Buangan terbiodegradasikan

Buangan terbiodegradasikan merupakan jenis buangan, biasanya berasal dari tumbuhan atau organisma hidup yang lain. Bahan yang tidak mampu diurai oleh hidupan lain dikenali sebagai buangan tidak-biodegradasikan.[1]

Bekas bagi mengumpul buangan terbiodegradasikan yang dihasilkan oleh isi rumah

Buangan terbiodegradasikan biasanya didapati dalam buangan pepejal perbandaran sebagai buangan hijau, buangan makanan, buangan kertas dan plastik terbiodegradasi. Buangan terbiodegradasikan yang lain termasuk kumbahan manusia, najis, kumbahan, buangan rumah penyembelihan. Ketika ketiadaan oksigen kebanyakan bahan ini akan terurai menjadi metana melalui penghadaman anaerob.[2]

Kesan perubahan cuaca sunting

Ancaman persekitaran utama dari buangan terbiodegradasikan merupakan penghasilan metana dalam tapak perlupusan. Metana adalah 21 kali ganda lebih berkuasa sebagai gas rumah hijau berbanding karbon dioksida dan menyumbang kepada 3% jumlah gas rumah hijau yang terhasil di EU-15 pada tahun 1995. Arahan Perlupusan tanah ("Landfill Directive") 1999/31/EC menwajibkan Negara Ahli mengurangkan jumlah buangan terbiodegradasikan yang dibuang di tapak perlupusan kepada 35% dari tahap 1995 menjelang 2016, yang akan mengurangkan dengan banyaknya masalah ini.[3]l

Rujukan sunting

  1. ^ "UK waste online website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-23. Dicapai pada 2012-01-28.
  2. ^ CSL London Olympics Waste Review
  3. ^ EC page on biodegradable waste