Buai Laju-Laju
Filem Malaysia 2003 arahan U-Wei Haji Saari
Filem Buai Laju-laju ini dibintangi oleh aktor Eman Manan dan aktres Betty Banafe.
Buai Laju-laju | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | U-Wei Saari |
Penerbit | Julia Fraser Julie Le Brocquy |
Penulis | U-Wei Saari |
Dibintangi oleh | Eman Manan Betty Benafe Khalid Salleh |
Pengedar | LeBrocquy Fraser Productions Ltd |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Rujukan Filemkita |
SinopsisSunting
Zaiton ialah seorang wanita licik yang banyak muslihat. Tajuk Buai Laju-Laju ada makna mendalam. Kelajuan buai bergantung kepada orang yang membuainya dan di situlah peranan Zaiton hingga berlaku pembunuhan, tetapi orang tidak nampak siapa melakukannya. Zaiton berkahwin dengan Ibrahim, lelaki tua yang kaya, kerana hartanya, tetapi kecewa apabila hidupnya tidak mewah. Suaminya hanya kaya tanah, bukan duit. Zaiton menggoda Amran hingga lelaki itu sanggup buat apa saja, termasuk membunuh suaminya.
PelakonSunting
- Eman Manan sebagai Amran
- Betty Banafe sebagai Zaiton
- Khalid Salleh sebagai Ibrahim
- Liza Aziz sebagai Ruby
- Hasnul Rahmat sebagai Johan
- Baharuddin Omar sebagai Pak Cik Kopiah
- Adlin Aman Ramlie sebagai Polis 1
- Anwar Idris sebagai Polis 2
- Amran Tompel sebagai Ali
- Firdauz Azami
PengarahSunting
Anugerah dan pencapaianSunting
- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Pelakon Lelaki Terbaik - Eman Manan