
- 21 Januari 1985 - Sembilan stupa loceng di Borobudur telah dibom oleh 9 butir bom. Pada 1991, seorang mubaligh Islam, Husein Ali Al Habsyie telah dijatuhi hukuman mati kerana menjadi dalang pengeboman itu.
- 1991 - Borobudur diwartakan sebagai Warisan Dunia UNESCO.
- 27 Mei 2006 satu gempa bumi berukuran 6.2 skala richter telah memusnahkan Yogyakarta. Bagaimanapun Borobudur terselamat.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- Borobudur
- Borobudur, the monumental stupa Diarkibkan 2006-05-28 di Wayback Machine
- The Borobudur Temple Diarkibkan 2006-06-15 di Wayback Machine
- Borobudur UNESCO Heritage Site
Rujukan
sunting- ^ Hary Gunarto, Digital Preservation of Borobudur World Heritage and Cultural Treasures, Journal of Ritsumeikan Studies in Language and Culture, VOL 19, No 2, Kyoto, Nov. 2007, pp. 263-278.