Brek udara keretapi

Brek udara adalah sistem brek kuasa keretapi yang menggunakan udara sebagai medium operasi. Kereta api moden bergantung pada sistem brek udara yang berdasarkan pada reka bentuk yang dipatenkan oleh George Westinghouse pada 5 Mac 1868. Syarikat Westinghouse Air Brake kemudiannya ditubuhkan untuk menghasilkan dan menjual ciptaan Westinghouse.

Sistem Westinghouse menggunakan tekanan udara untuk mengecas tangki udara pada setiap gerabak. Tekanan udara penuh memberi isyarat kepada setiap kereta untuk melepaskan brek. Pengurangan atau kehilangan tekanan udara dalam spaip brek menyebabkan brek kecemasan diaktifkan.

Sistem moden sunting

Sistem brek udara moden berfungsi dengan dua cara:

  • Sistem brek perkhidmatan yang digunakan dan melepaskan brek semasa operasi biasa, dan
  • Sistem brek kecemasan yang menggunakan brek secara tiba-tiba sekiranya berlaku kegagalan paip brek atau aplikasi kecemasan oleh pemandu (secara amnya dirujuk sebagai brek automatik).