Beronok

(Dilencongkan dari Bronok)

Beronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides[1], ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat

Bronok Langkawi.

Brunok atau nama saintifiknya adalah Mopladia Sp. merupakan sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan perairan pantai yang berselut sejuk.

Brunok dimakan mentah iaitu dijadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah.

Warna Brunok adalah coklat kehitaman (tua) atau merah jambu (muda) dan ciri-ciri fizikalnya kenyal dan elastic seakan-akan isi kelapa dan rasanya masin air laut. Brunok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cecair. Apabila dicairkan, Brunok akan meninggalkan cecair seperti air laut yang keruh berselut dan meninggalkan sedikit kesan bahagian badan yang tidak dapat dilarutkan oleh haba panas. Dalam keadaan cecair panas, terdapat pembentukkan jeli. Jika dibiar lama atau cecair menjadi sejuk, jeli yang terdapat akan hilang dan terlarut di dalam cecair air masin yang menyebabkan bau hanyir dan rasanya masin air laut. Cara mencari Brunok agak mengelikan, tetapi ketahuilah bahawa ia merupakan makanan berkhasiat seperti gamat. Ianya boleh digunakan sebagai ubat luka ringan, sakit sendi, asma, radang paru-paru, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Brunok juga sangat bagus untuk manfaat kesihatan kaum lelaki.

Kandungan Khasiat Brunok:

Selain daripada menjadi bahan asas bagi makanan, brunok memiliki nilai nutrisi yang tinggi dan sesuai sebagai bahan untuk makanan sejukbeku seperti penghasilan daging burger brunok. Ini adalah kerana brunok memiliki nilai protein yang tinggi dan rendah kandungan lemaknya. Protein pada brunok terdiri daripada 80% kolagen, mudah dicerna oleh enzim pepsin dan tidak mengganggu system pencernaan.



           Amino Asid:

Asid amino membekalkan nutrient bagi membina protein. Dalam molekul protein, asid-asid amino saling berikatan membentuk suatu ikatan peptida (-CONH-). Asid amino mempunyai 20 jenis yang terdiri daripada dua kategori, iaitu asid amino penting dan tidak penting. Asid amino penting adalah asid amino yang tidak dapat disintesis oleh tubuh manusia dan harus mendapat bekalan daripada bahan makanan seharian. Manakala asid amino tidak penting merupakan asid amino yang boleh disentisis oleh tubuh selagi bahan asasnya memenuhi keperluan bagi pertumbuhannya. Brunok kaya dengan asid amino, sama ada penting dan tidak penting. Di dalam tubuh, asid amino atau protein berfungsi sebagai zat pembangun, iaitu menyediakan bahan-bahan yang sangat berperanan dalam proses pertumbuhan dan pemeliharaan system tubuh badan. Otot, tulang, gigi, rambut, otak, jantung, sel darah, enzim, hormone, antibodi dan jaringan tubuh badan lainnya mengandungi protein. Selain daripada itu, protein berfungsi sebagai pengatur semua proses yang berlaku di dalam tubuh dan sebagai sumber tenaga jika karbohidrat dan lemak tidak dapat memenuhi keperluan tubuh.

           Mineral:

Mineral termasuk dalam golongan nutrien makro di dalam sistem tubuh. Brunok mengandungi mineral yang lengkap, antaranya ialah kalsium, natrium, fosfor, kromium, manganese, ferum, kobalt, zink dan vanadium. Mineral makro adalah mineral yang diperlukan dalam kuantiti lebih daripada 100 mg sehari. Jenis mineral bersebut adalah natrium, kalsium, kalium, klorida, fosfor, magnesium dan sulfur. Mineral mikro adalah mineral yang diperlukan tubuh dalam kuantiti kurang daripada 100 mg sehari. Jenis mineral bersebut adalah ferum, zink, iodine, selenium, vanadium, kromium, kuprum dan manganese.

           Mukopolisakarida:

Kandungan mukopolisakarida dalam brunok mencapai 10-16%.Mukopolisakarida atau glikosaminoglikan berperanan dalam pembentukan sifat kekenyalan pada tubuh brunok. Pada manusia, mukopolisakarida merupakan bahan pembentuk tulang rawan dan berperanan penting bagi mencegah terjadinya gangguan pada sendi.

           Kondroitin Sulfat dan Glukosamin:

Brunok digunakan sebagai sumber kondroitin sulfat. Produk kondroitin yang berada dipasaran bersumberkan tulang rawan atau sirip ikan yu. Kondroitin sulfat yang berasal daripada brunok pula berfungsi untuk mengurangkan rasa sendi akibat radang sendi. Brunok juga berpotensi untuk digunakan sebagai bahan untuk rawatan arthritis. Selain daripada itu, kondroitin juga berfungsi mengurangkan kesan serangan virus, contohnya di Australia. Saintis di Negara Jepun telah mempatenkan penggunaan kondroitin sulfat dalam brunok untuk terapi HIV.

           Omega 3:

Brunok juga mempunyai kandungan DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentonic acid), di mana keduanya termasuk dalam kategori asid lemak omega-3. Asid lemak ini sangat berkesan sebagai bahan anti-penuaan. Omega-3 boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL dan VLDL) di dalam tubuh dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, ia berfungsi mencegah terjadinya pengumpalan darah, sama ada di arteri ataupun vena dan ini dapat mengurangkan risiko terjadinya penyakit ganguan kardiovaskular.

           Bahan Aktif:

i) Saponin Glikosida: Brunok telah menemui elemen saponin glikosida, menyerupai struktur bahan aktif kimia dalam ginseng, ganoderma dan lain-lain tumbuhan herba. Elemen inii sesuai untuk dijadikan bahan anti barah dan anti inflamasi.

ii) Enzim Super Oxide Dismutase (SOD): Brunok mengandungi bahan yang bersifat anti-oksidan yang mengawal radikal bebas. Ianya ialah enzim SOD. Keupayaan bahan anti-oksidan ini bergantung kepada jenis brunok.

iii) Cell Growth Factor (CGF): Penemuan unsur CGF pada Brunok telah memperkenalkan bahan ini yang bertangungjawab untuk merangsang proses regenerasi atau penjagaan pertumbuhan sel. Selain itu, CGF berperanan penting dalam mempercepatkan penyembuhan luka.

Perihal lain sunting

Bronok juga merupakan nama sejenis kuih di Malaysia.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting