Bruce Frederick Joseph Springsteen [brus spring-stin] (lahir 23 September 1949) adalah seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik Amerika Syarikat, beliau turut mengetuai suatu kugiran muzik rock sendiri bernama E Street Band. Beliau mengkhusus dalam genre rock dan folk mengkaryakan lagu berlirik cerminan pengalaman dan perjuangan dihadapi kelas pekerja digolongi beliau.

Bruce Springsteen
Bruce Springsteen - Roskilde Festival 2012.jpg
Bruce di Festival Roskilde tahun 2012
Kelahiran (1949-09-23) 23 September 1949 (umur 70)
Long Branch, , New Jersey,
Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Singer
  • songwriter
  • musician
Pasangan
Anak3 org termasuk Jessica
SaudaraPamela (adik)
Laman webbrucespringsteen.net
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Tahun aktif1964–kini
Syarikat rakaman
Columbia
Pengkarya berkait

Beliau merupakan antara artis terlaris dunia dengan lebih daripada 135 juta rekod terjual di seluruh dunia dan lebih daripada 64 juta rekod terjual dalam Amerika Syarikat. Beliau telah menerima seberapa anugerah atas pengkaryaannya termasuk 20 Anugerah Grammy, dua Golden Globes, 1 Anugerah Akademi, dan 2 Anugerah Tony. Beliau sendiri telah dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Barack Obama pada tahun 2016.

Awal hidupSunting

Bruce Frederick Joseph Springsteen dilahirkan di Pusat Perubatan Monmouth di Long Branch, New Jersey pada 23 September 1949. [1] Beliau anak sulung daripada tiga adik-beradik yang semuanya dibesarkan di South Street, Freehold, New Jersey. Bapanya Douglas Frederick "Dutch" Springsteen (1924-1998) pernah bekerja sebagai pemandu bas namun kemudiannya mengalami masalah kesihatan mental yang memburuk,[2] maka ibunya Adele Ann (née Zerilli) sendiri menjadi pencari nafkah utama dalam keluarga sebagai setiausaha undang-undang di kejiranan Bay Ridge, Brooklyn.[3] Keluarga sebelah bapanya keturunan penduduk jajahan Belanda Baru tahun 1600-an,[4][sumber lebih baik diperlukan] datuk sebelah ibunya anak jati Vico Equense[5] yang berhijrah ke Amerika Syarikat semasa dewasanya lalu memulakan kehidupan baru sebagai seorang peguam berjaya.[6]

Beliau dibesarkan dalam masyarakat anutan Katolik. Beliau merasa tidak senang dengan persekitaran pendidikannya di St. Rose of Lima Catholic Freehold sehingga seringkali berperwatakan memberontak, namun ia tetap mempengaruhi gaya muziknya yang adakala meiru gita-gita puja Katolik Ireland. [7] Springsteen sering mengikuti persembahan Frank Sinatra di radio. Bahkan, beliau mula berminat menjadi seorang pemuzik setelah menyaksikan persembahan langsung Elvis Presley di The Ed Sullivan Show pada tahun 1956 dan 1957.

Beliau melanjutkan pengajian tingginya di Kolej Ocean County namun berhenti beberapa lama kemudian. [7] Beliau pernah dikerahkan Tentera Darat Amerika Syarikat semasa meletusnya Perang Vietnam ketika berusia 19 tahun, namun beliau dilepaskan kerana gagalnya dalam ujian fizikal lagi-lagi dengan keadaannya yang mengalami konkusi dua tahun dahulu sehingga menjejaskan perwatakannya.

Kerjaya muzikSunting

Beliau menceburi bidang muzik setelah mendapat ilham daripada penampilan Beatles di Ed Sullivan Show tahun 1964,[8] beliau memulakan kugiran sendiri bernama The Rogues yang membuat persembahan di lokasi-lokasi tempatan. [9]

DiskografiSunting

  • Greetings from Asbury Park, N.J. (1973)
  • The Wild, the Innocent & the E Street Shuffle (1973)
  • Born to Run (1975)
  • Darkness on the Edge of Town (1978)
  • The River (1980)
  • Nebraska (1982)
  • Born in the U.S.A. (1984)
  • Live 1975–85 (1986)
  • Tunnel of Love (1987)
  • Human Touch (1992)
  • Lucky Town (1992)
  • The Ghost of Tom Joad (1995)
  • The Rising (2002)
  • Devils & Dust (2005)
  • We Shall Overcome: The Seeger Sessions (2006)
  • Magic (2007)
  • Working on a Dream (2009)
  • Wrecking Ball (2012)
  • High Hopes (2014)
  • Western Stars (2019)

RujukanSunting

  1. ^ Cross, Charles R. (1992). Backstreets: Springsteen – the man and his music. Harmony Books. m/s. 40. ISBN 0-517-58929-X.
  2. ^ Andy Green, Bruce Springsteen’s Enthralling New Memoir: 10 Things We Learned, Rolling Stone, September 27, 2016
  3. ^ https://youtube.com/JujARMOYFHI
  4. ^ "Dutch Docu Channel". www.facebook.com.
  5. ^ King, Carol (June 5, 2013). "Bruce Springsteen Falls In Love With Chocolate Guitar From Sicily". ITALY Magazine. Dicapai pada January 11, 2019.
  6. ^ Bruce Springsteen accepts Ellis Island award with mother and aunts. Video. Published July 16, 2014. Accessed May 1, 2019.
  7. ^ a b Glory Days: Bruce Springsteen in the 1980s. Dave Marsh, 1987, pg. 88–89.
  8. ^ Springsteen: Saint In The City: 1949–1974 by Craig Statham. Soundcheck Books, 2013, pp12-13. ISBN 978-0957144231.
  9. ^ Carlin, Peter Ames (October 30, 2012). Bruce. Simon and Schuster. m/s. 26. ISBN 9781439191828 – melalui Internet Archive. springsteen rogues elks club freehold.

Pautan luarSunting