Koordinat: 34°36′12″S 58°22′54″W / 34.60333°S 58.38167°W / -34.60333; -58.38167

Buenos Aires adalah ibu negara dan bandar terbesar di Argentina. Nama penuhnya dalam bahasa Sepanyol ialah Ciudad de la Santisima Trinidad y Puerto de Nuestra Senora la Virgen Maria de Los Buenos Aires yang bermaksud "kota triniti dan pelabuhan wanita kita yang paling suci, perawan Maryam, yang membawa angin yang baik".[1] Ini adalah kerana kelasi kapal dari Sepanyol menganggap Maryam sebagai santo pelindung atau patron saint mereka.

Buenos Aires
Pemandangan udara latar langit bandar raya.
Pemandangan udara latar langit bandar raya.
Pemandangan udara latar langit bandar raya.
Bendera Buenos Aires
Bendera
Mohor rasmi bagi Buenos Aires
Mohor rasmi
Moto: "Reina del Plata"  
(Latin) "Permaisuri River Plate"
Negara Argentina Argentina
Penubuhan 1580
Taraf bandar raya 1880
Kerajaan
 - Ketua Kerajaan Horacio Rodríguez Larreta
Kawasan
 - Bandar 78.4 batu persegi (203 km²)
Kepadatan (2010)
 - Bandar 2,891,082
 - Metro 15,594,428
Laman web: Buenos Aires

Secara geografinya, bandar raya terletak di pesisiran selatan Río de la Plata, di tenggara pantai benua Amerika Selatan. Bandar raya Buenos Aires terletak di luar Wilayah Buenos Aires dan oleh itu bukan sebahagian daripada wilayah tersebut. Ia juga bukan ibu negeri wilayah Buenos Aires tetapi adalah sebaliknya sebuah bandar berautonomi. Metro Buenos Aires adalah bandar gabungan ketiga terbesar di Amerika Selatan, dengan jumlah penduduknya kira-kira 13 juta.

Sejarah sunting

Seorang pelayar Sepanyol, Juan Díaz de Solís, merupakan orang Eropah pertama yang telah tiba di Río de la Plata pada 1516. Malangnya, ekspedisinya di sini berakhir apabila beliau terbunuh akibat serangan puak Charrúa dari kawasan yang kini terletak di negara Uruguay.

Bandar raya Buenos Aires telah dijumpai 2 Februari, 1536 oleh satu lagi ekspedisi Sepanyol yang diketuai Pedro de Mendoza. Kawasan yang dijumpai Mendoza terletak di tempat yang kini dipanggil San Telmo yang berada di selatan pusat bandar raya Buenos Aires.

Satu penempatan kecil telah didirikan di sana, namun ia tidak dapat bertahan lama. Kawasan ini kerap diserang puak asli tempatan dan penduduknya terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat. Akibatnya, pada 1541 bandar raya ini telah ditinggalnya dan satu penempatan baru didirikan pula di Asunción (yang kini ibu negara Paraguay). Bandar raya Asunción telah ditemui oleh seorang penjelajah Sepanyol iaitu Juan de Garay (1528-1583) yang pada 1542, telah dilantik oleh Juan Torres de Vera y Aragón untuk menemui satu pusat yang strategik agar Sepanyol boleh menjajah rantau Amerika Selatan dan menduduki kawasan di pesisiran pantai. Selepas menemui Asunción, beliau telah meneruskan pelayarannya ke River Plate dan tiba di suatu tempat (kini Mayo Square) dan menubuhkan semula penempatan di Buenos Aires pada 11 Jun, 1580. Beliau menamakan bandar raya ini Santísima Trinidad dan pelabuhannya Santa María de los Buenos Ayres.


Sejarah Koloni sunting

Selama 200 tahun, Buenos Aires yang berada di bawah jajahan wizurai Sepanyol di Lima, Peru telah menjadi sebuah pekan yang dipinggirkan dan dibayangi oleh pelabuhan yang lebih besar iaitu di Callao, Peru. Pertumbuhan Buenos Aires dikekang oleh peraturan perdagangan Sepanyol yang ketat yang menghendaki kapal dagangan yang melalui Amerika Selatan untuk berlabuh di Callao, sebelum ianya diangkut ke Panama dan kemudiannya dipindah ke kapal-kapal lain yang menuju ke Sepanyol.

