Budak Pailang merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 1 November 2012 di Malaysia. Ia diarah oleh Hashim Rejab, mengisahkan jenayah masyarakat seperti kongsi gelap. Ia dikelaskan sebagai 18 dan mula tayang pada 1 November 2012.

Budak Pailang
PengarahHashim Rejab
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 1 November 2013 (2013-11-01) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 0.96 juta

Masa tayangan adalah selama 1 jam 30 minit, filem ini diedarkan oleh Metrowealth Pictures.

Sinopsis sunting

Pada suatu hari Badrul telah menyelamatkan seorang gadis iaitu She daripada diganggu oleh sekumpulan samseng jalanan. Disebabkan kejadian tersebut, Badrul mengalami kecederaan dan di situlah bermulanya perkenalan antara Badrul dan She. Sikap Badrul berbeza apabila berada di rumah yang hanya mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya tanpa sebarang reaksi. Akibat sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia kongsi gelap dan menjadi anak buah kepada Alex, Badrul mulai berubah menjadi mewah dan senang lenang. Sehinggalah Badrul ditangkap dan dimasukkan kedalam sekolah juvana.

Pelakon sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting