Bravo 5

Filem aksi perang Malaysia 2015 arahan Yeop Hitler
(Dilencongkan dari Bravo 5 (filem))

Bravo 5 merupakan sebuah filem aksi/perang Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Yeop Hitler dan dibintangi oleh Beto Kusyairy, Remy Ishak, Soffi Jikan, Sashi Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson dan Chew Kin Wah.[3][4]Filem ini mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis.[5]Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 September 2015.[6]Filem ini telah didedikasikan kepada para pejuang negara yang terkorban.

Bravo Lima
PengarahYeop Hitler
Lakon layarYeop Hitler
Cerita olehMejar Zainal Hayat
BerdasarkanDiari Misi Komando
Dihasilkan olehNik Nur ashikin Nik Abdul Majid
DibintangiBeto Kusyairy
Remy Ishak
Soffi Jikan
Sashi Tharan
Xavier Fong
Frank Peterson
Chew Kin Wah
SinematografiMadnor Kassim
Disunting olehDora Mahadi
Muhd Kamarul Ariffin Zazali
Muzik olehEdrie Hashim
Syarikat
penerbitan
KaryaPrima Production
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
  • 10 September 2015 (2015-09-10) (Malaysia)
Masa tayangan
77 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 4.5 Juta[1]
Pecah panggungRM 298,000[2]

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler Pada tahun 1989, Parti Komunis Malaya sedang merancang untuk menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia.Komunis ini diketuai oleh Komander Lim Yatt (Chew Kin Wah) dan Sidek Tapa (Soffi Jikan).Lima anggota Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) telah diarah untuk menghalang perkara ini dari berlaku di dalam operasi Bravo V. Leftenan Azri (Remy Ishak) yang baru sahaja berkahwin dengan Aida (Siti Saleha) menjadi ketua kepada empat ahli yang lain, Trooper Karim (Beto Kusyairy), Koperal Morgan (Sashi Tharan), Koperal Ah Chia (Xafier Fong) dan Sarjan Unya (Frank Petterson).

Selepas semakin hampir dengan kubu musuh, Leftenan Azri telah menugaskan Trooper Karim dengan Koperal Morgan manakala Koperal Ah Chia dengan Sarjan Unya. Koperal Morgan menyatakan kesedihan dirinya kepada Leftenan Azri berkenaan kematian ibunya, Sarjan Unya pula telah meningalkan isterinya (Adeline Tsen) yang akan melahirkan anak mereka dan Koperal Ah Chia dihantui kejadian silam di mana bapa dan kakaknya mati dibunuh komunis manakala Trooper Karim dipenjarakan kerana memukul tunang Nadia hingga cedera parah. Masalah peribadi masing-masing telah diminta untuk diketepikan oleh Leftenan Azri dan fokus untuk pulang dari misi dengan selamat.

Mereka menyerang kubu musuh yang telah menawan dua orang anggota tentera dengan senyap. Ketika Leftenan Azri cuba menyelamatkan tawanan tersebut, Sidek Tapa cuba menyerangnya tetapi digagalkan oleh Trooper Karim. Sedikit pertempuran berlaku ketika mereka keluar dari kubu musuh dan Sarjan Unya telah terkorban. Sidek Tapa pula telah dimarahi oleh Komander Lim Yatt kerana cuai. Bantuan artileri telah mengebom kubu musuh tersebut selepas itu.Komunis bertindak balas dengan menyerang kampung Leftenan Azri dan merogol Aida dan adiknya manakala Haji Manaf (Kuswadinata), bapa Leftenan Azri dan Aida dibunuh.

Komunis terus mengganas dengan menyerang sebuah perkampungan Orang Asli. Empat anggota komando yang tinggal cuba mendapatkan bantuan tetapi set komunikasi telah rosak. Mereka cuba mendapatkan bantuan pula di perkampungan Orang Asli tersebut tetapi lambat menyedari bahawa kampung tersebut telah ditawan komunis. Koperal Morgan dan Koperal Ah Chia telah ditawan. Sidek Tapa yang berdendam dengan pengeboman kubu mereka yang terdahulu, telah membunuh Koperal Morgan. Koperal Ah Chia pula telah diseksa oleh Komander Lim Yatt. Ketika sesi seksaan itu berjalan, Koperal Ah Chia berjaya membunuh dua pengawal peribadi Komander Lim Yatt dan meletupkan sebiji bom tangan. Mereka berdua cedera parah sebelum Koperal Ah Chia menembak Komander Lim Yatt kerana dendamnya ke atas Komander Lim Yatt yang membunuh bapanya dan merogol kakaknya hingga mati dua puluh tahun lalu. Sidek Tapa memasukkan Koperal Ah Chia yang nazak, ke dalam sebuah lubang di penjara yang menempatkan tawanan Orang Asli. Dia sempat menyanyikan lagu Negaraku sebelum meninggal dunia di situ. Orang-orang Asli yang diketuai Tok Batin tidak dapat menahan kesedihan melihat kematian Koperal Ah Chia lantas memberi tabik hormat bagi memberi penghormatan ke atas kematiannya sebagai seorang wira.

