Browning M2 ataupun Browning .50 Calibre merupakan sebuah mesingan berat yang digunakan sejak akhir Perang Dunia II dan masih digunakan sehingga hari ini. Mesingan ini dipanggil Ma Duece ataupun 50 cal sahaja oleh tentera A.S.

Browning M2
Browning M2HB
JenisMesingan berat
Tempat asal Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1921
M2HB sejak 1933–kini
Digunakan olehAmerika Syarikat, dan negara-negara lain
Sejarah pengeluaran
Direka1918[1]
Dihasilkan1933–kini (model M2HB)
Spesifikasi
Berat38 kg (84 lb), 58 kg (128 lb) dengan kaki tiga
Panjang1650 mm (65 in)
Panjang laras1143 mm (45 in)

Kartrij.50 BMG
Kadar tembakan450–600 butir/min (M2HB)
750–850 butir/min (AN/M2)
1,200 butir/min (AN/M3)
Halaju muncung2,910 kaki per saat (M33 Ball) (887.1 m/s)
Sistem suapanSuapan rantai (lingkaran M2 atau M9)

Sejarah sunting

Mesingan ini adalah rekaan John Browning dan direka selepas tamat Perang Dunia I. Nama penuh mesingan ini adakah Browning Machine Gun, Heavy Barrel, Cal. .50, M2, HB, Flexible. Mesingan M2 digunakan sebagai mesingan berat yang digunakan sebagai senjata yang dipasang di atas kenderaan dan juga pada pesawat tentera seperti pesawat pengebom dan pesawat pejuang. M2 masih menjadi mesingan berat utama dalam pasukan tentera NATO dan banyak negara lain. Versi yang lebih kecil menggunakan peluru kaliber 7.62mm dan dikenakan sebagai mesingan M1919 Browning .30-06 Springfield

Walaupun pada asalnya direka sebagai mesingan untuk kegunaan kapal terbang, M2 digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat sebagai senjata anti kapal terbang dan anti armor. Dalam tahun 1932, penyesuaian dibuat dengan menggunakan laras yang lebih berat dan mempunyai kawasan permukaan yang lebih luas, membolehkan penyejukan udara yang lebih efisien.

Reka Bentuk sunting

Mesingan M2 menggunakan peluru .50 BMG yang mempunyai kualiti balistik yang terbaik. Mesingan M2 menggunakan papan peluru untuk menyalurkan peluru dengan kadar tembakan 550 tembakan seminit. Walau bagaimana dalam kegunaan sebenar, kadar tembakan lebih rendah digunakan untuk menghindarkan kepanasan laras mesingan.

Mesingan M2 mempunyai jarak tembakan maksimum sejauh 7,000 meter tetapi paling berkesan pada jarak 2,000 meter dan digunakan dengan pelantar stabil seperti tripod ataupun engsel pendakap (pintle) di kenderaan. Walaupun berat, mesingan M2 boleh dibuka menjadi 2 bahagian – mesingan dengan berat 38 kg dan kaki tiga M3 dengan berat 20 kg.

Kegunaan tempur sunting

 
Meriam berkembar Browning M2 versi kegunaan tentera laut.

Mesingan M2 .50 Browning boleh digunakan sebagai

  • Senjata berat pasukan infantri.
  • Senjata anti kapal terbang (biasanya dalam konfigurasi berkembar).
  • Senjata utama ataupun sekunder di atas kenderaan berperisai.
  • Senjata utama ataupun sekunder di atas kenderaan bot peronda kecil.
  • Mesingan sokongan di atas kereta kebal.
  • Senjata utama kapal terbang. Mesingan M2 menjadi senjata utama kapal terbang seperti North American P-51 Mustang dan North American F-86 Sabre.

Kelainan M2 sunting

Mesingan M2 penyejukan udara dengan laras berat dibuat dalam 3 varian

  • Model asas kegunaan infantri adalah Browning Machine Gun, Cal. .50, M2, HB, Flexible
  • Model yang dipasangkan tetap untuk kegunaan asal di atas kereta kebal M6 diberikan penamaan Browning Machine Gun, Cal. .50, M2, HB, Fixed,
  • Jenis turet Browning Machine Gun, Cal. .50, M2, HB, Turret untuk kegunaan di dalam turet kereta kebal.

AN/M2, M3, M296 dan GAU-10/A sunting

 
Mesingan .50 GAU-21/A yang dipasang pada helikopter UH-1N Kor Marin Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003.

Mesingan M2 banyak digunakan sebagai mesingan dipasang tetap dan ditembak menggunakan kawalan jauh dengan penamaan Browning Machine Gun, Aircraft, Cal. .50, M2. mesingan M2 juga dipasangkan sebagai senjata pertahanan atas kapal terbang pengebom seperti Boeing B-17 Superfortress dan Consolidated B-24 Liberator sama ada dipasangkan dalam turet ataupun di engsel pendakap. Model XM296/M296 adalah model M2 yang diperbaiki untuk kegunaan oleh helikopter OH-58 Kiowa Warrior. M213, M218, GAU-15/A, GAU-16/A, and GAU-18/A

Model M213 adalah varian 50 calibre AN/M2s yang dimodenkan untuk kegunaan sebagai mesingan yang dipasangkan pada engsel pendakap kegunaan guner pintu dalam helikopter. Model GAU-16/A adalah model GAU-15/A dengan pemegang dan pembidik yang diubah suai. Model GAU-18/A adalah varian ringan untuk kegunaan oleh helikopter MH-53J Pavelow II dan HH-60 Pave Hawk Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat ini tidak menggunakan laras berat.

M2 E50 sunting

Model M2 E50 adalah model M2 yang ditingkatkan dan menggunakan laras yang boleh ditukarkan cepat (Quick Change Barrel (QCB))

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting