Alat Pengukur Nafas
PembangunCharles Michael Yim
Tarikh jualan2013
DitamatkanYa
Laman sesawangwww.breathometer.com

Breathometer ialah sebuah peranti yang mengatakan ia boleh mengukur kandungan alkohol dalam darah seseorang menggunakan telefon pintar (sama ada iOS atau Android) mereka sahaja. [1] Walau bagaimanapun, kenyataan itu terbukti palsu dan syarikat tersebut telah ditutup oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan . [2] Breathometer diasaskan pada September 2013 oleh Charles Michael Yim, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif semasa syarikat itu. [1]

Sejarah syarikat sunting

Breathometer diasaskan pada tahun 2012 oleh Charles Michael Yim, seorang usahawan bersiri yang sebelum ini pernah membangunkan tiga buah syarikat permulaan termasuk syarikat Chatterfly, sebuah platform kesetiaan mudah alih untuk perniagaan. Syarikat Chatterfly telah diperoleh oleh syarikat lain bernama Plum District pada Disember tahun 2011. [3] [4] [5] [6] Yim menyatakan bahawa tiada alat pernafasan komersial untuk pasaran telefon pintar. Dia juga menyatakan satu-satunya alat pernafasan mudah alih yang tersedia secara komersial adalah mahal dan tidak praktikal untuk dibawa oleh pengguna semasa keluar malam. [1] [7]

Syarikat itu dibiayai sebahagiannya melalui tempahan yang dikumpul melalui kempen sumber khalayak di laman web Indiegogo yang tamat pada April tahun 2013. [1] [8] [9] Matlamat asal kempen tersebut adalah untuk mengumpul $25,000, akan tetapi pada masa ia ditutup, ia telah berjaya mengumpulkan lebih kurang $138,000. [10]

Pada September tahun 2013, Yim membuat bicara tuntas di program televisyen Shark Tank . Pada asalnya dia hanya meminta $250,000 untuk 10% kepentingan dalam Breathometer, tetapi kesemua lima "jerung" akhirnya melabur sejumlah $1 juta untuk 30% kepentingan kolektif dalam syarikat itu. [11] [12]

Kontroversi sunting

Aduan FTC dan bayaran balik produk sunting

Pada tahun 2017, penyiasatan FTC membawa kepada suatu persetujuan diantara FTC dengan syarikat itu. FTC menuduh yang bahawa syarikat itu mengetahui produk tersebut sering melaporkan tahap BAC yang kurang dan membuat dakwaan pemasaran yang palsu. [13] [14] Hasil daripada tuntutan tersebut, aplikasi telah ditutup dan pelanggan dikehendaki dimaklumkan dan menawarkan bayaran balik penuh. Menurut aduan itu, jualan Original dan Breeze Jenis Breathometer) berjumlah $5.1 juta USD. [2] Berikutan kontroversi FTC, Mark Cuban menggelar Breathometer sebagai "pelaksanaan terburuk" dalam sejarah Shark Tank, menyalahkan salah urus dana pengasas. [15] [16]

Produk sunting

Breathometer sunting

Breathometer ialah sebuah peranti kecil yang boleh disambungkan kepada lohong audio di telefon pintar. Apabila peranti tersebut berfungsi dengan aplikasi yang dimuat turun, ia dapat membaca kandungan alkohol darah (BAC) pengguna. [8] [17] [18] [9] Aplikasi tersebut menggunakan telefon pintar untuk menyediakan kuasa pemprosesan, yang membolehkan peranti itu cukup kecil untuk dimuatkan pada rantai kunci standard. [8] [17] Jika tahap BAC pengguna melebihi had undang-undang, aplikasi itu akan memaparkan panggilan satu klik ke perkhidmatan teksi tempatan, rakan daripada senarai kenalan yang tinggal berdekatan atau hotel tempatan. [7] [18]

Unit prototaip beta sampel telah diedarkan di SXSW tahun 2013 di Austin, Texas . [7] Aplikasi tersebut telah ditutup pada tahun 2017 hasil daripada persetujuan dengan hasil penyiasatan FTC.

