Brendan Rodgers (lahir 26 Januari 1973) merupakan seorang bekas pemain bola sepak profesional Ireland Utara dan kini berkhidmat sebagai pengurus kelab Scotland, Celtic.

Brendan Rodgers
Rodgers with Liverpool in 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Brendan Rodgers[1]
Tarikh lahir (1973-01-26) 26 Januari 1973 (umur 51)[2]
Tempat lahir Carnlough, Northern Ireland
Ketinggian 5 kaki 7 inci (1.70 m)[3]
Posisi permainan Pemain pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Celtic (pengurus)
Kerjaya remaja
1984–1987 Ballymena United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1987–1990 Ballymena United
1990–1993 Reading 0 (0)
1993–1994 Newport (Isle of Wight)
1994–1995 Witney Town
1995–1996 Newbury Town
Pasukan kebangsaan
1988 Sekolah Ireland Utara[4] 7 (0)
Republik Ireland[5]
Pasukan diurus
2008–2009 Watford
2009 Reading
2010–2012 Swansea City
2012–2015 Liverpool
2016–2019 Celtic
2019–2023 Leicester City
2023– Celtic
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Rodgers memulakan kareer beliau sebagai seorang pertahanan di Ballymena United, dimana beliau tinggal hingga ditandatangani oleh Reading pada usia beliau 18 tahun, beliau terlibat dengan kecederaan yang memaksa beliau untuk tidak bermain ketika berusia 20 tahun. Beliau kekal sebagai jurulatih Reading dan Pengarah Akademi, dan kemudian terus bermain untuk pasukan bukan liga seperti Newport, Witney Town dan Newbury Town. Pada 2004, beliau dijemput oleh Jose Mourinho untuk meninggalkan Reading untuk menyertai beliau di Chelsea; pada 2006, beliau dilantik sebagai jurulatih skuad simpanan.

Pada 2008, beliau dilantik sebagai pengurus Watford, beliau kekal sehingga tahun 2009 dimana beliau dilantik sebagai pengurus Reading , beliau meninggalkan kelab itu enam bulan kemudian dan kembali sebagai pengurus Swansea City pada tahun 2010. Beliau berjaya membawa Swansea untuk ke Liga Perdana Inggeris, kelab Wales yang pertama melakukannya, sebelum berjaya membawa skuad itu menduduki tangga ke 11 pada musim berikutnya. Pada 1 Jun 2012, Rodgers dilantik sebagai pengurus Liverpool, beliau berjaya membawa kelab itu ke tangga kedua dalam liga sebelum dipecat pada Oktober 2015.

Kehidupan awal sunting

Rodgers dilahirkan di Carnlough, County Antrim, Northern Ireland. Bapanya, Malachy merupakan seorang pelukis dan penghias, manakala ibunya, Christina merupakan sukarelawan dalam tabung amal Ireland. Brendan merupakan paling tua antara lima orang adik beradiknya. Adiknya paling muda, Malachy menjadi seorang penyanyi terkenal di sekitar Nashville. Rodgers membesar sebagai penyokong Sheffield Wednesday.

Bapa Brendan merupakan Katolik manakala ibunya seorang protestan. Beliau menghadiri All Saints Catholic Primary School di Ballymena, kemudian berpindah ke St. Patrick's College pada usia 16 tahun. Pada 2010, Christina meninggal dunia pada usia 53 tahun, dan pada September 2011, Brendan yang berada di sisi bapnya menentang kanser meninggal dunia pada usia 59 tahun.

Kareer awal sunting

Sebagai seorang remaja, Rodgers menjadi wakil Northern Ireland di tahap sekolah, bermain menentang Brazil pada 1988. Beliau juga mewakili Ireland Republik. Rodgers bermain di posisi pertahanan dalam pasukan Ballymena United; pada 1987, beliau ditandatangani oleh Reading dalam kontrak tiga tahun ketika berusia 18 tahun, dimana beliau bermain dalam skuad simpanan. Beliau bersara daripada permainan professional apabila cedera parah apabila berusia 20 tahun. Berikutan persaraan, Rodgers bermain untuk pasukan bukan liga seperti Newport, Witney Town dan Newbury Town, dan kekal sebagai jurulatih muda untuk Reading. Rodger menetap di Sepanyol untuk masa yang lama demi mempelajari jenis-jenis jurulatih, dan diajak oleh Jose Mourinho untuk meninggalkan peranan Pengarah Akademi di Reading beliau dan sertai Mourinho di Akademi Chelsea. Beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus skuad simpanan dua tahun kemudian, kekal dengan jawatan itu apabila jawatan pengurus ditukar oleh Avram Grant dan Luiz Felipe Scolari.

