Aprikot

(Dilencongkan dari Buah Aprikot)

Aprikot ialah buah merangkumi beberapa spesies dalam genus Prunus (serumpun dengan persik dan badam)[1] terutamanya Prunus armeniaca.[1][2]

Aprikot
Buah aprikot
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Subgenus:
Spesies:
P. armeniaca
Nama binomial
Prunus armeniaca
Apricot dan keratan rentas buahnya
Gambar buah aprikot yang dikeringkan.

Turki merupakan negara pengeluar utama buah ini sebanyak 4.1 juta tan metrik pada 2019 sebanyak 21% pengeluaran keseluruhan dunia diikuti Uzbekistan, Iran, Itali dan Algeria.[3]

Botani sunting

Pokok aprikot merupakan pokok renek kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 meter; daunnya berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3–4 cm lebar.

Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah persik baik yang berbulu atau licin, dengan warna daripada kuning hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan; permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot bersifat drup kerana biji benih tunggal yang besar dan keras dikelilingi isi yang ranum.

Aprikot, segar
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 201 kJ (48 kcal)
Karbohidrat 11 g
- Gula 9 g
- Serabut diet 2 g
Lemak 0.4 g
Protein 1.4 g
Vitamin A setara 96 μg (12%)
- beta-karotena 1094 μg (10%)
- lutein dan zeaksantin 89 μg
Tiamina (vit. B1) 0.03 mg (3%)
Riboflavin (vit. B2) 0.04 mg (3%)
Niasin (vit. B3) 0.6 mg (4%)
Asid pantotenik (B5) 0.24 mg (5%)
Vitamin B6 0.054 mg (4%)
Folat (vit. B9) 9 μg (2%)
Vitamin C 10 mg (12%)
Vitamin E 0.89 mg (6%)
Vitamin K 3.3 μg (3%)
Kalsium 13 mg (1%)
Besi 0.4 mg (3%)
Magnesium 10 mg (3%)
Mangan 0.077 mg (4%)
Fosforus 23 mg (3%)
Kalium 259 mg (6%)
Natrium 1 mg (0%)
Zink 0.2 mg (2%)
Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database
Aprikot, dikeringkan
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 1,009 kJ (241 kcal)
Karbohidrat 63 g
- Gula 53 g
- Serabut diet 7 g
Lemak 0.5 g
Protein 3.4 g
Vitamin A setara 180 μg (23%)
- beta-karotena 2163 μg (20%)
Tiamina (vit. B1) 0.015 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2) 0.074 mg (6%)
Niasin (vit. B3) 2.589 mg (17%)
Asid pantotenik (B5) 0.516 mg (10%)
Vitamin B6 0.143 mg (11%)
Folat (vit. B9) 10 μg (3%)
Vitamin C 1 mg (1%)
Vitamin E 4.33 mg (29%)
Vitamin K 3.1 μg (3%)
Kalsium 55 mg (6%)
Besi 2.66 mg (20%)
Magnesium 32 mg (9%)
Mangan 0.235 mg (11%)
Fosforus 71 mg (10%)
Kalium 1162 mg (25%)
Natrium 10 mg (1%)
Zink 0.29 mg (3%)
Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Aliran pengeluaran sunting

Berdasarkan pada FAOSTAT, pengeluar utama aprikot (dalam tan metrik) pada tahun 2012 seperti berikut:[4]

 
Pengeluaran aprikot di dunia pada tahun 2012
Kedudukan Negara Pengeluaran
(tan metrik)
1   Turki 795,768
2   Iran 460,000
3   Uzbekistan 365,000
4   Algeria 269,000
5   Itali 247,146
6   Pakistan 192,500
7   Perancis 189,711
8   Maghribi 122,405
9   Sepanyol 119,400
10   Mesir 98,772
 
Pokok aprikot di tengah Cappadocia, Turki

Biji Aprikot sunting

Kajian yang telah dilakukan oleh seorang saintis biokimia, Dr. Ernest T. Krebs mendakwa biji aprikot kaya dengan Vitamin B17. Vitamin B17 ini telah lama digunakan oleh pakar perubatan dalam bidang rawatan kanser.

Kajian mengenai keberkesanan Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh seorang pakar Biokimia yang berdedikasi Dr. Ernest T. Krebs pada tahun 1950. Kajian susulan juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk di mana di dalam pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17 telah dimasukkan ke dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali[5].

Selain itu, penemuan ini turut mendapat perakuan daripada beberapa saintis perubatan yang lain. Antaranya, Dr. Hans Nieper iaitu seorang pakar kanser dari Jerman Barat. Melalui pengalaman beliau selama 20 tahun, beliau mendapati B17 sangat berkesan sebagai langkah pencegahan kanser dan beliau turut mengakui tiada vitamin lain melainkan B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, seorang pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM mengakui biji aprikot mengandungi kandungan Vitamin B17 paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain serta mampu meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya membantu dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik metabolik[6].

Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dan penyimpanan. Ini boleh menyebabkan keracunan terhadap tubuh badan.

Beliau menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot[7] terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza di Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka. Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga 100 tahun[8].

 
Buah aprikot dikeringkan di tanah di Turki.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Apricot in California". Fruit & Nut Research & Information Center. University of California. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  2. ^ "Prunus armeniaca (apricot)". www.cabi.org. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  3. ^ "Production Quantities of Apricots by Country in 2019; Crops/World Regions/Production Quantity from picklists". Food and Agriculture Organization of the United Nations, Statistics Division (FAOSTAT). 2020. Dicapai pada 4 March 2021.
  4. ^ "Production of Apricot by countries". United Nation Food and Agriculture Organization. 2011. Dicapai pada 2013-08-23.
  5. ^ Kajian Vitamin B17 terhadap sel kanser oleh Dr. Dean
  6. ^ "Aprikot Vitamin B17 - Utusan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2015-12-15.
  7. ^ Penawar kanser dari Biji Aprikot
  8. ^ Amalan diet etnik Hunza di Pakistan

Pautan luar sunting