Mint sunting

Syarikat itu mengubah stratergi dengan menukar fokus teknologinya menjadi sebuah produk baharu untuk mengukur nafas berbau dan kesihatan mulut, yang dipanggil Mint. [19] Syarikat Breathometer mengeluarkan produk Mint pada September tahun 2016. Peranti sensor di dalam peranti tersebut didapati dapat mengukur sebatian sulfur yang dikaitkan dengan nafas berbau dan saintis mengaitkan dengan periodontitis atau lebih dikenali sebagai penyakit gusi. [20] Syarikat itu bekerjasama dengan Philips untuk menggabungkan Mint dengan produk kesihatan mulut Sonicare. [21] Sehingga 2021, Mint tidak lagi terjual di laman webnya mahupun di Amazon. [22] [23]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Lawler, Ryan (April 5, 2013). "The Breathometer Will Ensure You Don't Drive (Or Do Video Interviews) While Drunk". TechCrunch.
  2. ^ a b ""Breathometer" Marketers Settle FTC Charges of Misrepresenting Ability to Accurately Measure Users' Blood Alcohol Content". FTC. January 23, 2017. Dicapai pada April 25, 2017.
  3. ^ Sarah Perez (August 17, 2011). "Chatterfly Launches Mobile Digital Loyalty App". TechCrunch. Dicapai pada April 9, 2014.
  4. ^ Sara Perez (December 8, 2011). "Moms Love Daily Deals: Plum District Raises $20 Million, Acquires Chatterfly & DoodleDeals". TechCrunch. Dicapai pada April 9, 2014.
  5. ^ Timothy Hay (October 18, 2013). "Fresh From Swimming in 'Shark Tank,' Breathometer Raises $2M for Smartphone Breathalyzer". The Wall Street Journal. Dicapai pada April 9, 2014.
  6. ^ Jameson Ketchum (March 15, 2013). "Breathometer Helps You Party Responsibly". Substream Magazine. Dicapai pada April 9, 2014.
  7. ^ a b c "Breathometer Helps You Party Responsibly". Substream Music Press. March 15, 2013. Dicapai pada 1 June 2013.
  8. ^ a b c David J. Hill (April 9, 2013). "BREATHOMETER — A BREATHLYZER FOR YOUR SMARTPHONE". Singularity Hub. Dicapai pada 1 June 2013.
  9. ^ a b Dean Takahashi (March 13, 2013). "Breathometer unveils the first smartphone breathalyzer". Venture Beat. Dicapai pada 1 June 2013.
  10. ^ Shane McGlaun (March 27, 2013). "Breathometer blows past funding goal and adds new stretch goals". Slash Gear. Dicapai pada 1 June 2013.
  11. ^ Hay, Timothy. "Fresh From Swimming in 'Shark Tank,' Breathometer Raises $2M for Smartphone Breathalyzer". WSJ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-01-24.
  12. ^ "Charles Yim: Breathometer Talks how Indiegogo Lead to Shark Tank – SXSW 2014". Geekazine.com (dalam bahasa Inggeris). 2014-03-15. Dicapai pada 2017-01-24.
  13. ^ "The FTC's sobering truth about Breathometer". Consumer Information (dalam bahasa Inggeris). 2017-01-23. Dicapai pada 2021-05-28.
  14. ^ "Feds claim Breathometer made false claims about accuracy". RTTNews. Jan 27, 2017. ProQuest 1862151101.
  15. ^ Brian, Greg (November 3, 2019). "'Shark Tank': Mark Cuban Says This Product Has the Worst Execution in Show History". Showbiz Cheat Sheet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-28.
  16. ^ "The Cast of Shark Tank Reviews Their Favorite Pitches". Vanity Fair (dalam bahasa Inggeris). Condé Nast. Dicapai pada 2021-05-28.
  17. ^ a b "Smartphone breathalyzer tells when you're too drunk to drive". CBS News. March 19, 2013. Dicapai pada 1 June 2013.
  18. ^ a b Eric Griffith (March 29, 2013). "Breathometer Turns Smartphones Into Personal Breathalyzers". PC Mag. Dicapai pada 1 June 2013.
  19. ^ Miller, Marc D.; Jackson, Lonnie; Campbell, Nathan (2020-10-01). "Breathometer: Shut Down by the Federal Trade Commission". Entrepreneurship Education and Pedagogy (dalam bahasa Inggeris). 3 (4): 364–370. doi:10.1177/2515127420916739. ISSN 2515-1274.
  20. ^ Becker, Rachel (2016-11-19). "This smart device sniffed my morning breath to check for gum disease". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-28.
  21. ^ "Breathometer teams up with Philips to take on bad breath". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-28.
  22. ^ "Breathometer Store".
  23. ^ "Amazon.com: Breathometer, Mint: The Smart Oral Health Monitor, White: Health & Personal Care". www.amazon.com. Dicapai pada 2021-05-28.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting