Bruce Aylward ialah seorang pakar perubatan dan ahli epidemiologi Kanada. Sejak September 2017, Aylward telah menjadi Penasihat Kanan kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia . Beliau merupakan sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam pelaksanaan Kemudahan COVAX WHO. Dia mempunyai pengalaman dalam bidang pembasmian polio, virus Zika, dan Ebola . [1]

Bruce Aylward
Kelahiran
St. John's, Newfoundland and Labrador, Canada
WarganegaraCanadian
Pusat pendidikan
  • London School of Hygiene & Tropical Medicine
  • Memorial University of Newfoundland
  • Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health
Kerjaya saintifik
BidangEpidemiology
InstitusiWorld Health Organization

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Bruce Aylward berasal dari daerah St. Johns, Newfoundland, Kanada . [2]

Beliau menerima ijazah kedoktoran daripada Memorial University of Newfoundland . Beliau mempunyai kelulusan dalam perubatan tropika dari London School of Hygiene and Tropical Medicine . Bruce Aylward menerima Ijazah Sarjana Perubatan Awam daripada Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg [2] [3]

Kerjaya sunting

Pada tahun 1992, Bruce menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan berkhidmat selama lapan tahun dalam bidang imunisasi, kawalan penyakit berjangkit dan pembasmian polio di Timur Tengah, Barat Pasifik, Eropah, Afrika Utara dan Asia Tengah dan Asia Tenggara. [4] [5]

Beliau telah mengetuai perkongsian Inisiatif Pembasmian Polio Global dari tahun 1998 hingga 2004, di sana beliau menyelia penempatan untuk lebih daripada 6000 kakitangan lapangan, membangunkan alat dan vaksin baharu serta mengurangkan bilangan negara-negara endemik polio kepada dua buah negara.

Bruce Aylward menjadi terkenal setelah memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengarah Kluster Polio dan Kecemasan WHO. [6]

Beliau pernah dilantik sebagai "Wakil Khas Ketua Pengarah untuk Respons Ebola ". [7] [8] [9] Beliau telah berceramah secara meluas mengenai subjek itu, contohnya di TEDx, di mana salah satu ucapannya telah mendapat lebih 1,000,000 tontonan setakat tahun 2020. [6]

Bruce Aylward mengetuai pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia semasa wabak COVID-19 melanda China. Beliau berpendapat bahawa kunci kepada pengurangan penularan penyakit itu ialah "pengasingan, pengesanan kenalan dan ujian". [10] Beliau dilantik sebagai ketua bersama Misi Bersama WHO-China memerangi COVID-19, [11] [12]

Beliau juga berkhidmat sebagai salah seorang Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). [4]

Kontroversi wawancara COVID-19 sunting

Pada 28 Mac 2020, semasa pandemik COVID-19, Bruce Aylward telah ditemu bual dalam rancangan The Pulse, iaitu sebuah program hal ehwal semasa daripada Radio Television Hong Kong (RTHK). [13] Wartawan Yvonne Tong ketika itu telah bertanya tentang status Taiwan dalam WHO dan sama ada WHO akan mempertimbangkan semula keahlian Taiwan selepas Taiwan menuduh China menafikan penyertaannya. [14] Bruce Aylward kelihatan mengelak soalan itu, kemudian apabila ditanya sama ada beliau masih berada di talian, beliau mendakwa bahawa tidak mendengar soalan itu dan menyalahkan isu sambungan internet. [15] Tong menawarkan untuk mengulangi soalan itu, tetapi telah diganggu oleh Bruce yang mencadangkan dia meneruskan. Tong mengulangi soalan itu, pada ketika itu Bruce kemudiannya telah menamatkan panggilan. [16] Apabila dihubungi semula, Bruce diminta untuk "mengulas sedikit tentang prestasi Taiwan setakat ini," dan dia menjawab, "Kita telah pun bercakap tentang China". [16] [17] Dia kemudiannya secara formal menamatkan wawancara tersebut. [16]

