Buka menu utama

Abraham "Bram" Stoker (8 November 1847 – 20 April 1912) merupakan seorang penulis kelahiran Ireland. Beliau paling dikenali untuk novel seram berjudul Dracula.

Bram Stoker
WarganegaraIrish
RakyatBritish
GenreCereka Gothic, Novel romantik
Pergerakan sasteraKesusteraan Victoria
Pencapaian ketaraDracula
Saudarabapa: Abraham Stoker
ibu: Charlotte Mathilda Blake Thornley

Isi kandungan

Biografi hidupSunting

Awal hidupSunting

Stoker lahir pada tanggal 8 November 1847 di 15 Marino Crescent, Clontarf, di sebelah utara Dublin, Ireland.[1][2] Beliau merupakan anak ketiga dari tujuh adik-beradik;[3] ibu bapa mereka, Abraham Stoker (1799-1876) dari Dublin, dan Charlotte Mathilda Blake Thornley (1818-1901), yang berasal dari Ballyshannon, sebuah kota di County Donegal serta menganggotai Gereja Paroki Ireland Clontarf.

Kerjaya penulisanSunting

Stoker tertarik pada teater melalui seorang temannya, Dr Maunsell. Dia menjadi kritikus teater untuk Dublin Evening Mail, yang dimiliki oleh penulis cerita Goth Joseph Sheridan Le Fanu. Pada tahun 1876, Stoker mula menulis sebuah buku bukan cereka berjudul The Duties of Clerks of Petty Sessions in Ireland yang terbit tahun 1879. Stoker juga memiliki minat terhadap seni dan merupakan pendiri Dublin Sketching Club pada tahun 1874.[4]

Pada tahun 1887, Stoker mengahwini Florence Balcombe, anak seorang leftenan kolonel tentera. Mereka kemudian berpindah ke London di mana Stoker selanjutnya menjadi pengurus perniagaan di Lyceum Theatre, London milik aktor Sir Henry Irving. Di tempat inilah minatnya terhadap penulisan panjang mula berputik dengan The Snake's Pass pada tahun 1890 dan Dracula pada tahun 1897.

Senarai karyaSunting

NovelSunting

Koleksi cerita pendekSunting

Bukan cerekaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Belford, Barbara (2002). Bram Stoker and the Man Who Was Dracula. Cambridge, Mass.: Da Capo Press. m/s. 17. ISBN 0-306-81098-0. 
  2. ^ Note, as location has led to multiple edits: The location was, and is, in the Civil Parish of Clontarf. Clontarf extends to the east side of the Malahide Road and borders Marino. Fairview is further west commencing just after Marino Mart.
  3. ^ adik-beradiknya: Sir (William) Thornley Stoker, lahir 1845; Mathilda, lahir 1846; Thomas, lahir 1850; Richard, lahir 1852; Margaret, lahir 1854; dan George, lahir 1855
  4. ^ Website, Dublin Painting and Sketching Club, http://www.dublinpaintingandsketchingclub.ie/history.html

Pautan luarSunting