Buah pelaga (Jawi: بواه ڤلاݢ) atau kapulaga (Jawi: کافولاݢ)[1] merupakan sejenis rempah diperolehi dari lenggai biji dua spesies tumbuhan tertentu iaitu Elettaria cardamomum dan Amomum subulatum; E. cardamomum merupakan jenis pelaga yang paling terkenal bahkan merupakan antara rempah-ratus termahal dijual mengikut berat timbangan.[2]

Buah pelaga

Negara Guatemala merupakan pengeluar terbesar rempah ini sebanyak antara 25,000 dan 29,000 tan metrik setahun sejak diperkenalkan di sana tahun 1924[3][4] disusuli India[4] dengan 15,000 tan metrik setahun.[5]

Kegunaan sunting

Dalam masakan sunting

Buah pelaga merupakan antara empat rempah utama dalam masakan orang Melayu iaitu "rempah empat beradik".[6]

Masyarakat India menggunakan buah pelaga hijau sebagai bahan memperisakan manisan atau teh berempah khas iaitu masala chai, penambahan dalam minuman ini turut diikuti di Timur Tengah yang menambahkan rempah pelaga pada teh dan kopi melalui suatu pengadunan dicampur khas dalam alu khas disebut mihbaj (Arab: مهباج‎).

Dalam manuskrip Petua Memasak bertarikh 1348 Hijriyah atau 1929 Masihi terdapat bahagian khusus menjelaskan mengenai penggunaan rempah ini bersama "kumkuma" dalam masakan Melayu.[1] Buah pelaga boleh menambah aroma semasa menumis.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Muhammad Marwan Mohd Tanos; Zahir Ahmad (2017), "MSS 2926 Petua Memasak: Penelitian Awal Terhadap Ilmu Kulinari Melayu Tradisional" (PDF), Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2017, Kuala Lumpur: Perpustakan Negara Malaysia, m/s. 10[pautan mati kekal]
  2. ^ "Is Cardamom a Spice?". The Spruce Eats. Dicapai pada 2019-01-29.
  3. ^ Shenoy Karun, Kerala cardamom trying to fight off its Guatemalan cousin", The Times of India, 21 April 2014; accessed 25 July 23014.
  4. ^ a b Álvarez, Lorena; Gudiel, Vernick (14 February 2008). "Cardamom prices leads to a re-emergence of the green gold". El Periodico (dalam bahasa Sepanyol).
  5. ^ Batres, Alexis (6 August 2012). "Looking for new markets". El Periodico (dalam bahasa Sepanyol). Guatemala. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2014.
  6. ^ Nazlina Hussin (23 April 2012). "Malay Spices". Pickle and Spices World. Dicapai pada 23 Jun 2022. Unknown parameter |orig_title= ignored (bantuan)