Jarak yang jauh di antara Lima dan Buenos Aires telah memberi sedikit kebebasan kepada masyarakat Buenos Aires (yang dikenali sebagai Porteños) untuk mewujudkan identiti mereka yang tersendiri. Mereka telah disamakan dengan puak Gaucho, koiboi daripada Argentina yang terkenal dengan sifat yang bebas dan berdikari. Walaupun pun mereka seolah-olah dianak tirikan oleh kerajaan Sepanyol yang berpusat di Lima, namun mereka tidak berputus asa dan berusaha untuk memajukan ekonomi di Buenos Aires.

Pada awal abad ke-18, tanah di Barat dan Utara Buenos Aires yang subur telah mengeluarkan beribu tan gandum dan daging lembu dan juga kulit lembu. Pihak British telah mengambil kesempatan atas peminggiran pelabuhan Buenos Aires dan menjadikannya pusat penyeludupan bahan mentah tersebut ke pasaran di Brazil dan kepulauan Caribbean. Tindakan British ini telah menimbulkan kemarahan kerajaan Sepanyol yang tak berupaya untuk menamatkan perdagangan haram ini. Pada 1776, kerajaan Sepanyol telah menamakan Buenos Aires sebagai ibunegara Wizurai Río de la Plata yang baru. Ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya perkembangan Buenos Aires sebagai kuasa ekonomi yang penting, untuk menguncupkan pengaruh pihak British dan mengutip cukai atas perdagangan Argentina yang semakin meningkat.

(Rujuk:http://www.city-data.com/world-cities/Buenos-Aires-History.html)

Selepas 20 tahun menikmati perkembangan ekonomi dan stabiliti, wilayah La Plata telah menarik minat pihak British, yang ketika itu berperang dengan Perancis dan Sepanyol. Oleh itu pada 1806 angkatan kapal British menyerang Buenos Aires. Akibat serangan ini, Wizurai Sepanyol Buenos Aires terpaksa meninggalkan bandar ini dan ia telah ditawan oleh tentera British. Tetapi dalam masa yang singkat, iaitu pada 25 Mei 1810, militia awam telah mengusir tentera tersebut keluar dari Buenos Aires. Setahun kemudian, mereka cuba menawan semula bandar raya tersebut tetapi gagal. Namun demikian pada 1882, angkatan kapal British berjaya menawan sebuah kepulauan terpencil yang dipanggil Islas Malvinas milik Argentina. Kepulauan ini kemudiannya dinamakan Kepulauan Falkland yang telah dijajah oleh British sehinggalah ke hari ini. Pada hari ini, Revolusi 25 Mei disambut di seluruh negara sebagai hari kemerdekaan Argentina.

Penduduk sunting

Budaya sunting

Bandar kembar sunting

Negara Bandar raya
  Afrika Selatan Cape Town
  Armenia Yerevan.
  Amerika Syarikat Miami, Florida, sejak 1993.
  Amerika Syarikat State of New Jersey
  Belanda Rotterdam
  Brazil Brasília, sejak 2002.
  Brazil Porto Alegre
  Brazil Rio de Janeiro
  Brazil São Paulo
  Chile Santiago
  Republik Rakyat China Beijing, sejak 1993.
  Colombia Bogotá
  Colombia Medellín
  Croatia Zagreb
  Ecuador Quito
  Israel Tel Aviv, sejak 1976.
  Israel Jerusalem (perjanjian kerjasama).
  Itali Cagliari
  Itali Genoa
  Itali Lucca
  Itali Milan
  Itali Naples
  Itali Rome
  Jepun Osaka
  Jerman Berlin, sejak 1994.
  Kanada Ottawa
  Korea Selatan Seoul
  Lubnan Beirut, sejak 2006
  Paraguay Asunción
  Perancis Paris
  Perancis Toulouse
  Peru Lima
  Poland Warsaw
  Portugal Lisbon
  Republik Czech Prague
  Republik Dominika Santo Domingo
  Sepanyol Barcelona
  Sepanyol Bilbao
  Sepanyol Cádiz
  Sepanyol Guadix
  Sepanyol Madrid
  Sepanyol Oviedo, sejak 1983.
  Sepanyol Santiago de Compostela, Galicia
  Sepanyol Seville, Andalusia
  Sepanyol Vigo
  Serbia Belgrade
   Switzerland Geneva
  Turki Istanbul
  United Kingdom London
  Uruguay Montevideo

Rujukan sunting

  1. ^ Mountjoy, Alan B. (1987). Guide to the Places of the World. London: The Readers Digest Association. m/s. 111.