Bukan Cinta Aku ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Janna Nick, Syafiq Kyle dan pelakon Indonesia, Baim Wong.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 5 Jun 2019 hingga 2 Julai 2019 menggantikan 30 Pesanan Suara.

Bukan Cinta Aku
Genre
Ditulis olehErma Fatima
PengarahEjump Mohd
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bukan Cinta Aku" oleh Khai & Dinie
Lagu penutup"Bukan Cinta Aku" oleh Khai & Dinie
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ann Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arri Abdullah
Lokasi
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Jun 2019 – 2 Julai 2019
Kronologi
Mengikuti30 Pesanan Suara
Diikuti olehUtusan Cinta Buat Adam

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

SinopsisSunting

Mengisahkan Rania, baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan Rania jatuh hati pada Arjuna. Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Rania kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Rania. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Rania.

Suatu hari, Rania sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Rania merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Rania sepanjang mereka di Itali. Berita itu menggembirakan Rania kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa Rania sudah ada rancangan lain untuk Rania. Mereka ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, Rania membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.

Rania lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. Rania membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju.

Malangnya, perhubungan antara Rania dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Rania. Mereka kecewa kerana Rania mengkhianati kepercayaan mereka. Rania telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania. Pernikahan antara Rania dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, Rania tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Rania dengan baik, memenuhi segala permintaan Rania tetapi dia tidak mampu membuatkan Rania untuk menerimanya. Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Rania?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

KontroversiSunting

Bukan Cinta Aku menjadi bahan bulan warganet apabila salah satu adegan dalam episod 19 yang memperlihatkan pelakon utamanya, Syafiq Kyle dan Janna Nick menghantar Baim Wong ke sebuah hospital di yang kononnya di Indonesia rupa-rupanya hanya dilakonkan di Hospital Pakar Kuala Terengganu.[5] Hal ini disedari oleh golongan netizen apabila logo dalam poster tersebut tertera tulisan Hospital Pakar Kuala Terengganu. Ianya turut di muat naik menerusi laman Facebook Kuala Terengganu Post yang kelihatan menegur kecuaian pihak produksi drama ini.[6]

RujukanSunting

  1. ^ "Bukan Cinta Aku". MyInfotaip. 14 Jun 2019. Dicapai pada 14 Jun 2019.
  2. ^ Bukan Cinta Aku (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  3. ^ Budiey (10 Jun 2019). "Janna Nick tolak cinta Syafiq Kyle pilih Baim Wong dalam Bukan Cinta Aku". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 Julai 2019.
  4. ^ Rafiq Mazlan (20 Jun 2019). "Fasal Bukan Cinta Aku, Syafiq Kyle tak pernah sasar setiap drama lakonan perlu 'boom' dan viral". Media Hiburan. Dicapai pada 5 Julai 2019.
  5. ^ Azlina Mazli (4 Julai 2019). ""Nak jimat kos pun agak-agaklah" - Netizen kantoikan drama 'Bukan Cinta Aku', babak di Indonesia tapi berlakon di Terengganu". mStar Online. Dicapai pada 5 Julai 2019.
  6. ^ Salma Syahbuddin (5 Julai 2019). "Kantoi Lagi? Kali Ini Drama Bukan Cinta Aku Jadi Bahan Lawak Netizen". XTRA. Dicapai pada 5 Julai 2019.
TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 petang
Sebelumnya Bukan Cinta Aku Berikutnya
30 Pesanan Suara Utusan Cinta Buat Adam