Buat Seekor Kutu

Puisi oleh Robert Burns
(Dilencongkan dari Buat seekor Kutu)

Buat Seekor Kutu, Sebaik Melihat Seekor pada Bonet Seorang Wanita di dalam Gereja (asal: To A Louse, On Seeing One on a Lady's Bonnet at Church) ialah sebuah puisi dalam bahasa Scots karya Robert Burns dalam tahun 1786, dengan matra kesukaannya, Habbie piawai. Tema puisi terkandung dalam rangkap terakhir:

Rangkap asal Burns Terjemahan

O wad some Pow'r the giftie gie us
To see oursels as ithers see us!
It wad frae mony a blunder free us,
An' foolish notion:
What airs in dress an' gait wad lea'e us,
An' ev'n devotion!

Dan mungkinkah suatu Kuasa mengurniakan kurniaan kecil kepada kita
Agar dapat melihat diri seperti kita dilihat orang lain!
Ia akan membebaskan kita daripada banyak kesilapan
Dan fikiran bodoh:
Apa lagi lagak dengan pakaian dan gaya jalan akan meninggalkan kita,
Dan juga ibadah!

Dalam puisi ini periwayat melihat seorang wanita bangsawan di dalam gereja, dengan seekor kutu yang merayap di dalam bonetnya, tanpa disedari wanita tersebut. Si pemuisi memarahi kutu tersebut kerana tidak menyedari betapa tinggi darjat mangsanya, dan kemudian memikirkan yang pada seekor kutu, kita semua setaraf, dan kita seharusnya diinsafkan daripada lagak masing-masing sekiranya kita mahu melihat diri kita dari sudut pandangan orang lain. Interpretasi alternatif ialah si pemuisi sedang berfikir sendiri betapa terkejut dan insaf wanita warak itu sekiranya beliau menyedari bahawa beliau sedang melindungi seekor parasit.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.