Budaya tentangan

(Dilencongkan dari Budaya saingan)

Budaya tentangan (juga: budaya penentangan), budaya tandingan, budaya saingan atau budaya kontra (bahasa Inggeris: counterculture) adalah suatu budaya yang mempunyai nilai dan norma tingkah laku ketara berbeza daripada apa yang diamalkan golongan masyarakat umum lain, malah kadang-kadang bertentangan dengan kebiasaan budaya utama masyarakat yang diselisihkan.[1][2] Pergerakan yang mendorong dan mengalakkan kebudayaan sebegini merupakan peluahan etos dan aspirasi penduduk tertentu dalam suatu zaman. Apabila budaya yang melawan ini mencapai massa kritikal yang cukup kuat, budaya tersebut dapat mencetuskan perubahan budaya yang dramatik secara keseluruhan.

Pengungkapan suatu pembudayaan yang alternatif mula dicetuskan John Milton Yinger dalam artikelnya diterbitkan di American Sociological Review tahun 1960 yang mentakrifkan "budaya kontra" (contraculture) di mana sahaja sistem normatif kumpulan mengandungi tema konflik dengan nilai-nilai masyarakat keseluruhan sebagai elemen utama, di mana pemboleh ubah keperibadian terlibat secara langsung dalam pengembangan dan pemeliharaan nilai-nilai kumpulan, dan di mana sahaja norma-normanya dapat dipahami hanya dengan merujuk pada hubungan kelompok dengan budaya dominan di sekitarnya."[3] Sebilangan sarjana turut merujuk kepada penulisan Theodore Roszak yang memasyhurkan konsep ini[4][5][6] dalam buku The Making of a Counter Culture[7] lagi-lagi saat revolusi sosial giat melanda Amerika, Eropah Barat, Jepun, Australia, dan New Zealand pada tahun 1960-an.[8][4][6]

Rujukan sunting

  1. ^ "counterculture", Merriam-Webster's Online Dictionary, 2008, MWCCul.
  2. ^ Hirsch., Eric Donald (1993). The Dictionary of Cultural Literacy. Houghton Mifflin. m/s. 419. ISBN 0-395-65597-8. Members of a cultural protest that began in the U.S. In the 1960s and Europe before fading in the 1970s... fundamentally a cultural rather than a political protest.
  3. ^ "Contraculture and Subculture" by J. Milton Yinger, American Sociological Review, Vol. 25, No. 5 (Oct., 1960) https://www.jstor.org/stable/2090136
  4. ^ a b F. X. Shea, S. J., "Reason and the Religion of the Counter-Culture", Harvard Theological Review, Vol. 66/1 (1973), pp. 95–111, JSTOR-3B2-X.
  5. ^ Gollin, Andrea (April 23, 2003). "Social critic Theodore Roszak *58 explores intolerance in new novel about gay Jewish writer". PAW Online. Dicapai pada June 21, 2008.
  6. ^ a b Roszak, Theodore, The Making of a Counter Culture: Reflections on the Technocratic Society and Its Youthful Opposition, 1968/1969, Doubleday, New York, ISBN 978-0-385-07329-5.
  7. ^ His conception of the counterculture is discussed in Whiteley, 2012 & 2014 and Bennett, 2012.
  8. ^ "counterculture", Merriam-Webster's Online Dictionary, 2008, MWCCul.