DPMM FC

(Dilencongkan dari Brunei DPMM FC)

Kelab Bola Sepak Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM FC) ialah kelab bola sepak yang pernah menyertai Liga Malaysia dan kini bermain di Liga Singapura, bertapak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Kelab ini pernah bermain dalam Liga Perdana Brunei di awal 2000, memenangi liga pada 2002 dan 2004. Kelab ini bersetuju untuk bermain dalam Malaysia dan menyertai Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan luar untuk musim 2005-06. Pasukan ini dinaik taraf ke Liga Super dan mendapat tempat ketiga dan kesepuluh dalam liga tersebut. Kemudian, mereka meninggalkan Malaysia untuk menyertai Liga Singapura untuk musim 2009. Mereka memenangi Piala Liga Singapura tetapi dipaksa keluar dari pertandingan kerana FIFA menggantung Persatuan Bolasepak Brunei kerana kerajaan Brunei masuk campur urusan persatuan bola sepak mereka, menyebabkan semua kelab atau persatuan bola sepak dari Brunei dilarang bertanding atau menyertai mana-mana pertandingan di luar negara. Keputusan permainan kelab ini dalam Liga Singapura digantung.

DPMM FC
Logo DPMM FC.jpg
Nama penuhKelab Bolasepak Duli Pengiran Muda Mahkota
Diasaskan2000
StadiumStadium Nasional Hassanal Bolkiah
Bandar Seri Begawan,Brunei
(Muatan: 30,000)
PengerusiPutera Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah
PengurusBrunei Pengiran Haji Muhd Waslimin Pengiran Haji Abdul Momin
JurulatihCroatia Vjeran Simunić
LigaLiga Malaysia
S. League
2019Ke-1, Juara
tuan rumah
tempat lawan

DPMM FC ini dimiliki oleh oleh Putera Mahkota Brunei, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang pernah bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan itu.

SejarahSunting

DPMM FC bermula sebagai pasukan kolej pada tahun 1994, sebelum secara rasmi menjadi kelab ternama pada 2000. Selapas menjadi dianggkat menjadi kelab ternama, ramai permain ternama dan berbakat besar menyertai kelab ini menjadikan kelan ini bertambah kuat dan mendapat lebih perhatian.

Kelab ini meraikan kemenangan dalm kejuaraan dalaman Brunei pad awal 2000, memenangi Liga Perdana Brunei pada 2002 dan 2004, Piala FA Brunei pada 2004 dan piala Liga Super Brunei pada 2002 dan 2004.

Pada 2005, DPMM FC berhenti bertanding dalam liga tempatan Brunei dan menyertai Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan luar. Pasukan dinaikan ke Liga Super Malaysia, dimana mereka mendapat tempat ketiga untuk musim pertama mereka dalam Liga Super. Pada musim berikutnya,(2007-08) pasukan ini mendapat tempat kesepuluh. Mereka terpaksa Liga Super Malaysia kerana Persatuan Bolasepak Amatur Brunei tidak dapat mendaftarkan diri mereka di Jabatan Pendaftaran untuk menggantikan pasukan DPMM FC sebagai pasukan pelapis kepada Brunei.

Sejak tahun 2004, DPMM FC setiap tahun bertanding untuk Piala Singapura (pertandingan seperti Piala Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Singapura yang turut menjemput beberapa pasukan luar bertanding bersama-sama pasukan kelab yang berada di Singapura).

Selapas meninggalkan Liga Super Malaysia, DPMM FC menyertai Liga Singapura untuk musim 2009, menjadi kelab pertama dalam liga tersebut bermain di lamn sendiri iaitu di luar Singapura. Kelab ini menunjukkan belang mereka dalam liga Singapura dengan memenangi Piala Liga Singapura pada Jun 2009. Mereka mengalahkan Angkatan Tentera Singapura dengan sepakan penalty selapas perlawanan berakhir dengan seri 1-1. Walau bagaimanapun malang tidak berbau bagi pasukan ini. Selapas berjaya mencapai kejayaan, FIFA menggantung Persatuan Bolasepak Brunei akibat campurtangan kerajaan Brunei dalam persatuan bolasepak negara mereka. Akibatnya, segal pasukan bolasepak dari Brunei dilarang bertanding dalam kejuaraan yang dianjurkan di luar negara. Persatuan Bolasepak Singapura telah membuat rayuan agar pasukan DPMM FC dapt menghabiskan perlawanan mereka dalam Liga Singapura tetapi ditolak. Semua keputusan perlawanan mereka dalam Liga Singapura untuk musim 2009 digantung.


