Brownies

Brownies ialah filem komedi romantik Indonesia 2004 arahan Hanung Bramantyo. Ia mengisahkan seorang wanita berkerjaya yang jatuh cinta dengan seorang usahawan kerana cinta mereka terhadap brownie.

Brownies
PengarahHanung Bramantyo
PenerbitCindy Christina
Novi Christina
Mitzy Christina
Leo Sutanto
PenulisHanung Bramantyo
Salman Aristo
Eric Sasono
Dibintangi olehMarcella Zalianty
Bucek Depp
Philip Jusuf
Arie K. Untung
Luna Maya
Muzik olehGigi
SinematografiTommy Jepang
Disunting olehCesa David Luckmansyah
PengedarSinemArt
Mula ditayangkan
9 Disember 2004 (2004-12-09)
Tempoh tayangan
114 minit
NegaraIndonesia
BahasaBahasa Indonesia

PelakonSunting

  • Marcella Zalianty sebagai Mel
  • Phillip Jusuf sebagai Joe
  • Elmayana Sabrena sebagai Didie
  • Bucek Depp sebagai Are
  • Luna Maya sebagai Astrid

PenerbitanSunting

Untuk Brownies, pengarah Hanung Bramantyo menggunakan video definisi tinggi; menurut Bramantyo, ia merupakan filem Indonesia pertama yang menggunakan teknologi itu.[1][2] Bramantyo sebelum ini telah mengarahkan beberapa siri televisyen dan filem, namun Brownies ialah filem pertamanya yang disasarkan menjadi komersial.[3] Tajuknya dipilih kerana Bramantyo menggemari brownies.[4]

Pengkritik filem dan penulis skrip Salman Aristo, yang menunjukkan salah satu skripnya kepada Bramantyo di sebuah seminar, telah diminta untuk menulis lakon layar. Untuk berbuat demikian, Aristo melakukan kajian intensif mengenai penghasilan brownies. Ia buat pertama kalinya salah satu skrip tulisannya telah digunakan dalam sebuah filem.[5]

Marcella telah dipilih oleh SinemArt, sementara Bucek dipilih melalui ujibakat.[1] Kumpulan Gigi menyumbangkan runut bunyi.[2]

Kedai buku Jose Rizal Manua, berdekatan Taman Ismail Marzuki, dijadikan sebagai kafe Are. Pasukan penerbitan membelanjakan sebanyak Rp. 20 juta untuk mengubahsuainya.[1]

Keluaran dan sambutanSunting

Brownies dikeluarkan pada Disember 2004.[4]

Satu ulasan dalam Republika menulis bahawa cerita itu tiada apa yang istimewa dan barisan pelakonnya tidak semua yang memberikan persembahan terbaik. Bagaimanapun, ulasannya memuji runut bunyi filem itu.[2] Leila S. Chudori, mengulas untuk majalah Tempo, menulis bahawa plotnya kuat dan lakonan yang umumnya menakjubkan, namun tidak tertarik dengan dialog panjang filem itu, menulis bahawa beliau "berdoa agar penulis skrip mula belajar teknik untuk menyunting dialog supaya penonton menarik nafas lega."[a][4]

Di Festival Film Indonesia, Bramantyo memenangi Anugerah Citra untuk Pengarah Terbaik untuk Brownies. Beliau kemudian menerbitkan filem-filem yang meraih kejayaan komersial seperti Get Married (2006) dan Ayat-Ayat Cinta, yang mana kedua-duanya menjadi filem yang paling ditonton oleh lebih dari sejuta penonton.[3]

AnugerahSunting

Brownies telah menerima sebelas Anugerah Citra di Festival Filem Indonesia 2005, memenangi tiga.[6]

Anugerah Tahun Kategori Penerima Keputusan
Festival Film Indonesia 2005 Filem Terbaik Tercalon
Pengarah Terbaik Hanung Bramantyo Menang
Lakonlayar Terbaik Hanung Bramantyo, Salman Aristo, Eric Sasono Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Bucek Depp, Arie K Untung Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Marcella Zalianty Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Elmayana Sabrenia Tercalon
Sinematografi Terbaik Tommy Jepang Tercalon
Tatarias Terbaik Eros Eflin Tercalon
Suntingan Terbaik Cesa David Luckmansyah Tercalon
Penata Muzik Terbaik Dewa Budjana Tercalon
Gubahan Bunyi Terbaik Siti Asifa Nasution Menang

CatatanSunting

  1. ^ Asal: "... saya berdoa agar para penulis skenario mulai belajar teknik menyunting dialog yang bikin penonton menghela napas."

RujukanSunting

Nota kaki
Bibliografi
  • "Brownies: Biarkan Rasa yang Memilih". Republika (dalam bahasa Indonesia). 5 December 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2005. Dicapai pada 13 May 2012.
  • "Brownies: Simbol Cinta Yang Tak Semudah Membuatnya". Tabloid Nova (dalam bahasa Indonesia). 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2012. Dicapai pada 13 Mei 2012.
  • Chudori, Leila S. (20 Disember 2004). "Sepotong Brownies bagi Remah-Remah Hati". Tempo (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2012. Dicapai pada 13 May 2012.
  • Ismono, Henry (22 Julai 2009). "Salman Aristo, "Rajanya" Skenario Andal" [Salman Aristo, "King" of Quality Screenplays]. Tabloid Nova. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2012. Dicapai pada 27 April 2012.
  • Mariani, Evi (23 Mac 2008). "Hanung Bramantyo: Hitting the right marks". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2011. Dicapai pada 28 November 2011.
  • "Penghargaan Brownies". filmindonesia.or.id (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2012. Dicapai pada 13 May 2012.

Pautan luarSunting