Brian Jones (penerbang)

Brian Jones pada 2007

Brian Jones (lahir 27 Mac 1947 di Bristol, England) adalah seorang juruterbang belon udara Inggeris.

Brian Jones, bersama Bertrand Piccard, berjaya menjadi orang pertama terbang mengelilingi dunia tanpa berhenti di atas belon mereka Breitling Orbiter 3. Mereka berlepas pada tanggal 1 Mac 1999 dari Château d'Oex di Switzerland dan mendarat di Mesir setelah penerbangan sejauh 45.755 kilometer selama 19 hari, 21 jam dan 47 minit.

Atas kejayaanan ini, dia menerima penghargaan termasuk Harmon Trophy, Hubbard Medal, FAI Gold Air Medal dan Charles Green Salver.