Respon WHO sunting

Biografi bahasa Inggeris Bruce telah dihapuskan daripada halaman web kepimpinan WHO beberapa hari selepas wawancara. [18] Bagaimanapun, jurucakap WHO menjelaskan bahawa ia telah pindahkan selepas permintaan daripada kakitangan Bruce pada 27 Mac untuk mengarkibkannya. [18] Menteri Luar Taiwan Joseph Wu mengulas mengenai wawancara itu dalam tweet, mengatakan bahawa WHO "harus mengetepikan politik dalam menangani pandemik" dan menunjuk kepada liputan positif mengenai tindak balas Taiwan terhadap wabak itu di media global, dengan mengatakan bahawa laporan itu "jangan tersilap anggap kami sebagai sebahagian daripada China." [18] Jurucakap WHO kemudiannya memberitahu CNN bahawa "sesetengah orang terkeliru dengan mandat WHO dalam teknikal kesihatan awam global, dengan mandat negara untuk menentukan keahlian WHO", sambil menambah bahawa mereka telah melakukan "interaksi biasa" dengan Taiwan semasa wabak itu dan "mengambil pengajaran dari semua kawasan, termasuk pihak berkuasa kesihatan Taiwan." [15]

Respon Kerajaan Hong Kong dan RTHK sunting

Selepas wawancara tersebut, pada 2 April, Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong Edward Yau telah mengkritik RTHK atas apa yang disebutnya "[pelanggaran] Prinsip Satu China dan tujuan serta misi RTHK sebagai penyiar perkhidmatan awam, seperti yang dinyatakan. dalam Piagam [RTHK]." [19] RTHK bertindak balas dengan menyemak kembali program itu dan mendapati tiada pelanggaran pada piagamnya. [20] Seorang ahli panel penasihat RTHK melabelkan tuduhan itu sebagai "karut", sambil menambah bahawa dia tidak faham mengapa apabila wartawan bertanya sesuatu yang berkaitan dengan kesihatan, mereka perlu ingat bahawa ada ' Satu Negara, Dua Sistem ' ... selaras dengan kerajaan atau China". [19]

Tuduhan pengaruh kerajaan China sunting

Penulis Amerika Gordon G. Chang telah menyifatkan wawancara Bruce Aylward sebagai lambang pengaruh China ke atas organisasi antarabangsa. [21] Pada 2 April, The Globe and Mail menyebut wawancara Bruce Aylward sebagai contoh "menghormati" kepimpinan kanan WHO terhadap China, dengan menyatakan bahawa sumbangan kewangan China kepada WHO adalah sangat kecil berbanding dengan Amerika Syarikat. Pada Februari 2020, Bruce Aylward yang dituduh berada di bawah pengaruh negara China telah mengetuai delegasi WHO ke Wuhan berhubung krisis koronavirus. [22]

Panggilan oleh Jawatankuasa Parlimen sunting

Pada April 2020, semasa pandemik COVID-19, jawatankuasa kesihatan Parlimen Kanada mengundi sebulat suara untuk memanggil Bruce Aylward di Ottawa.Panggilan adalah itu berikutan dua penolakan jemputan ke telesidang; Ketua Pengarah Tedros Adhanom meminta peguam untuk mewakili WHO untuk menolak panggilan tersebut, dan sebaliknya menawarkan Bruce Aylward untuk menjawab soalan secara bertulis sahaja pada masa itu. Pengkritik kesihatan konservatif Matt Jeneroux menyatakan bahawa "kerajaan Kanada telah berulang kali menggunakan WHO sebagai sumber panduan yang memaklumkan keputusan yang dibuat untuk melindungi Kanada dan masuk akal bahawa seorang rakyat Kanada yang bekerja dalam jawatan utama WHO harus menjelaskan perkara yang menerangkan pemikiran organisasi itu. "; Pengkritik kesihatan NDP Don Davies mendesak "akauntabiliti dan ketelusan" daripada WHO. [23]

