Budiman Mohd Zohdi

Datuk Dr. Budiman Mohd Zohdi (lahir 11 Mac 1972) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, DUN Selangor dan juga bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, DUN Selangor yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama campuran dalam Barisan Nasional (BN). Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang dilantik pada 9 November 2016 menggantikan Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh. Berkhidmat sehingga 9 November 2018. Beliau kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa

Datuk Dr.

Budiman Mohd Zohdi

DPSM (Melaka); PPN; PhD
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sungai Besar, Selangor
Dalam jawatan
18 Jun 2016 – 9 Mei 2018
Didahului olehNoriah Kasnon (BN-UMNO)
Digantikan olehMuslimin Yahaya (PH-BERSATU)
Majoriti9,191
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Sungai Panjang
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehMohamed Khir Toyo (BN-UMNO)
Digantikan olehMohd Imran Tamrin (BN-UMNO)
Majoriti2,183 (2013)
Butiran peribadi
Lahir (1972-03-11) 11 Mac 1972 (umur 52)
Sungai Besar, Selangor, Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Norma Aida Abdullah
Anak-anakAida Jasmin Kirana
PekerjaanAhli politik
Aktivis belia

Kehidupan peribadi sunting

Budiman menetap di Sungai Besar bersama isterinya Norma Aida Abdullah dan anak perempuannya, Aida Jasmin Kirana.

Pendidikan sunting

Beliau memulakan pendidikan tingginya di Politeknik Kota Bharu dan memperolehi Diploma Pemasaran pada tahun 1992, seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1997. Pada tahun 2003, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Komunikasi) daripada Universiti Putra Malaysia.

Selain dari itu, beliau juga mempunyai sijil program Neuro-linguistik dari NFNLP USA (Dr William Horton).

Budiman telah menamatkan pengajian Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Terbuka Malaysia pada 2022[1].

Kerjaya sunting

Beliau bekerja dengan Telekom Malaysia sebagai Pengurus untuk latihan dan kualiti, di bawah Pasukan Kumpulan Perniagaan.[2]

Untuk prestasi kecemerlangannya, beliau kemudiannya ditawarkan jawatan di Pejabat Pembangunan Persekutuan untuk Selangor, di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri mulai 1 Mac 2012 hingga 1 Mei 2013.

Penglibatan NGO sunting

Budiman adalah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu-isu orang muda di Selangor[3] dan memantau pentadbiran negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.[4] Mereka biasanya menganjurkan karnival, persembahan pentas dan puisi bacaan dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang muda untuk perjuangan mereka.[5]

Antara isu-isu yang dibawa ke hadapan oleh Budiman dan rakan-rakannya adalah pendidikan percuma yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.[6]

Anugerah dan penghargaan sunting

Budiman telah dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN), pingat persekutuan yang diberikan kepada mereka yang aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan.[7] Budiman juga menerima anugerah belia negara pada tahun 2011.

Pada 1 November 2020, Beliau telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Rustam.

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Selangor: N03 Sungai Panjang, Selangor[8][9]
Tahun Pembangkang Undian Pts Kerajaan Undian Pts Majoriti
2013 Budiman Mohd Zohdi (BN-UMNO) 12,606 54.74% Mohd Fadzin Taslimin (PAS) 10,423 45.26% 2,183
Parlimen Malaysia: P93 Sungai Besar, Selangor[10][11][12]
Tahun Calon Undi Pts Lawan Undian Pts Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2016 Budiman Mohd Zohdi (BN-UMNO) 16,800 53.66% Azhar Abdul Shukor (AMANAH) 7,609 24.30% 31,721 9,191 74.37%
Abdul Rani Osman (PAS) 6,902 22.04%
2018 Budiman Mohd Zohdi (BN-UMNO) 16,636 34.10% Muslimin Yahaya (PPBM) 17,350 35.60% 41,878 714 85.92%
Mohamed Salleh M Husin (PAS) 7,220 14.80%

Rujukan sunting

  1. ^ Nor Ain Mohamed Radhi (February 19, 2022). "Budiman finally fulfils his 20-year PhD quest". NST. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ http://www.tm.com.my/Pages/Home.aspx
  3. ^ BUDIMAN MOHD ZOHDI (8 June 2012). "Kekecewaan orang muda Selangor". Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang). Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-03. Dicapai pada 6 June 2016.
  4. ^ News. "PKNS comes under fire" Diarkibkan 2013-07-03 di archive.today, The Star, 30 December 2012. Retrieved on 10 April 2013.
  5. ^ R. SITTAMPARAM. "Bangi all set for carnival", New Straits Times, 7 July 2012. Retrieved on 9 April 2013.
  6. ^ News. "Speakers sing ‘battle songs’ for BN’s victory" Diarkibkan 2013-07-03 di archive.today, The Star, 2 December 2012. Retrieved on 10 April 2013.
  7. ^ News. "King's birthday honours list 2010", The Star, Kuala Lumpur. 6 June 2013. Retrieved on 10 April 2013.
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "2013 Malaysia General Election SELANGOR N03 Sg Panjang". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 5 June 2016. Keputusan hanya boleh didapati di Pilihan raya umum Malaysia 2013.
  10. ^ "Malaysia's Sungai Besar, Kuala Kangsar by-elections: Barisan Nasional sweeps to victory". The Straits Times. 18 June 2016. Dicapai pada 18 June 2016.
  11. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". SPR. Dicapai pada 17 May 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan) Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.