Buka menu utama

Grup vokal lelaki

(Dilencongkan dari Boy band)

Grup vokal lelaki atau kumpulan vokal lelaki (Bahasa Inggeris: Boy band) merujuk kepada kumpulan penyanyi dianggotai oleh 3 atau lebih anggota lelaki, biasanya dari kalangan berusia remaja yang cenderung mempersembahkan muzik dalam genre pop atau rhythm and blues. Mereka juga turut berperanan sebagai penari yang menyerasikan pergerakan lincah mereka dengan muzik yang cocok.

boy bands
Asalan gayaEarly: soul music, disco, power pop, Gospel music, electronic dance music, bubblegum pop, The Beatles, 1960's girl groups. Influences in early 21st century include pop punk, indie rock, indie pop, garage rock, dance punk, pop rap,emo/post hardcore.
Asalan budayalate 1970's United Kingdom &United States, with precursors dating back to the mid 1960's. (The Beatles and Beatlemania.)
Instrumen biasaVocals- electronic backing - sampler - sequencers. Others use rock band instrumentation: electric guitar, bass guitar, drums, keyboards
Topik lain
Eurovision Song Contest, Camp, Idola popular, teenybopper, pacamodernisme, konsumerisme, gay culture, kitsch, budaya popular, manufactured pop, tweenager, teen idol,gay icon

Di sebalik nama "boy band" (maksud secara harfiah: "kugiran pemuda") yang diberikan kepada kelompok-kelompok sebegini, mereka amat jarang memainkan alat muzik namun lebih bertindak sebagai kumpulan vokalis yang menyanyi secara harmoni.

Grup paling larisSunting

Kumpulan remaja lelaki Jumlah jualan Genre Album studio Ahli Tahun aktif
1. Backstreet Boys 100 juta +[1][2] Pop 6 4 - 5 1993 - sekarang (15 tahun)
2. New Kids on the Block 70 juta + Pop 4 5 1984–sekarang (29 tahun)
3. Westlife 40 juta Pop 9 4 1998–sekarang
4. 'N Sync 39 juta +[3] Pop 3 5 1995 - 2002 (7 tahun)
5. Take That 38 million+ Pop 4 4 - 5 1990-1996,2005-sekarang

Album Boy Band Paling LarisSunting

Album Boy band Jualan Seluruh Dunia Tahun Jenis Lagu
Millennium Backstreet Boys 40 Juta 1999 Pop
Backstreet Boys Backstreet Boys 30 Juta 1997 Pop
Black & Blue Backstreet Boys 24 Juta 2000 Pop
Step by Step New Kids on the Block 19 Juta 1990 Pop
Hangin' Tough New Kids on the Block 16 Juta 1988 Pop
No Strings Attached 'N Sync 15 Juta 2000 Pop
II Boyz II Men 15 Juta 1994 R&B
*NSYNC 'N Sync 13 juta 1997 Pop

SejarahSunting

Maurice Starr diberi penghargaan kerana memulakan trend tersebut, dengan anak muridnya New Edition dan New Kids on the Block, walaupun istilah "boy band" masih belum wujud sehinggalah lewat 1990-an. Idea Starr ialah dengan mencedok templat tradisional daripada genre R&B (dalam kes ini ialah kumpulan remajanya New Edition) dan menggunakannya di dalam genre pop. Formula ini kemudiannya diperhalusi oleh beberapa pengurus Eropah seperti Nigel Martin-Smith dan Louis Walsh, sehinggalah pasaran pop UK sudah menjadi tepu dengan genre ini.

Penerbit TV Bert Schneider dan Bob Rafelson telah mendapatkan empat ahli untuk mempersembahkan rentak pop rancak sambil berlakon di dalam siri televisyen. Kumpulan Monkees kerap dianggap sebagai perintis di kalangan kumpulan boy band. Ditubuhkan pada tahun 1965 kumpulan tersebut dibubarkan pada tahun 1970. Walaupun istilah tersebut paling banyak dikaitkan pada kumpulan tahun-tahun 1990-an ke atas, pendahulunya memang wujud sepanjang sejarah muzik pop. Kumpulan The Temptations, popular sekitar dekad 1960-an, dan The Bee Gees, The Jackson 5, The Osmonds, dan Earth, Wind & Fire, popular sekitar dekad 1970-an, juga dianggap sebagai satu bentuk boy band bagi sesetengah peminat. Kumpulan boy band Latin Menudo ditubuhkan pada tahun 1977.

Salah satu daripada pengurus boy band yang paling berjaya ialah Lou Pearlman, yang bertanggungjawab melahirkan kumpulan boy band yang sangat berjaya seperti Backstreet Boys , 'N Sync dan US5. Di UK, produser Simon Cowell (dikenali di AS bagi siri francais American Idol/Pop Idol) juga dikenali kerana pernah menguruskan kumpulan boy band Westlife, yang dicipta oleh Louis Walsh[4] dan dipromosikan oleh bekas ahli boyband Ronan Keating dari kumpulan Boyzone.

Sejak tahun 2001, dominasi kumpulan boy band tradisional dalam carta muzik mula pudar dan mula digantikan dengan apa yang disifatkan oleh Gil Kaufman dari MTV sebagai 'boy band baru' yang 'lebih menyerupai Good Charlotte, My Chemical Romance, Sum 41, Simple Plan atau Dashboard Confessional'.[5]

Genre muzikSunting

Walaupun kebanyakan boy band dipengaruhi genre R&B, genre muzik lain turut ditampilkan. South 65 dan Marshall Dyllon, contohnya, telah dianggap kumpulan boy band magi muzik country.

Nama-nama boy band yang terkenalSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ WKRN (2007). ""Brian Littrell Looks To Reconnect As Dove Co-Host"". WKRN.com.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Parameter |accessmonthday= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  2. ^ Lucy Love (2007). "Backstreet Boys: Rod Laver Arena". Melbourne Beat.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Parameter |accessmonthday= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. ^ Pedro Ruz Gutierrez (2007). "Pearlman's money woes follow him downtown". The Orlando Sentinel. Diarkibkan daripada asal pada 2007-10-12.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Parameter |accessmonthday= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ Press Association - Louis Walsh Profile
  5. ^ Gil Kaufman (2007). "The New Boy Bands". MTV.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Parameter |accessmonthday= tidak diketahui diabaikan (bantuan)