Tali leher kupu-kupu

(Dilencongkan dari Bow tie)

Tali leher kupu-kupu atau bow tie /b/ ialah sejenis tali leher. Tali leher kekupu moden di ikat mengikut simpulan tali kasut biasa, yang juga dipanggil simpulan reben. Ia terdiri daripada reben fabrik yang diikat pada kolar baju dengan cara simetri, supaya dua hujung yang bertentangan membentuk gelung.

Bow tie berbelang

Terdapat tiga jenis bow tie: jenis pre-tied, jenis klip, dan jenis ikat sendiri. Tali leher kekupu pre-tied ialah ikatan dimana bow tie khusus dijahit pada jalur yang melingkari leher dan di klip untuk mengikat. Sesetengah "klip" tidak diikat bersama, sebaliknya mengelip terus ke kolar. Bow tie tradisional, terdiri daripada jalur kain yang perlu di ikat oleh pemakai dengan tangan, juga dikenali sebagai "ikatan sendiri", "tie-it-yourself", atau bow tie "gaya bebas".

Tali leher kekupu boleh diperbuat daripada sebarang material fabrik, tetapi kebanyakannya diperbuat dari kain sutera, poliester, kapas, atau campuran fabrik. Sesetengah fabrik (iaitu kain wul atau baldu) tidak biasa digunakan untuk tali leher kekupu berbanding tali leher empat-dalam-tangan.

Galeri sunting

Pautan luar sunting