Bradley 'Brad' Maloney (lahir 19 Januari 1972) ialah jurulatih bola sepak dari Australia.

Brad Maloney
Maklumat peribadi
Nama penuh Bradley Maloney
Tarikh lahir (1972-01-19) 19 Januari 1972 (umur 52)
Tempat lahir Sydney, Australia
Posisi permainan Tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1990–1991 A.P.I.A. Leichhardt 25 (2)
1991–1993 Newcastle Breakers 40 (8)
1993–1995 Sydney Olympic 37 (7)
1995–2000 Marconi 143 (47)
1995Guangzhou Apollo 1 (0)
2000–2002 Perth Glory 41 (13)
2002–2003 Parramatta Power 23 (5)
2003–2004 Marconi 19 (7)
Pasukan kebangsaan
1991 Australia B-20
1992 Australia B-23
1998–2000 Australia 6 (2)
Pasukan diurus
2014–2018 Malaysia (penolong jurulatih)
2014– Malaysia B-23 (penolong jurulatih)
2019–2022 Malaysia B-20
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10:04, 29 Mei 2009 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10:04, 29 Jun 2019 (UTC)

Beliau juga pemegang biasiswa Institut Sukan Australia.[1]

Kerjaya sunting

Brad Maloney memulakan karier beliau di A.P.I.A Leichhardt pada umur 18 tahun. Selain itu beliau juga bermain untuk Newcastle Breakers, Sydney Olympic, and paling terkenal sekali bersama Marconi Stallions dimana beliau menjaring 47 gol dari musim 1995 hingga 2000. Selain mencetak nama di Marconi, beliau juga dipinjamkan ke kelab China Guangzhou Apollo, sebelum menghabiskan sesi karier di Perth Glory, Parramata Power, and kembali ke Marconi.[2] Pada 2000 Maloney diberi Pingat Johnny Warren yakni penghargaan pemain terbaik bagi NSL dan kemudian A-League.

Brad juga pernah membuat penampilan bagi pasukan bawah umur-20 Australia serta B-23, dimana beliau dan pasukannya raih tempat ke-4 di Olimpik 1992 selepas tewas kepada Ghana. Maloney dipanggil beberapa kali untuk pasukan kebangsaan Australia sekitar 1998 hingga 2000, beliau menamatkan karier bersama skuad kebangsaan dengan 2 gol.

Kerjaya sebagai pengurus sunting

Nama Brad Maloney mula mendapat perhatian di Malaysia apabila beliau dikontrakan sebagai penolong jurulatih kepada pasukan kebangsaan Malaysia pada 2014, beliau juga berkhidmat untuk tempoh sebagai penolong jurulatih kepada skuad B-23 dibawah Dato' Ong Kim Swee sebelum fokus sepenuhnya pada skuad senior dan kemudian B-19. Pada 2019 beliau diberikan tugas sebagai jurulatih skuad B-19 apabila Bojan Hodak tidak lagi disambung kontrak selepas kegagalan pada Kejohanan AFC B-19 2018.[3] Brad berjaya membawa Malaysia ke pentas akhir Kejohanan AFF B-19 2019, namun tewas kepada Australia 1-0.[4]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting