Bu, Kasih Suci

filem Malaysia

Bu atau Bu, Kasih Suci merupakan filem drama keluarga Malaysia 2019. Filem mengikuti cinta dan pengorbanan tiga ibu: seorang suri rumah, seorang ibu yang anak sudah dewasa, seorang ibu hamil dengan keluarga mereka selepas sebuah kemalangan berlaku. Ia ditayangkan pada 11 April 2019 di Malaysia.[1][2][3]

Bu
Bu, Kasih Suci
PengarahJeany Amir
DibintangiRemy Ishak
Nadiya Nisaa
Dian P. Ramlee
Iedil Putra
Nadia Brian
Rashidi Ishak
Mawar Rashid
Wan Hanafi Su
Ery Zukhairi
Diedarkan olehMM2 Entertainment
Tarikh tayangan
  • 11 April 2019 (2019-04-11) (Malaysia)
Masa tayangan
1 jam 31 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 22 ribu

Sinopsis sunting

Filem ini mengikuti tiga ibu dari latar belakang berbeza: Norimah (Nadia Brian), seorang wanita yang akhirnya hamil walaupun berisiko tinggi setelah bertahun mencuba dan menanti. Suaminya, Hafiz (Remy Ishak) dipecat dari kerja cef tetapi Norimah menyokong impian suaminya untuk menjadi penulis novel.

Sementara itu, Aishah (Nadiya Nisaa), seorang suri rumah berasa hidupnya semakin tidak dihargai kerana suaminya, Norman (Rashidi Ishak) yang bekerja sebagai doktor dan anak perempuan, Julie (Tia Sarah) selalu tiada di rumah. Suaminya lebih fokus kepada kerjaya dan Julie selalu bergaul dengan kawan.

Manakala pula, Diana (Mawar Rashid), seorang wanita bekerja yang bercadang menangguh rancangan kehamilannya untuk menumpu kepada kerjayanya. Walaupun mendapat sokongan suaminya, Zack (Iedil Putra), ibu mentua Kak Mah (Dian P. Ramlee) tidak setuju kerana ingin mendukung cucu lebih awal.

Satu hari, kehidupan ketiga-tiga wanita ini dengan keluarga mereka bertembung dan berubah apabila satu kemalangan jalan raya berlaku. Bolehkah pengorbanan dan cinta seorang ibu menempuh?

Pelakon sunting

Sumber rujukan sunting

  1. ^ "Bu menyedarkan masyarakat bahawa pengorbanan seorang ibu itu tiada tandingan". Remaja. 4 April 2019.
  2. ^ "Anak ketiga tak banyak ragam, Nadiya Nisaa tak perlu 'helper'" (dalam bahasa Malay). xTra. 4 April 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ ""Bu Kasih Suci" tiga cerita dalam sebuah filem". Astro Awani. 20 Mac 2019.

Pautan luar sunting

  • Bu di Cinema.com.my
  • Bu di Popcorn Malaysia