Kareer pengurusan sunting

Watford sunting

Pada 24 November 2008, Rodgers meninggalkan Chelsea untuk menjadi pengurus Liga Kedua Inggeris, Watford. Rodgers memenangi hanya dua daripada sepuluh perlawanan, beliau menyebabkan kelab itu dalam zon penyingkiran pada bulan Januari. Tetapi meningkat secara mendadak dan Rodgers berjaya membawa pasukan ini di tempat ke-13, untuk mengelakkan penyingkiran.

Reading sunting

Selepas Steve Coppell meletak jawatan sebagai pengurus Reading, Rodgers dijadikan pengurus kegemaran untuk menggantikan posisi pengurus dan menyertai kelab lama beliau. Walau bagaimanapun, Rodgers cuba menafikannya dengan menyatakan "fokus sepenuhnya terhadap Watford". Walau bagaimanapun, beliau bersetuju untuk menjadi pengurus Reading pada 5 Jun 2009, selepas pembayaran £500,000 dipersetujui yang meningkat sehingga £1 juta. The Watford Supporters' Trust menyatakan Rodgers mempunyai reputasi "teruk" dihadapan peminat, tetapi Watford mengucapkan "terima kasih [Rodgers] atas usaha-usaha beliau musim lalu". Pada 11 Ogos, Reading memenangi perlawanan pertama Rodgers dengan keputusan 5-1 menentang Burton Albion dalam Leage Cup. Walaupun mempunyai permulaan liga yang baik, tetapi mempunyai keputusan yang teruk menyebabkan Rodgers meninggalkan Reading pada 16 Disember, 6 bulan selepas tiba dikelab itu, meninggalkan Reading satu tempat di atas penyingkiran dalam Kejuaraan.

 
Brendan Rodgers memenangi Perlawanan Kelayakan Kalah Mati menentang Reading bersama Swansea City.

Swansea City sunting

Rodgers menerima tawaran sebagai pengurus Swansea City dalam Kejuaraan pada 16 Julai 2010. Beliau dikaitkan untuk menyertai kejurulatihan dibawah Roberto Mancini di Manchester City. Permulaan beliau di Swansea sangat berjaya, membawa Rodgers untuk memenangi Pengurus Bulanan pada Februari 2011 selepas Swansea memenangi lima daripada enam perlawanan, dengan mengekalkan empat perlawanan tanpa bolos. Pada 25 April 2011, Rodgers berjaya meletakkan Swansea di kedudukan kalah mati untuk layak ke Liga Perdana, dengan kemenangan 4-1 menentang Ipswich Town di Liberty Stadium.

Pada 16 Mei 2011, Rodgers membawa Swansea ke Kejuaraan Liga Bolasepak Kalah-Mati Akhir apabila menewaskan Nottingham Forrest di perlawanan separuh akhir. Beliau menentang bekas kelab beliau, Reading di Wembley Stadium pada 30 Mei 2011 dengan keputusan 4-2 atas hatrik Scott Sinclair, bermakna Swansea City merupakan kelab pertama yang menyertai Liga Perdana, diikuti oleh kelab Cardiff City.

Rodgers memenangi perlawanan Liga Perdana pada 17 September 2011, apabila Swansea menewaskan West Bromwich Albion 3-0 di Liberty Stadium. Walaupun Swansea dijadikan kelab kegemaran untuk penyingkiran, permulaan musim mereka yang bagus dipuji apabila mengutip mata menentang Liverpool, Newcaslte United, Tottenham Hotspur dan Chelsea, menjauhkan mereka dari zon penyingkiran. Pada Januari 2012, Swansea mendapat kemenangan bukan tuan rumah pertama menentang Aston Villa, sebulan kemudian mereka menewaskan Arsenal 3-2 di rumah dan seri 1-1 terhadap Chelsea; Rodgers terus mendapat anugerah Pengurus Bulanan Liga Perdana. Pada Februari, Rodgers menandatangani kontrak tiga tahun dan setengah tahun untuk mengekalkan beliau di kelab itu sehingga Julai 2015.

 
Brendan Rodgers dilantik sebagai pengurus Liverpool

Liverpool sunting

Pada 1 Jun 2012, Rodgers telah didedahkan sebagai pengurus Liverpool baharu dengan kontrak tiga tahun, berikutan Kenny Daglish meninggalkan kelab itu dua minggu sebelum. Perlantikan itu terus disokong oleh bekas sekerja dan pengurus Real Madrid, Jose Mourinho. Pada Julai 2012, Rodgers menulis surat terbuka untuk Swansea City, penyokong, staf dan peminat beliau, dan mengharap mereka berjaya pada masa depan. Beberapa hari kemudian, Rodgers mengadakan sesi latihan di Melwood apabila skuad dilaporkan kembali untuk latihan pra-musim.