Leftenan Azri dan Trooper Karim menyelinap masuk ke dalam kampung itu dan menyelamatkan tawanan yang tinggal. Ketika mereka cuba keluar, Leftenan Azri telah terpijak periuk api. Leftenan Azri cedera parah, tetapi telah diselamatkan oleh Trooper Karim. Ketika dibawa keluar dari kampung tersebut, berlakunya pertempuran antara Leftenan Azri dan Trooper Karim dengan komunis yang diketuai Sidek Tapa. Komunis yang menyerang mereka berdua berjaya ditembak mati, hanya tinggal Sidek Tapa. Leftenan Azri meninggal dunia setelah sampai ke lokasi penarikan keluar. Trooper Karim bertembung dengan Sidek Tapa. Mereka bertarung sebelum Sidek Tapa mati kerana terkena jerangkap samar yang dipasangnya sendiri, Trooper Karim pula pengsan selepas itu.

Di markas tentera, kesemua ahli keluarga anggota komando ini tidak dapat menahan kesedihan akibat kehilangan anak mereka. Ibu Koperal Ah Chia menjamah secebis roti yang dibawakan untuk anaknya, menandakan sungguhpun sedih atas kematian anaknya, namun hatinya puas setelah anaknya berjaya membalas dendam ke atas pembunuh yang membunuh suami dan anak perempuannya.

Kesemua ahli keluarga yang tinggal berkumpul di Tugu Negara untuk memberi penghormatan kepada komando yang terkorban. Trooper Karim yang berkerusi roda, meminta mereka untuk menerima dirinya sebagai ahli keluarga mereka.Mereka semua pun berpelukan. Templat:Endspoiler

Pelakon sunting

 
Kuswadinata melakonkan watak Haji Manaf di dalam filem ini.
  • Beto Kusyairy sebagai Truper Karim
  • Remy Ishak sebagai Leftenan Azri
  • Sashi Tharan sebagai Koperal Morgan
  • Xavier Fong sebagai Koperal Ah Chia
  • Frank Peterson sebagai Sarjan Unya
  • Faril Desa sebagai Koperal Kamal, Tebusan Lim Yatt
  • Chew Kin Wah sebagai Komander Lim Yatt, Ketua Parti Komunis Malaya
  • Soffi Jikan sebagai Sidek Tapa, orang kanan Komander Lim Yatt
  • Siti Saleha sebagai Aida
  • Tasha Shilla sebagai Nadia
  • Adeline Tsen sebagai Isteri Sarjan Unya
  • Kuswadinata sebagai Haji Manaf, bapa Leftenan Azri[7]
  • Normah Damanhuri sebagai Isteri Haji Manaf
  • Uncle Muniandy sebagai Bapa Koperal Morgan
  • Jobot sebagai tunang Nadia
  • Kapten Madnor Bond sebagai Panglima Briged

Penerbitan sunting

 
Tugu Negara merupakan antara lokasi pengambaraan bagi filem ini,

Filem ini mendapat sokongan dari Kementerian Pertahanan Malaysia dan Tentera Darat Malaysia. Majlis pra-pelancaran filem ini telah dilakukan pada 9 April 2012. Filem ini telah bertukar pengarah sebanyak tiga kali iaitu Fauzi Nawawi[8], Arab Khalid dan akhirnya Yeop Hitler.[9] Lima pelakon utama telah menjalani latihan intensif asas komando selama dua minggu di Kem Sungai Udang, Melaka.[10] 12 orang pelakon lagak ngeri telah dibawa dari Singapura dan China untuk pengembaraan.Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi menggunakan khidmat 120 anggota tentera ATM. Penulis skrip, Mejar Zainal Hayat telah merombak skrip sebanyak 26 kali bagi mendapatkan kualiti dan keaslian cerita yang ingin disampaikan. “Saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan skrip ini. Draf pertama saja mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan iaitu sejak Jun 2007." [11] Filem ini menjalani pengambaraan di Tugu Negara, Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Johor.[12]Filem ini pada asalnya akan ditayangkan pada tahun 2013 sebelum ditarik ke tahun 2014.[13] Filem ini akhirnya ditayangkan pada tahun 2015.