KejuaraanSunting

Title Winners Runners-up
Brunei Premier League 2002, 2004 (2x)
Brunei FA Cup 2004 (1x)
Brunei Super Cup 2002, 2004 (2x)
Singapore League Cup 2009 (1x)


PencapainSunting

Pertandingan yang dianjurkan AFCSunting

2002-03: Kelayakan Zon Timur - Pusingan Kedua

Pertandingan yang dianjurkan AFFSunting

2003: Pusingan Pertama
2005: Tempat Ketiga

Liga MalaysiaSunting

  • 3 kali menyertai:
2005-6 – Liga Perdana Kumpulan A: Tempat Ketiga
2006-7 – Liga Super : Tempat Ketiga
2007-8 – Liga Super : Tempat Kesepuluh
2006 – Piala Malaysia : Peringkat Kumpulan

Pertandingan di SingapuraSunting

Liga SingapuraSunting

  • Pertama kali menyertai:
2009: Tidak dapat menghabiskan musim akibat penggantungan oleh FIFA, semua keputusan perlawanan digantung mengikut peraturan Liga Singapura. [1]

Piala SingapuraSunting

  • 5 kali menyertai:
2004: Pusingan pertama [2]
2005: Pusingan pertama [3]
2006: Pusingan pertama [4]
2007: Pusingan pertama [5]
2008: Pusingan pertama [6]
2009: Suku Akhir [7]

Piala Liga SingapuraSunting

  • 1 appearance:
2009: Juara

PemainSunting

Pasukan KiniSunting

No. Posisi Pemain
1   GK Azman Ilham Noor
2   DF Yusof Salleh
3   DF Sairol Sahari
4   FW Safari Wahit
5   DF Rene Komar
6   DF Pg Sallehudin Pg Damit
7   MF Azwan Salleh
9   MF Hardi Bujang
10   FW Hamid Berguiga
11   MF Haji Subhi Abdilah
12   MF Ivan Jerković
No. Posisi Pemain
13   MF Rosmin Kamis
14   MF Ak Muhd Nurhikman Pg Rajid
15   FW Suhaime Yussof
17   FW Abu Bakar Mahari
18   GK Pg Haji Hamzah Abdul Rahman
19   DF Dahari Yussof
20   MF Helmi Zambin
21   MF Abdul Aziz Tamit
22   FW Shahrezan Said
23   FW Haji Rahimni Pundat
24   DF Maududi Hilmi Kasmi
25   GK Wardun Yussof

Bekas Pemain LuarSunting

BerpindahSunting

In
  Mohd Helmi Zambrin from AH United
  Azman Ilham Haji Mohd Noor from NBT FC
  Muhd Abu Bakar Mahari from NBT FC
  Hamid Berguiga from CR Belouizdad
  Oh Ddog-Yi from Super Reds

Out
  Hasnawi Ismail to Sarawak FA
  Abdul Wahab Mansor to released
  Shariman Che Omar to Penang FA
  Suhaimie Haji Mohd Yussof to MS ABDB
  Mohd Helmi Panjang to released
  Fadlin Galawat to released
  Ahmad Hafiz Said to released
  Haji Sariful Rizal Zainal to Wijaya FC
  Rosmin Haji Mohd Khamis to released
  Mardi Anak Bujang to QAF FC
  Pengiran Hamzah Pengiran Haji Abdul Rahman to released
  Oh Ddog-Yi to Balestier Khalsa

RujukanSunting

  1. ^ "DPMM unable to continue 2009 S.League season".
  2. ^ "2004 Singapore Cup".
  3. ^ "2005 Singapore Cup".
  4. ^ "2006 Singapore Cup".
  5. ^ "2007 Singapore Cup".
  6. ^ "2008 Singapore Cup".
  7. ^ "2009 Singapore Cup".

Pautan luarSunting