SS-Brigadeführer ialah sejenis pangkat SS yang telah digunakan dalam Jerman Nazi antara tahun 1932 dan 1945.[1] Brigadeführer juga adalah sejenis pangkat SA[2] selepas secara singkat dikenali sebagai Untergruppenführer pada hujung tahun 1929 dan 1930.

Brigadeführer

Lencana kolar selepas April 1942

Lencana bahu Lencana celoreng
Negara
Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan
Pangkat Satu bintang
Singkatan Brif
Diperkenalkan 1933
Dimansuhkan 1945
Kod
NATO
OF-6
Pangkat tinggi seterusnya

Gruppenführer

Pangkat rendah seterusnya

Oberführer

Persamaan pangkat Generalmajor
Hermann Prieß sebagai SS-Brigadeführer dan Generalmajor Waffen-SS

Pangkat tersebut mula-mula diwujudkan selepas pembesaran SS dan ditugaskan kepada pegawai yang memerintah SS-Brigaden. Pada tahun 1933, SS-Brigaden telah ditukar nama kepada SS-Abschnitte; namun, pangkat Brigadeführer kekal sama.

Pada asalnya, Brigadeführer telah dianggap pangkat kedua pegawai jeneral SS dan berkedudukan antara Oberführer dan Gruppenführer.[3] Perubahan ini seiring dengan kebangkitan Waffen-SS dan Ordnungspolizei. Di kedua-dua organisasi itu, Brigadeführer adalah setaraf dengan Generalmajor dan berada diatas Oberst dalam Wehrmacht atau polis Jerman. Pangkat Generalmajor ialah setaraf dengan Brigedier Jeneral, jeneral satu bintang dalam Tentera Darat AS.[4]

Insignia bagi Brigadeführer pada mulanya ialah dua daun oak dan satu paku perak, namun berubah pada April 1942 kepada rekaan tiga daun oak selepas pengzahiran pangkat SS-Oberst-Gruppenführer.[4]

Brigadeführer dalam Waffen-SS atau polis juga memakai insignia bahu Generalmajor dan telah dirujuk dengan gelaran itu selepas pangkat SS mereka (contoh SS-Brigadeführer und Generalmajor der Waffen-SS und Polizei).[5]

Pangkat Junior
Oberführer
Pangkat SS dan pangkat SA
Brigadeführer
Pangkat Senior
Gruppenführer

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ McNab 2009, m/s. 29, 30.
  2. ^ McNab (II) 2009, m/s. 15.
  3. ^ McNab 2009, m/s. 29.
  4. ^ a b Flaherty 2004, m/s. 148.
  5. ^ Stein 1984, m/s. 297, 298 chart, 300 chart.

Bibliografi sunting

  • Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1 84447 073 3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab (II), Chris (2009). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stein, George (1984) [1966]. The Waffen-SS: Hitler's Elite Guard at War 1939–1945. Cornell University Press. ISBN 0-8014-9275-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yerger, Mark C. (1997). Allgemeine-SS: The Commands, Units and Leaders of the General SS. Schiffer Publishing Ltd. ISBN 0-7643-0145-4.CS1 maint: ref=harv (link)