Boudica
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Boudica (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (November 2018) |
Boudicca (Tulisan Jawi: بوديكا; juga dikenali sebagai Boadicea atau Boudica), merupakan ketua Celt yang mengetuai puak Iceni dan beberapa kumpulan Celt yang lain, termasuk jiran Trinovantes, dalam pemberontakan utama menentang kuasa penjajah Rom di Britain pada 61 Masihi.
Suami Boudicca, Prasutagus, mengetuai kaum Iceni yang tinggal di kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai Anglia Timur. Prasutagus telah melemahkan kedudukan politiknya apabila dia mengadakan beberapa perjanjian dengan Rom, antaranya mewariskan sebahagian daripada jajahannya kepada Rom, dengan harapan Rom akan membantu melindungi keluarganya bagi warisan mereka untuk tanah yang selebihnya. Apabila Prasutagus meninggal, Rom merampas kesemua tanahnya, merompak dan melakukan beberapa kekejaman, termasuk menyebat Ratu Boudicca dan merogol anak perempuannya.
Dengan penuh kemarahan, Ratu Boudicca telah mengumpulkan angkatan tentera dengan pantas, dikatakan melalui beberapa sumber seramai 100,000 orang, walaupun jumlah sebenarnya adalah mungkin lebih kecil.[perlu rujukan] Mereka memusnahkan Colchester, London dan Verulamium dan mendapat reputasi menakutkan akibat layanan mereka kepada musuh mereka. Ratu Boudicca juga membuat pengorbanan manusia menggunakan beratus-ratus wanita Rom kepada dewi pahlawan Andraste.
Pakar sejarah Rom Dio Cassius, yang hidup satu abad selepas kejadian ini, menggambarkan Ratu Boudicca sebagai:
- Boudicca tinggi, menakutkan dipandang dan memiliki suara yang kuat. Rambut merah menyala mengurai sehingga kelututnya; dia memakai gelang tengkok emas yang terdiri daripada bahagian terhias, jubah pelbagai warna dan di atasnya mengenakan cloak tebal yang dilekatkan dengan brooch. Dia memegang lembing panjang yang mengentarkan sesiapa yang melihatnya.
Bagaimanapun, akhirnya tentera Rom yang jauh lebih kecil bilangannya, tetapi dengan kelengkapan yang lebih baik dan lebih tersusun di bawah kepimpinan Suetonius Paullinus, berjaya mengalahkan tentera Ratu Boudicca. Berlaku pertelingkahan dikalangan pakar sejarah mengenai di mana tempat berlakunya pertempuran terakhir tersebut. Menurut lagenda London ia berlaku di Kings Cross (Persimpangan Raja) tetapi ini kelihatannya tidak mungkin. Ketika Suetonius meluru ke London, kemungkinannya dengan tentera berkuda "cavalry" untuk memastikan samaada dia dapat menyelamatkan London, tentera berjalan kakinya sedang berbaris balik selepas mengalahkan Druid di Mona (masa kini Anglesey). Kemungkinannya pertempuran terakhir tersebut berlaku di sesuatu tempat dalam perjalanan antara kedua tempat, dan kebanyakan pakar merasakan West Midlands merupakan tempat paling mungkin. Manduessedum berhampiran bandar moden Atherstone di Warwickshire telah dicadangkan sebagai tempat pertempuran terakhir Boudicca.
Lapuran mengenai kematian Ratu Boudicca terdapat berbeza-beza: sekiranya dia tidak mati ketika pertempuran, menurut sesetengah lapuran mengatakan Ratu Boudicca membunuh diri dengan racun untuk mengelakkan dari ditangkap; lapuran yang lain pula menyatakan Ratu Boudicca mati dalam penjara Rom.
Kemashyuran Ratu Boudicca berkekalan di Britain selama beberapa abad selepasnya. Gildas merujuk kepada Boudicca dengan oblique fashion biasanya sebagai "singa betina yang tidak boleh dipercayai".
Patung Ratu Boudicca, digambarkan sebagaimana yang terukir dalam ingatan rakyat, dengan kedua orang anak perempuannya menaiki pedati dengan bilah pisau dalam paksi roda, ditegakkan di tengah London sebelah sungai Thames, sebelah Jambatan Westminster dan Bangunan Parliment British "Houses of Parliament". Ia dibuat oleh Thomas Thornycroft pada abad ke sembilan belas.
Menurut lagenda popular, Ratu Boudicca dikebumikan di bawah pelantar "platform" di Kings Cross. Sumber berlainan menyatakan pelantar lapan, sembilan atau sepuluh sebagai tempat Ratu Boudicca bersemandi.
Rujukan
suntingBacaan lanjut
sunting- Aldhouse-Green, M., Boudica Britannia: Rebel, War-Leader and Queen (Harlow, Pearson Longman, 2006).
- Böckl, Manfred (2005). Die letzte Königin der Kelten (dalam bahasa German). Berlin: Aufbau Verlag. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Cassius Dio Cocceianus (1914–1927). Dio's Roman History. 8. Earnest Cary trans. Cambridge, MA: Halvard University Press.CS1 maint: date format (link)
- Collingridge, Vanessa (2004). Boudica. London: Ebury.
- de la Bédoyère, Guy (2003). "Bleeding from the Roman Rods: Boudica". Defying Rome: The Rebels of Roman Britain. Tempus: Stroud.
- Dudley, Donald R; Webster, Graham (1962). The Rebellion of Boudicca. London: Routledge.
- Fraser, Antonia (1988). The Warrior Queens. London: Weidenfeld and Nicolson.
- Godsell, Andrew (2008). "Boadicea: A Woman's Resolve". Legends of British History. Wessex Publishing.
- Hingley, Richard; Unwin, Christina (2004). Boudica: Iron Age Warrior Queen. London: Hambledon and London.
- Roesch, Joseph E. (2006). Boudica, Queen of The Iceni. London: Robert Hale Ltd.
- Tacitus, Cornelius (1948). Tacitus on Britain and Germany. H. Mattingly trans. London: Penguin.
- Tacitus, Cornelius (1989). The Annals of Imperial Rome. M. Grant trans. London: Penguin.
- Webster, Graham (1978). Boudica. Totowa, NJ: Rowman and Littlefield.
- Cottrell, Leonard (1958). The Great Invasion. Evans Brothers Limited.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Boudica |
Wikisumber mempunyai teks dari artikel di Ensiklopedia Britannica 1911 Boudica. |
- Potter, T. W. "Boudicca (d. AD 60/61)". Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press. Dicapai pada 2010-10-04. (Subscription required). Templat:DNBfirst
- The Iceni Hoard at the British Museum Diarkibkan 2012-02-04 di Wayback Machine
- James Grout: Boudica, part of the Encyclopædia Romana
- Trying to Rule Britannia; BBC; 6 August 2004
- Iceni at Roman-Britain.org
- Iceni Diarkibkan 2005-11-02 di Wayback Machine at Romans in Britain
- Boadicea may have had her chips on site of McDonald's by Nick Britten
- PBS Boudica / Warrior Queen website
- Warrior queens and blind critics - article on the 2004 film King Arthur which discusses Boudica
- Channel 4 History - In Boudica's Footsteps