Budak Tebing (musim 3)
Musim ketiga Budak Tebing, juga dikenali sebagai Budak Tebing 3 memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 14 Disember 2022 sehingga 4 Januari 2023.[1][2]
Budak Tebing | |
---|---|
Musim 3 | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 13 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 |
Tarikh siaran | 14 Disember 2022 – 4 Januari 2023 |
Kronologi musim |
Sinopsis sunting
Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan. Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing. Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat. Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?
Pelakon sunting
Pelakon utama sunting
- Aedy Ashraf sebagai Tongki
- Adam Lee sebagai Arif
- Nabil Aqil sebagai Kylo
- Eyka Farhana sebagai Ira/Munira
- Firdaus Ghufran sebagai Talam
- Izz Ilham sebagai Yoyol
- Nelissa Nizam sebagai Maria
- Nia Atasha sebagai Husna
Pelakon pembantu sunting
- Azhar Sulaiman sebagai Badass
- Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
- Alex Yanz sebagai Kamaruddin
Penampilan istimewa sunting
- Anne Abdullah sebagai Mak Maria
- Mazli Razali sebagai Kent
- Sahrul Sahar sebagai Viro
Rujukan sunting
- ^ Drama Budak Tebing 3 mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
- ^ Nur Emira Saizali (17 Disember 2022). "Drama Budak Tebing 3 lebih banyak konflik". Kosmo!. Dicapai pada 6 Januari 2023.