Filem Budi dan Dosa merupakan sebuah filem hitam putih yang diterbitkan oleh Malay Film Productions pada tahun 1963.

Budi dan Dosa
PengarahJamil Sulong
PenulisJamil Sulong
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
(Malay Film Productions)
Dibintangi
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Hayat Harris
Muzik olehOsman Ahmad
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1963
Masa tayangan
110 minit
NegaraSingapura & Malaysia
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem Budi dan Dosa diarahkan oleh Datuk Haji Jamil Sulong.

Sinopsis sunting

Mengisahkan Aminah (Hashimah Yon) yang telah kematian ibu bapanya. Aminah dipelihara oleh bapa angkatnya, Lebai Ahmad (Haji Mahadi). Dari kecil, Aminah tidak disukai oleh Hasmah (Zaiton). Namun begitu, abangnya Sulaiman (Kuswadinata) amat menyanyangi Aminah. Sulaiman yang menjadi guru kepada Aminah dan belajar dari rumah sehingga dia pandai membaca, mengira dan menulis.

Tujuh tahun kemudian, mereka menginjak ke alam dewasa, Aminah kerap disuruh oleh Hasmah untuk menghantar surat cintanya kepada Osman (Jins Shamsuddin). Aminah hanya menurutkannya sahaja. Dalam masa yang sama, Sulaiman juga menaruh hati kepada Aminah. Osman pula berjaya membawa Hasmah keluar dari rumah tanpa pengetahuan ayahnya untuk berfoya-foya di kelab malam. Suatu hari, Rosalimah (Momo Latif), kakak ipar kepada Lebai Ahmad datang ke rumahnya untuk menjemput Lebai sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan anak perempuannya, Rosnah. Ini menyebabkan Hasmah diperli kerana masih tidak berumah tangga lagi. Selepas ibu Hasmah berangkat ke rumah Rosalimah, baharulah Lebai Ahmad menjumpai sepucuk surat di antara anaknya dengan Osman. Hasmah yang ketakutan telah memasang helah, kali ini dia menyuruh Aminah untuk bertemu dengan Osman yang dia tidak dapat bertemu di malam harinya. Tanpa disedari, Lebai mengekorinya dari belakang. Lebai begitu marah dengan Aminah. Dengan dakwaan dari Lebai, Sulaiman juga mempercayai apa yang diperkatakan oleh ayahnya. Hasmah pula berpaling tadah dengan Aminah sehingga menyebabkan Aminah diusir keluar dari rumah.

Selepas selesai kuliah di surau, Lebai dan Sulaiman ternampak akan Osman dan Hasmah berdua-duaan di dalam bilik di rumahnya. Osman berjaya dipukul oleh Sulaiman sehingga seorang anggota polis (Ali Fiji) berpangkat Sarjan tiba dirumah mereka. Sarjan tersebut ada menyerahkan sekeping kad pengenalan milik Aminah dan mengatakan ada seorang perempuan telah terlibat dalam kemalangan maut. Lebai dan Sulaiman diarahkan untuk ke hospital untuk membuat pengecaman mayat. Sesampainya di hospital, mereka mengesahkan mayat tersebut bukanlah milik Aminah.

Dalam masa yang sama, Hasmah pula mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama Osman tetapi dia telah ditipu oleh Osman yang tidak mahu bertanggungjawab lagi keatas segala perbuatan sumbang yang telah dilakukan selama ini. Ketika Osman melarikan diri, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang menyebabkan dia disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Hasmah yang masih trauma dengan kejadian itu menjadi hilang kewarasan akal fikiran dan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mujurlah dia sempat diselamatkan oleh pakcik tua yang juga telah menyelamatkan Aminah tempoh hari dulu (lakonan M. Babjan). Hasmah menyarankan agar Aminah pulang semula ke rumah dan membersihkan namanya semula. Aminah juga ada memberi kata dua kepada Lebai, jika dia tidak mahu memaafkan Hasmah maka dia pun tidak akan kembali semula ke rumah tersebut. Pendapat Aminah telah disokong oleh Sulaiman kerana dia tidak boleh berjauhan lagi dengan Aminah yang juga kekasihnya. Selepas dipujuk oleh Aminah, ibunya dan Sulaiman, akhirnya Lebai Ahmad memaafkan semula kesalahan Hasmah dan membawanya pulang semula ke rumah. Mereka semua hidup aman damai semula.

Pelakon sunting

Pautan luar sunting