Enggang

(Dilencongkan dari Bucerotidae)

Enggang (Jawi: اڠݢڠ bahasa Inggeris: Hornbill) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu tetapi tanpa lingkaran, kadang kala dengan kask pada bahagian atas mandibel. Biasanya paruhnya itu berwarna garang. Nama sainsnya "Buceros" merujuk kepada bentuk paruh, dan bererti "tanduk lembu" dalam bahasa Yunani.

Enggang
Enggang Kelabu Malabar
Ocyceros griseus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Bucerotiformes (tapi lihat teks)
Keluarga:
Bucerotidae

Genera

14, see text

Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerotidae yang termasuk 57 spesies. Sembilan spesies daripadanya berasal dari bahagian selatan Afrika.

Ciri-ciri sunting

Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selut, najis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina.

Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.

Jenis enggang sunting

Antara jenis-jenis burung Enggang adalah:-

  1. Enggang badak
  2. Enggang jambul hitam
  3. Enggang belukar
  4. Enggang jawa
  5. Enggang kedut
  6. Enggang papan
  7. Enggang tangling
  8. Enggang gunung
  9. Enggang belantara
  10. Enggang belulang
  11. Enggang bukit
  12. Enggang jambul putih
  13. Enggang dahan
  14. Enggang gatal birah
  15. Enggang paruh merah utara