Buah naga Jawi: بواه ناݢ), mata naga (Jawi: مات ناݢ) atau pitaya ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam genus-genus Stenocereus dan Selenicereus keluarga Cactaceae.[1] Spesies-spesies jenis buah ini ditanam secara komersial di Vietnam, Thailand, dan Taiwan,[2] walaupun ia berasal dari Amerika Selatan.

Sebiji buah naga.

Rakyat Thailand menggelar pitaya atau kaew mang kron, honey fruit atau red dragon fruit (Amerika Syarikat) atau paw wong fa kor (China).

Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.

Spesies lain sunting

Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah). Spesies lain yang kurang terkenal ialah Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning

Bunga sunting

 
Keratan rentas buah naga.

Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar, yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal.

Zat makanan sunting

Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Janick, Jules; Paull, Robert E., penyunting (2008). "C". The Encyclopedia of Fruit and Nuts. Cambridge, United Kingdom: CABI International. m/s. 215–216. ISBN 978-0-85199-638-7.
  2. ^ Mahani Amat@Halimi; Mohd. Ghazali Mohd. Satar (2007). Mata Naga. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836297952.

Lihat juga sunting