Pada Ogos 2 2012, Rodgers memperlihatkan perlawanan saingan pertama sebagai pengurus Liverpool, kemenangan 1-0 menentang FC Gomel dalam UEFA Europa League dan memenangi perlawanan pertama tuan rumah beliau. Dalam perlawanan liga pertama beliau pada 18 Ogos, Liverpool tewas 3-0 menentang West Bromwich Albion di The Hawthorns. Perlawanan kemenangan beliau pertama adalah menetang Norwich di Carrow Road, Liverpool menang 5-2. Pada 31 Oktober, Rodgers akan diterima semula oleh Swansea apabila Liverpool tewas 3-1 dalam League Cup. Pada 6 Disember, Liverpool menewaskan Udinese 1-0, untuk layak ke Liga Eropah.

Pada 27 Januari 2013, Liverpool terkeluar dari Piala FA apabila tewas mengejut menentang 3-2 menentang kelab League One, Oldham Athletic. Liverpool berada di kedudukan ketujuh di Liga Perdana, naik satu anak tangga dari musim lepas.

 
Brendan Rodgers pada 2014

Pada permulaan musim 2013-14, Rodgers dinamakan Pengurus Bulanan untuk Ogos 2013 apabila Liverpool memenangi tiga perlawanan pertama dalam musim musim itu. Pada Januari 2014, beliau disaman £8,000 selepas membuat komen terhadap Lee Mason selepas tewas 2-1 kepada Manchester City pada Disember 2013. Beliau kemudian dinamakan pengurus bulanan untuk kali kedua pada Mac 2014, selepas Liverpool memenangi lima perlawanan dalam bulan itu untuk ke kedudukan teratas liga.

Sebelas perlawanan Liverpool dengan kemenangan tamat apabila tewas 2-0 kepada Chelsea pada 27 April. Keputusan ini memberi peluang untuk Manchester City menjadi juara liga. Dalam perlawanan seterusnya menentang Crystal Palace pada 5 Mei, Liverpool mendahului 3-0 tetapi dikejar semula 3-3.

Pada Mei 2014, Rodgers bersetuju dengan prinsip kontrak baru dimana Liverpool bersetuju untuk mengekalkan beliau sehingga 2018. Liverpool menamatkan musim itu ditempat kedua dengan 101 goal, gol kelab paling banyak sejak musim 1895-96 dan tiga paling tinggi dalam sejarah Liga Perdana. Musim itu beliau dikurniakan anugerah LMA Pengurus Tahunan selepas berjaya membawa Liverpool ke tahap baharu selepas 20 tahun dalam liga. Pada 25 Mei 2014, Rodgers menandatangani kontrak empat tahun baharu di Liverpool.

Liverpool tersingkir daripada 2014-15 Liga Juara-Juara Eropah selepas seri menentang FC Basel, jatuh ke Liga Eropah. The Reds juga turut tewas dari Liga Eropah selepas tewas kepada Besiktas dalam 4-5 penalti. Pada 19 April 2015, Liverpool ditewaskan Aston Villa diperingkat separuh akhir, Liverpool menamatkan musim dengan kekalahan 6-1 menentang Stoke, menduduki kedudukan keenam di Liga Perdana. Ini bermakna Rodgers menjadi pengurus Liverpool pertama yang tidak memenangi apa-apa trofi pada tiga tahun pertama. Walau bagaimanapun, Rodgers menerima sokongan daripada pemilik-pemilik kelab Liverpool.

Pada 4 Oktober 2015, beliau dipecat selepas seri dalam perlawanan Merseyside, keputusan yang menyebabkan Liverpool ditempat kesepuluh selepas 8 perlawanan.

Kehidupan peribadi sunting

Rodgers berpisah dengan isterinya, Susan pada musim panas 2014. Mereka mempunyai dua orang anak, Anton yang bermain di Swindon Town dan seorang anak, Mischa.

Pada June 2011, Rodgers menyertai Liga Bola Sepak Inggeris untuk memanjat Mount Kilimanjaro untuk membayar Marie Curie Cancer sebagai penghormatan untuk ibu beliau - yang meninggal pada 2010 - dan bapanya - yang meninggal pada 2011 akibat kanser. Pada Jun 2014, beliau dianugerahkan kepujian ijazah Sains Kedoktoran dari Universiti Ulster.

Rodgers boleh berbahasa Sepanyol dan Itali. Beliau dibeli gelaran "Buck Rodgers", yang datang daripada komik.

Catatan sunting

  1. ^ A Record of Post-war Scottish League Players 1946/47 to 2017/18. 7. John Litster and Scottish Football Historian magazine. 2018.
  2. ^ "Rodgers: Manager". BDFutbol. Dicapai pada 15 March 2020.
  3. ^ "Brendan Rodgers". Sports Mole. Dicapai pada 9 October 2019.
  4. ^ "NISFA U15 & U16 International Players". tiscali.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2012. Dicapai pada 10 March 2013.
  5. ^ "Swans boss Brendan Rodgers pays tribute as father loses cancer fight". Belfast Telegraph. 12 September 2011.

Templat:Skuad Celtic F.C.