Bradford (AFA: /ˈbrædfərd/) merupakan sebuah bandar di Yorkshire Barat, England di kaki bukit Pennines, iaitu 14 km barat dari Leeds dan 26 km barat laut dari Wakefield.

Bradford, England
Bandar Bradford
NegaraEngland
DaerahYorkshire Barat
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah537,173
 • Kepadatan1,290/km2 (3,300/batu persegi)
Zon waktuUTC+0 (GMT)
 • Musim panas (DST)UTC+1 (BST)
Laman sesawanghttp://www.bradford.gov.uk/

Nama Bradford diterbit daripada Inggeris Lama brad dan ford, iaitu broad ford merujuk kepada persimpangan Sungai Kecil Bradford di Tebing Gereja di bawah tapak Katedral Bradford, dan jumlah penduduk meningkat di sekitar tempat itu pada zaman Saxon. Bradford diwakili 3 ahli parlimen. Bradford terletak di 53°45′00″U 01°50′00″B. Berdasarkan bancian UK 2011, terdapat 522452 orang penduduk di Bradford.[1] Industri tenunan di Bradford merosot selama beberapa tahun dan bandar ini mengalami penyahindustrian. Bangunan paling tua di Bradford merupakan sebuah katedral yang merupakan sebuah gereja bertadbir pada zaman dahulu. Pada kurun-kurun lepas, kedudukan Bradford di Bradfordale menyusahkan perhubungan kecuali dari utara. Sekolah Tatabahasa Bradford wujud berdekatan gereja bertadbir pada tengah kurun ke-16 dan ditubuhkan semula oleh Hak Diraja sebagai Sekolah Tatabahasa Bebas Charles ke-2 pada tahun 1662. 2 batu terukir, mungkin sebahagian daripada salib dakwah Saxon, dijumpai di tapak katedral Bradford. 24.7% daripada penduduk Bradford beragama Islam.

Muzuim Sains dan Media Negara mengadakan Sambutan Filem Antarabangsa Bradford setiap tahun pada bulan Mac. Bradford mempunyai adat kesukanan yang lama dan Bradford Bulls, dahulunya Bradford Northern, merupakan salah 1 daripada kelab liga ragbi yang paling berjaya di dunia, dan merekae memenangi Kejohanan Piala Dunia 3 kali sejak tahun 2002 dan menjadi juara 7 kali dalam Kejohanan Liga Ragbi. Selepas kempen pada tahun 2008, Bradford diiktiraf sebagai 'Bandar Kayangan' pada 18 November 2010. Terdapat 2 hospital besar di Bradford. Terdapat beberapa jenayah terkemuka di Bradford seperti penembakan Sharon Beshenivsky semasa bertindak terhadap kecurian di bandar.

Rujukan sunting

  1. ^ [1] Diarkibkan 29 Julai 2013 di Wayback Machine