Rujukan sunting

  1. ^ Kupferschmidt, Kai (2020). "China's aggressive measures have slowed the coronavirus. They may not work in other countries". Science. doi:10.1126/science.abb5426.
  2. ^ a b "A Newfoundlander is leading the global fight against COVID-19, and wants you to know the facts". CBC News. 10 March 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "2020-CBC-Newfoundlander" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Stewart, Laveta (27 September 2013). "Vaccine Day Info". Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ a b "WHO | Bruce Aylward". August 24, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 August 2019. Dicapai pada 22 December 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "whoofficial" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ "Polio will soon be history". The Bulletin (dalam bahasa Inggeris). WHO. 85. July 2007.
  6. ^ a b "Humanity vs. Ebola. How we could win a terrifying war". TEDx. Dicapai pada 30 March 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "tedxeb" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ "Ebola: Then and Now – Bruce Aylward". WHO. Dicapai pada 31 March 2020.
  8. ^ "Ebola Slowing in Liberia, W.H.O. Says, but International Support Is Still Necessary". New York Times. 30 October 2014.
  9. ^ "What the Failures of the Last Ebola Outbreak Can Teach Us About the Future". Public Broadcasting System. 13 August 2019.
  10. ^ "WHO: Don't expect travel bans, 'Mother Nature' to beat virus". KSTP (dalam bahasa Inggeris). 12 March 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
  11. ^ "Report of the WHO-China Joint Mission on Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)" (PDF). Dicapai pada 13 March 2020.
  12. ^ Jr, Donald G. McNeil (4 March 2020). "Inside China's All-Out War on the Coronavirus". The New York Times. Dicapai pada 17 March 2020.
  13. ^ "The Pulse: Coronavirus situations in New York city, London and Lombardy, Italy & interview with WHO Bruce Aylward" (MPEG4). RTHK. Interview by Yvonne Tong. 2020-03-28. 16:35 to 20:59. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-28. Dicapai pada 2020-03-29.CS1 maint: others (link) Alt URL
  14. ^ Tan, Huileng (2020-02-06). "Taipei lashes out at China for blocking Taiwan's access to the World Health Organization". CNBC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-07. Dicapai pada 2020-03-29. Taiwan's Foreign Ministry spokeswoman Joanne Ou said China was 'vile' and 'evil' for blocking Taipei's access to the World Health Organization (WHO) amid the new coronavirus outbreak.
  15. ^ a b Griffiths, James (April 5, 2020). "Taiwan's coronavirus response is among the best globally". CNN. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  16. ^ a b c Grundy, Tom. "Video: Top WHO doctor Bruce Aylward pretends not to hear journalist's Taiwan questions, ends video call". www.hongkongfp.com. Hong Kong Free Press. Dicapai pada 28 March 2020.
  17. ^ "港台電視 31 The Pulse – Coronavirus situations in New York city, London and Lombardy, Italy & interview with WHO Bruce Aylward". www.rthk.hk (dalam bahasa Cina).
  18. ^ a b c Davidson, Helen (March 30, 2020). "Senior WHO adviser appears to dodge question on Taiwan's Covid-19 response". The Guardian.
  19. ^ a b Davidson, Helen (2020-04-03). "Hong Kong official reprimands TV station over WHO interview that mentioned Taiwan". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-04-06.
  20. ^ hermesauto (2020-04-03). "Hong Kong criticises broadcaster RTHK for asking WHO about Taiwan". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-06.
  21. ^ Wulfsohn, Joseph (March 28, 2020). "WHO accused of 'carrying China's water' after official refuses to acknowledge Taiwan during bizarre interview". Fox News. Gordon G. Chang. Aylward's behavior reminds us that either we remove #China's pernicious influence in multilateral institutions like the #WorldHealthOrganization or the world's free states defund them and start over.
  22. ^ VanderKlippe, Nathan (2 April 2020). "WHO's early coronavirus response raises awkward questions about Beijing relationship". The Globe and Mail.
  23. ^ "MPs vote to summon key WHO adviser after global body refuses to let him testify". The Globe and Mail Inc. 30 April 2020.