Fakta sunting

  • Adegan ucapan jeneral kepada anggota Bravo 5 'Tiada Misi Terlalu Sukar' sebenarnya adalah motto pasukan Briged ke-10 Payung Terjun (PARA)
  • Mad Nor Bond yang membawa watak panglima briged, dalam kehidupan realitinya beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai tentera sekitar tahun 1980 an malah memegang jawatan sebagai Pegawai Risik Batalion (IOB) sebelum berhenti dari perkhidmatan tentera
  • Brig Jeneral Dr Mohd Radzi Abd Hamid yang ketika itu berpangkat Leftenan Kolonel turut membuat cameo dalam adegan taklimat selain bertindak sebagai penasihat teknikal untuk taktik persenjataan
  • Beberapa adegan asal dalam Bravo 5 telah dipotong oleh pihak produksi

Runut bunyi sunting

Runut bunyi filem ini asalnya akan dinyanyikan oleh Hattan dan komposernya ialah Edrie Hashim. Namun begitu, pada 29 Mei 2015, lagu OST filem ini telah dimuatnaik ke Youtube. Lagu OST ini bertajuk Redha Kemenangan dan dinyanyikan oleh Amy Search dan Edrie Hashim.

OST Bravo 5
 
Runut bunyi oleh
Pelbagai
Dilancarkan pada2015
TempatMalaysia  
GenreRunut bunyi
Panjang77:00  
BahasaBahasa Melayu  
SyarikatNeo Worldwide
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini
No.TajukPenyanyiMasa
1."Redha Kemenangan"Amy Search4:18
2."Ku Bakar Matahari"Hazama5:47
3."Berapi Dikalbu"Caroline4:20
4."Berani Mati"Projek Pistol4;26
5."Redha (The Victory)"Edrie Hashim5:01
6."Gendang Gendang"Awie2:44


Ulasan sunting

Aidil Rusli dari The Malay Mail mengulas filem ini gagal mengambil peluang yang terhidang untuk menjadi sebuah filem yang berpotensi.Walau bagaimanapun, sinematografi bagi filem ini telah dipuji sebagai "...calon Sinematografi Terbaik Festival Filem Malaysia tahun hadapan." [14]Portal kehidupan MyRujukan pula memberi filem ini sebagai mempunyai permulaan yang baik tetapi hampa di penghujung.[15] Blog Kakimuvee menyifatkan CGI dan kesan khas tidak realistik bagaimanapun memuji langkah berani penghasilan filem ini.[16]

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-28 Busana Terbaik Hasnan Yaacob Tercalon
Sinematografi Terbaik Md Noor Kassim Tercalon
Penataan Seni Terbaik Mohd Khairul Md Dan Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-14. Dicapai pada 2015-04-14.
  2. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka
  3. ^ Bravo Lima bukan sekadar filem
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-04. Dicapai pada 2015-04-14.
  5. ^ http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=743832
  6. ^ http://kfzoom.blogspot.com/2012/12/filem-melayu-terbaru.html
  7. ^ Kisah perjuangan lima komando
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-23. Dicapai pada 2015-04-14.
  9. ^ http://www2.bharian.com.my/articles/Dengarnya_FilemBravo5terusbermasalah_/Article/[pautan mati kekal]
  10. ^ http://nurizspace.com/2012/04/remy-ishak-jadi-komando-dalam-filem-bravo-5.html
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-27. Dicapai pada 2015-04-14.
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-05. Dicapai pada 2015-04-14.
  13. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130802/re_06/Kewujudan-Syiah-Pas-danfilem-Bravo
  14. ^ (Inggeris)Rusli, Aidil (19 September 2015). "Three new Malaysian films examined". The Malay Mail.
  15. ^ "Bravo 5 Review – Filem Perang Malaysia 2015". MyRujukan.com. Dicapai pada 2015-10-03. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  16. ^ Bravo 5 Review Http://kakimuvee.com/2015/10/bravo-5-review/ Diarkibkan 2015-10-03 di Wayback Machine

Pautan luar sunting